Pertama kali ingin mengisi efiling 2025 atau mungkin anda sudah terlupa bagaimana untuk melengkapkan borang e-Filing?
Bersedialah kerana selalunya anda akan memerlukan masa yang panjang untuk mengingat dan mencari kembali resit perbelanjaan sepanjang tahun 2024.
Senarai pelepasan cukai tahun 2024 pun sudah keluar!
Jadi, apa tunggu lagi!
Sudah tiba masanya anda bersedia untuk mengisi e-filing tahun ini.
Sebagai pembayar cukai, kami sediakan panduan agar anda tidak terlepas pandang senarai pelepasan cukai 2024 yang dimaklumkan oleh LHDN.
Jom, kami sediakan juga panduan untuk mengisi efiling 2025.
Kenapa Perlu Buat EFiling 2025?
E-filing merujuk kepada sistem pengisian dan penghantaran borang cukai secara dalam talian di portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sistem e-filing perlu dilakukan untuk mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar setiap tahun.
E-filing dibuat secara dalam talian bagi memudahkan pembayar cukai menyimpan semua rekod pengisian cukai secara digital dan meminimumkan kesilapan yang mungkin berlaku dalam pengisian borang manual.
Melalui sistem e-filing juga, anda boleh mengisi sendiri jumlah rebat atau potongan cukai (seperti potongan perbelanjaan pendidikan, perubatan, atau sumbangan kepada badan amal) seperti yang diumumkan oleh LHDN hujung tahun lalu.
Selalunya, e-filing boleh mula diisi pada 1 Mac setiap tahun.
Setiap individu yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM 37,333 setahun, dan mempunyai Potongan Cukai Bulanan (PCB) layak dikenakan cukai pendapatan.
Senarai Pelepasan Cukai 2024 Untuk EFiling 2025

(Penafian: Infografik di atas hanyalah ringkasan untuk pelepasan cukai 2024. Maklumat lanjut boleh didapati di www.hasil.gov.my).
Baru-baru ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menyenaraikan pelepasan cukai individu pemastautin tahun taksiran 2024.
Terdapat empat jenis kategori pelepasan yang digariskan dan ringkasannya adalah seperti berikut:
1. Pelepasan Cukai Individu
- Individu dan Saudara Tanggungan: RM9,000.
- Suami / Isteri / Alimoni Kepada Bekas Isteri: RM4,000.
- Yuran Pengajian Diri Sendiri: RM7,000.
- Di peringkat tertiari selain Sarjana atau Doktor Falsafah.
- Peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah.
- Kursus Peningkatan Kemahiran atau Kemajuan Diri: Terhad RM2,000.
- Potongan tambahan:
- Individu Kurang Upaya: RM6,000
- Suami / Isteri Kurang Upaya: RM5,000
2. Insurans & Caruman
- Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertangguh: RM3,000
- SSPN Tabungan Bersih: RM8,000
- PERKESO / Skim Insurans Pekerjaan: RM350
- Insuran Pendidikan dan Perubatan untuk Individu / Suami / Isteri / Anak: RM3,000
- Insurans Nyawa dan KWSP: RM7,000
- Premium insurans nyawa / caruman KWSP (sukarela / kedua-duanya): Terhad RM3,000
- Caruman KWSP (sukarela / wajib / skim yang diluluskan: Terhad RM4,000
3. Gaya Hidup
- Gaya Hidup RM2,500 (manfaat diri sendiri, pasangan atau anak).
- Pembelian atau langganan bahan bacaan.
- Pembelian komputer peribadi, telefon pintar / tablet.
- Bil langganan internet (nama sendiri).
- Yuran kursus peningkatan kemahiran / kemajuan diri.
- Gaya hidup – Pelepasan tambahan (manfaat diri sendiri, pasangan, atau anak): RM1,000
- Pembelian peralatan sukan.
- Sewaan / Fi di mana-mana fasiliti sukan.
- Fi pendaftaran pertandingan sukan.
- Fi keahlian gimnasium / latihan sukan.
- Pemasangan / sewaan / pembelian / yuran langganan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri: RM2,500
4. Perubatan & Keperluan Khas
- Perbelanjaan perubatan RM10,000 (diri sendiri, pasangan atau anak).
- Penyakit serius.
- Rawatan kesuburan (diri sendiri atau pasangan).
- Pemvaksinan: Terhad RM1,000
- Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian: Terhad RM1,000
- Terhad RM1,000 bagi:
- Pemeriksaan perubatan penuh.
- Ujian pengesanan Covid-19.
- Pemeriksaan kesihatan mental / konsultasi.
- Diagnosis / intervensi awal / pemulihan anak kurang upaya pembelajaran: Terhad RM4,000
- Perbelanjaan untuk ibu bapa: RM8,000
- Perbelanjaan rawatan perubatan, rawatan pergigian, keperluan khas dan penjaga.
- Pemeriksaan perubatan penuh: Terhad RM1,000
- Peralatan sokongan asas OKU (diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa): RM6,000

5. Pelepasan Anak
- Anak di bawah umur 18 tahun belum berkahwin: RM2,000
- Anak kurang upaya belum berkahwin: RM6,000
- Anak 18 tahun dan ke atas:
- RM2,000: i) Belum berkahwin, ii) Belajar sepenuh masa
- RM8,000: i) Belum berkahwin, ii) Belajar sepenuh masa (Diploma dan ke atas di Malaysia / Ijazah dan ke atas di luar Malaysia)
- Yuran Taska / Tadika Berdaftar: RM3,000
- Berumur 6 tahun dan ke bawah.
- Dibenarkan tuntutan sama ada suami ATAU isteri
- Pembelian peralatan penyusuan: RM1,000
- Pembayar cukai wanita sahaja.
- Anak berumur kurang 2 tahun.
- Potongan sekali setiap 2 tahun taksiran.
- Pelepasan tambahan: Anak Kurang Upaya RM8,000
- Umur 18 tahun ke atas.
- Belum berkahwin.
- Belajar sepenuh masa (Diploma dan ke atas di Malaysia / Ijazah dan ke atas di luar Malaysia).
Cara Isi EFiling 2025 Online
Mereka yang pertama kali ingin mengisi efiling 2025 pasti lebih berdebar-debar, kan?
Jangan risau! Ini panduan jika anda pertama kali ingin mengisi efiling 2025.
Pembayar cukai yang sudah lupa bagaimana cara mengisi e-filing juga boleh rujuk panduan ini.
Klik panduan yang disediakan oleh pihak LHDN di sini.
Baca juga:
- Gaji 2025: Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam
- Tarikh Bayaran PERKESO 2025 : Faedah / Pencen
- Bayar Saman Online Di MyBayar, Tak Perlu Hadir Ke Balai Polis
Maklumat Lanjut
Sebarang persoalan atau maklumat lanjut mengenai pelepasan cukai pendapatan atau efiling 2025, sila layari portal rasmi LHDN di sini: https://www.hasil.gov.my/.
Anda juga boleh menghubungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di talian 03-8911 1000 atau di Talian Bantuan Khas Kerajaan: 1800-88-2747, atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan anda.