Bila sambutan Tahun Baru Cina atau CNY 2025 di Malaysia?
Masuk sahaja awal tahun baharu, ramai yang ingin tahu tarikh atau bulan sambutan Tahun Baru Cina!
Sebabnya, sewaktu perayaan Tahun Baru Cina, kita akan dapat cuti umum dua hari; hari pertama CNY dan juga hari kedua CNY.
Lagi bertambah gembira kalau hari cuti umum itu jatuh pada Isnin dan Selasa, ataupun Khamis dan Jumaat.
Wah! Lagi panjanglah cuti awal-awal tahun begini.
Persoalannya, Tahun Baru Cina 2025 nanti akan jatuh pada hari apa?
Jom sama-sama kita tengok, ada peluang ke untuk kita ambil cuti panjang masa CNY 2025 nanti?
Perayaan Tahun Baru Cina Di Malaysia
Tahun Baru Cina adalah antara perayaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, terutama yang bekerja di negara ini.
Selain dapat meraikan perayaan ini, CNY 2025 dinanti-nantikan kerana ini antara perayaan pertama yang akan disambut di Malaysia setiap kali masuk tahun baharu.
Tarikh sambutan CNY tidak tentu setiap tahun, ada kalanya akan jatuh pada Januari dan adakala pula jatuh pada bulan Februari, bergantung pada kalendar Lunar.
Meskipun disambut meriah oleh kaum Cina, tetapi perayaan ini lebih dinanti-nantikan semua kerana cuti umum dua hari yang diberikan oleh kerajaan sewaktu CNY ini.
Sama seperti kalendar umum 2025, dalam kalendar Lunar ini juga terdapat 12 haiwan yang mewakili zodiak.
Haiwan-haiwan tersebut adalah seperti tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam, anjing dan babi.
Tahun 2025 ini, Tahun Baru Cina jatuh pada tahun Ular mengikut kalendar Lunar Cina.
Tarikh CNY 2025
Cuti umum Tahun Baru Cina di Malaysia diberikan sebanyak 2 hari.
Bagi tahun 2025 ini, perayaan CNY jatuh pada 29 Januari 2025, bersamaan dengan hari Rabu.
Hari raya kedua Tahun Baru Cina pula jatuh pada 30 Januari 2025 (hari Khamis).
Jadi, kita akan dapat dua hari cuti umum sewaktu CNY 2025.
Dua hari ini juga merupakan cuti sekolah akhir tahun bagi sesi 2024 / 2025.
Berikut merupakan kalendar kuda 2025 bulan Januari untuk rujukan anda:

Cuti Sekolah 2025
Cuti umum CNY 2025 (29 dan 30 Januari 2025) jatuh pada cuti akhir penggal persekolahan sesi 2024 / 2025.
Mengikut Kalendar Akademik Sesi 2024 / 2025 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, cuti sekolah akhir tahun akan bermula pada 17 Januari 2025 sehingga 15 Februari 2025 (bagi kumpulan A: sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).
Sementara, kumpulan B (sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya) akan bercuti mulai 18 Januari 2025 – 16 Februari 2025.
Berikut adalah Takwim kalendar akademik KPM sesi 2024 / 2025 untuk rujukan anda:

Cadangan Cuti Panjang Sempena CNY 2025
Memandangkan cuti Tahun Baru Cina 2025 jatuh pada hari Rabu dan Khamis, anda boleh maksimumkan cuti tahunan anda semasa perayaan tersebut.
Caranya, anda boleh mengambil satu hari cuti tahunan, pada Jumaat, selepas dua hari cuti umum Tahun Baru Cina.
Jadi, anda akan dapat memanfaatkan cuti panjang selama 5 hari; bermula 29 Januari 2025 (Rabu) sehingga 2 Februari 2025 (Ahad).
Bagi kaum Cina, gunakan kesempatan ini untuk meraikan perayaan CNY dengan meriah bersama ahli keluarga.
Bagi yang tidak menyambut CNY 2025 pula, anda juga boleh memanfaatkan cuti bersama keluarga, tidak kiralah untuk pulang ke kampung halaman ataupun pergi bercuti di dalam mahupun luar negara.
Kesimpulan
Sewaktu perayaan dengan cuti panjang juga, kita akan lihat jalan raya akan menjadi sibuk dan banyak kenderaan di atas jalan raya.
Sewaktu musim perayaan inilah, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti dan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing.
Berhati-hatilah ketika memandu.
Jadi pengguna jalan raya yang berhemah, rancang perjalanan anda sekeluarga dan semoga selamat sampai ke destinasi yang anda tuju.
Ingatlah, keselamatan jalan raya tanggungjawab kita bersama!