Panduan Cara Renew CIDB untuk Pekerja Pembinaan
Sekiranya anda terlibat dalam industri pembinaan, anda wajib mempunyai pendaftaran CIDB yang sah.
Salah satu aspek yang penting dalam memastikan pendaftaran anda terus sah adalah dengan memperbaharui CIDB secara berkala.
Dalam artikel ini, kami akan terangkan cara renew CIDB secara online, jadi anda tidak lagi terlewat untuk memperbaharui lesen kerana perlu mencari masa hadir ke pejabat CIDB.
Apa Itu CIDB & Kepentingannya?
CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) adalah badan yang mengawal selia industri pembinaan di Malaysia.
Setiap pekerja pembinaan, termasuk buruh binaan, pekerja am, pegawai keselamatan, dan pengurus projek, perlu berdaftar dengan CIDB.
Pendaftaran ini bukan sahaja memastikan anda mendapat Kad Hijau CIDB yang sah tetapi juga memberi perlindungan melalui Pelan Takaful untuk personel binaan sekiranya berlaku kemalangan.
Memperbaharui lesen CIDB adalah penting untuk memastikan status pendaftaran anda tetap aktif dan sah sepanjang masa, sekali gus membolehkan anda terus bekerja di tapak pembinaan.
CIDB memperkenalkan Sistem Pengurusan Maklumat Setempat (CIMS) pada 4 Julai 2017 untuk memudahkan dan mempercepatkan proses transaksi.
Dengan sistem ini, pelbagai urusan termasuk pembaharuan lesen CIDB boleh dilakukan secara online melalui pautan https://cims.cidb.gov.my.
Cara Renew CIDB Secara Online

Untuk memudahkan proses dan cara renew CIDB, anda boleh melakukannya terus secara dalam talian.
Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk memperbaharui CIDB anda:
- Layari portal rasmi CIMS CIDB di https://cims.cidb.gov.my. Pastikan anda telah mempunyai akaun untuk log masuk.
- Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda. Untuk kemudahan log masuk pada masa hadapan, tandakan kotak Ingat Kata Laluan.
- Klik butang Login. Anda kini berjaya log masuk ke portal CIMS CIDB.
- Setelah log masuk, pilih menu Registration dan klik butang Renew PPK Registration.
- Lengkapkan maklumat anda. Pastikan anda melengkapkan semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB.
- Selepas mengemaskini maklumat, anda perlu membuat bayaran untuk pembaharuan pendaftaran. Bayaran ini boleh dilakukan secara atas talian melalui pelbagai saluran pembayaran yang disediakan.
- Setelah bayaran dibuat, anda akan menerima pengesahan pembaharuan.
- Anda boleh mencetak resit sebagai bukti pembaharuan CIDB anda.
Kepentingan Mengetahui Cara Renew CIDB & Melakukannya Secara Berkala
Melakukan pembaharuan CIDB secara berkala adalah amat penting bagi memastikan kelancaran kerja di tapak pembinaan.
Kelewatan atau ketiadaan pendaftaran yang sah boleh menyebabkan masalah undang-undang, termasuk denda yang dikenakan kepada kontraktor dan pekerja.
Dengan memiliki pendaftaran CIDB yang sah, anda layak menerima pelbagai manfaat, termasuk perlindungan takaful dan peluang untuk meningkatkan kemahiran melalui kursus yang ditawarkan oleh CIDB.
Kursus & CCD Point: Cara Tingkatkan Kelayakan
Selain tahu cara renew CIDB, pekerja dalam sektor pembinaan juga perlu melibatkan diri dalam kursus atau program yang ditawarkan oleh CIDB.
Kursus ini bukan sahaja memberi pengetahuan tambahan tetapi juga membantu anda mengumpul CCD (Contractor Continuous Development) Point yang diperlukan untuk pembaharuan pendaftaran kontraktor.
Terdapat pelbagai kursus yang disediakan oleh CIDB, antaranya berkaitan keselamatan, pengurusan projek, dan teknologi pembinaan.
Dengan menghadiri kursus yang disediakan oleh CIDB, ia adalah salah satu cara untuk memastikan anda kekal berpengetahuan dalam industri yang sentiasa berkembang ini.
Baca juga:
- Cara Renew SSM Online Untuk Perbaharui Perniagaan.
- Cara Renew Lesen Online Melalui Aplikasi MyJPJ / MySikap.
- Cara Renew Passport Online Di Malaysia: Panduan Lengkap.
Kesimpulan
Pembaharuan CIDB adalah satu kewajipan bagi setiap individu yang terlibat dalam industri pembinaan.
Dengan melengkapkan proses dan cara renew CIDB secara betul, anda bukan sahaja memastikan pendaftaran yang sah, tetapi juga mendapatkan manfaat perlindungan dan peluang untuk mempertingkatkan kemahiran melalui program yang disediakan oleh CIDB.
Untuk maklumat lanjut tentang cara renew CIDB atau kursus CIDB, layari laman rasmi CIDB di www.cidb.gov.my atau hubungi CIDB Careline di 03-5567 3300.