๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Cuti Umum 2025 Di Malaysia: Persekutuan Dan Setiap Negeri

Setiap tahun, kita pasti akan tengok kalendar tahun baru untuk tahu cuti umum 2025.

Cuti umum bukan sahaja semasa musim perayaan utama, tetapi juga diberikan jika ada sambutan perayaan penting lain.

Semasa public holiday 2025 atau cuti umum, ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat di rumah, meluangkan masa dengan keluarga ataupun merancang percutian untuk pulang ke kampung atau melancong.

Artikel ini akan memberikan tarikh cuti umum 2025 persekutuan dan negeri, termasuk hari perayaan.

Dengan mengetahui hari cuti umum, anda boleh merancang jadual percutian dengan lebih baik.

Pengenalan Cuti Umum 2025

Cuti umum 2025 adalah gabungan cuti perayaan, cuti keagamaan, dan cuti kebangsaan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Setiap tahun, cuti umum ini akan dimaklumkan sebelum masuk tahun baharu untuk memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia menyambut pelbagai acara penting dan merancang hari cuti mereka.

Setiap negeri mempunyai tarikh cuti umum yang sedikit berbeza, terutamanya bagi perayaan yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama atau budaya tertentu.

Contohnya, beberapa negeri mempunyai cuti tambahan untuk hari-hari keagamaan seperti Thaipusam atau Hari Keputeraan Sultan negeri masing-masing.

Untuk membantu anda merancang percutian, berikut adalah senarai cuti umum 2025 untuk perayaan utama di Malaysia, disusun mengikut bulan.

CNY 2025 (29 & 30 Januari 2025)

Tahun Baru Cina (CNY 2025) atau raya cina 2025 adalah perayaan yang sangat penting bagi masyarakat Cina di Malaysia.

Tahun ini, ia disambut pada 29 dan 30 Januari 2025, iaitu hari Rabu dan Khamis.

Setiap negeri di Malaysia mendapat cuti umum dua hari semasa perayaan ini.

Semasa raya cina, masyarakat Cina akan berkumpul seisi keluarga dan ‘makan besar’.

Antara tradisi lain semasa sambutan Tahun Baru Cina adalah Yee Sang dan tarian singa.

Hari Raya Aidilfitri 2025 (31 Mac 2025)

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan terbesar bagi umat Islam di Malaysia yang menandakan berakhirnya bulan Ramadan.

Menariknya tahun ini, hari pertama Ramadan 2025 dan hari pertama raya aidilfitri jatuh pada bulan yang sama.

Hari raya 2025 disambut pada 2 Mac, hari Ahad, sementara hari raya pertama jatuh pada 31 Mac (Isnin).

Perayaan ini disambut di seluruh negara dengan tradisi rumah terbuka, menghidangkan juadah raya seperti lemang dan rendang, solat raya di masjid, bermaaf-maafan dan ziarah-menziarah.

Hari Wesak (12 Mei)

Hari Wesak disambut oleh penganut Buddha di seluruh dunia.

Cuti umum 2025 untuk Wesak Day jatuh pada 12 Mei (Isnin).

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Buddha dengan menyertai upacara keagamaan di kuil-kuil dan turut membabitkan perarakan.

Semua negeri seluruh Malaysia mendapat cuti wesak.

Hari Raya Haji 2025 (7 Jun)

Hari Raya Haji atau raya korban juga adalah perayaan utama bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah korban.

Cuti umum 2025 untuk Hari Raya Haji disambut pada 7 Jun, hari Sabtu.

Perayaan ini turut menyaksikan ibadah korban dijalankan oleh umat Islam di seluruh negara.

Deepavali (20 Oktober)

Deepavali, atau Diwali, dikenali sebagai Festival Cahaya dan disambut oleh masyarakat Hindu di Malaysia.

Pada tahun 2025, ia akan disambut pada 20 Oktober, hari Isnin.

Perayaan ini melibatkan sambutan yang penuh warna-warni, dengan pencahayaan pelita, rumah dihiasi dengan ‘kolam’, serta hidangan tradisional.

Cuti Umum 2025 : Krismas (25 Disember)

cuti umum 2025 krismas

Krismas disambut oleh penganut Kristian di Malaysia dan tahun ini akan jatuh pada 25 Disember (Khamis).

Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas dengan lampu berwarna warni, dan pemberian hadiah.

Tarikh Cuti Umum 2025 Setiap Negeri

Selain cuti umum untuk perayaan dan agama yang berlaku di seluruh Malaysia, ada juga cuti perayaan, keagamaan dan budaya yang disambut oleh negeri-negeri tertentu.

Antaranya:

  • Israk Mikraj 2025 – 27 Januari (Isnin): Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Terengganu.
  • Thaipusam – 11 Februari (Selasa): Pulau Pinang, Perak, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor.
  • Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – 30 & 31 Mei (Jumaat & Sabtu): Sabah, Labuan.
  • Hari Gawai – 1 & 2 Jun (Ahad & Isnin): Sarawak.

Selain itu, setiap negeri juga mempunyai cuti umum tambahan.

Sebagai contoh, setiap negeri mempunyai cuti khas pada Hari Keputeraan Sultan masing-masing.

Sebagai persediaan, pastikan anda merujuk kepada kalendar 2025 untuk mengetahui tarikh cuti tambahan untuk setiap negeri.

Maklumat Lanjut

Untuk merancang percutian atau acara keluarga dengan lebih baik, pastikan anda menyemak kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2025 bagi setiap negeri.

Sesetengah cuti seperti Hari Keputeraan Sultan atau cuti khas perayaan agama hanya berlaku di negeri tertentu.

Sila rujuk Kalendar Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyemak cuti sekolah sesi 2025/2026.

Leave a Comment