🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Gaji 2025: Jadual Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam

Bila tarikh gaji 2025?

Antara perkara yang paling kita nak tahu bila hampir masuk tahun baharu adalah perihal tarikh bayaran gaji.

Ini khususnya buat penjawat awam yang memang telah ditetapkan tarikh bayaran gaji secara rasmi oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Lazimnya, setiap bulan ada satu tarikh spesifik untuk pembayaran gaji, iaitu hujung bulan, namun bergantung juga jika ia jatuh pada hari bekerja atau sebaliknya.

Tarikh gaji 2025 akan diawalkan jika terdapat musim perayaan penting atau tarikh jatuh pada hujung minggu dalam bulan tersebut.

Dengan mengetahui tarikh tetap gaji bulanan, penjawat atau kakitangan awam khususnya boleh merancang kewangan dan perbelanjaan bulanan dengan teratur serta berhemah.

Jadual Bayaran Gaji 2025 Penjawat Awam

Berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi tahun 2025 untuk penjawat atau kakitangan awam yang telah disahkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia.

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2025 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1 (8) bertarikh 6 September 2024 Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025.

BulanTarikhHariCatatan
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina – 29 & 30 Januari 2025 – (Rabu & Khamis)
Februari25.02.2025Selasa
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa – 31 Mac 2025 & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
April24.04.2025Khamis
Mei22.05.2025KhamisHari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)
Jun25.06.2025RabuHari Gawai – 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin)

Hari Raya Haji – 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
Julai24.07.2025Khamis
Ogos25.08.2025Isnin
September25.09.2025Khamis
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali – 20 Oktober 2025 (Isnin)
November20.11.2025Khamis 
Disember18.12.2025
KhamisHari Krismas – 25 Disember 2025 (Khamis)
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Tahu Tarikh Gaji 2025, Jadi Rancang Kewangan Dengan Berhemah

Penjawat atau kakitangan awam bernasib baik kerana sudah mengetahui jadual pembayaran gaji mereka sepanjang tahun.

Oleh itu, ambil kesempatan ini untuk merancang segala perbelanjaan dan kewangan peribadi anda dengan cara yang berhemah dan teratur.

Dengan mengetahui tarikh gaji 2025 memberi anda banyak kelebihan terutamanya dalam perancangan kewangan.

Berikut adalah beberapa tips pengurusan kewangan yang boleh anda ikuti bagi memastikan kewangan anda sentiasa teratur dan stabil sepanjang tahun tersebut:

1. Rancangan Kewangan Tahunan

Sudah tahu tarikh tetap gaji sepanjang tahun 2025, jadi tentukan matlamat kewangan anda pada tahun tersebut.

Contohnya, adakah anda mempunyai perancangan besar untuk bercuti bersama keluarga masa cuti sekolah 2025? Atau mungkin anda ada rancangan untuk membeli rumah dalam tahun itu atau dua, tiga tahun akan datang?

Jika ya atau anda ada perancangan lain, tetapkan matlamat tersebut supaya anda boleh mula menyimpan dalam Tabung Matlamat anda itu.

Pastikan anda membuat anggaran bulanan yang terperinci dan bahagikan perbelanjaan kepada setiap kategori Tabung seperti rumah, makanan, percutian atau simpanan.

2. Dana Kecemasan Gaji 2025 Perlu Ada!

Asingkan sedikit wang gaji anda setiap bulan untuk tabung atau dana kecemasan.

Manalah tahu, duit itu perlu digunakan untuk urusan membaik pulih kenderaan untuk anda bekerja, perubatan, atau sebagainya.

Sudah tahu tarikh gaji 2025, jadi sepatutnya anda sudah boleh tanda siap-siap pada kalendar 2025.

3. Patuhi Tarikh Bayar Hutang Secara Konsisten

Ini antara perkara yang paling penting perlu anda lakukan sebaik sahaja mengetahui bila tarikh gaji 2025.

Jangan terlepas atau terlewat tarikh bayar hutang anda seperti hutang pinjaman peribadi, kad kredit, pembiayaan kereta, rumah atau sebagainya.

Dapat sahaja gaji, terus asingkan wang untuk bayaran hutang.

Lebih mudah jika anda boleh tetapkan pembayaran hutang secara automatik setiap kali gaji masuk.

Tips lain: Utamakan pembayaran untuk hutang dengan kadar faedah yang tinggi seperti hutang kad kredit.

4. Simpan Sebelum Belanja

Utamakan diri sendiri dahulu semasa menerima wang gaji setiap bulan.

Maksudnya, ambil sedikit wang tersebut, asingkan dan masukkan ke dalam Tabung Simpanan anda.

Anda boleh masukkan ke akaun simpanan beku yang tidak boleh atau sukar dikeluarkan, ataupun simpan dalam pelaburan yang sah.

Buat secara konsisten setiap kali gaji masuk. Disiplin!

Berikut merupakan infografik tips pengurusan gaji oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), yang dikongsikan dalam laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kredit infografik: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan gaji 2025 penjawat atau kakitangan awam, boleh dirujuk kepada:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Leave a Comment