🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025 & Jadual Pembayaran Bulanan

Jabatan Akauntan Negara telah mengumumkan tarikh gaji penjawat awam 2025.

Paling tak sabar kalau menunggu gaji masuk pada musim perayaan.

Selalunya semasa bulan perayaan, gaji penjawat awam akan dibayar lebih awal daripada kebiasaan.

Ingin tahu bilakah tarikh gaji penjawat awam 2025?

Semak jadual pembayaran tarikh gaji penjawat awam 2025 di sini.

Bila Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025?

Sudah menjadi kebiasaan, sebelum masuk tahun baharu, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) akan mengumumkan tarikh rasmi pembayaran gaji bulanan untuk penjawat awam.

Antara tujuan makluman awal tentang tarikh pembayaran emolumen bulanan adalah supaya penjawat awam dapat merancang pengurusan kewangan mereka setiap bulan.

Tidak terkecuali tahun ini, JANM telah mengeluarkan makluman Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2025 pada 6 September 2024 untuk penjawat awam di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ia dikeluarkan.

Berikut merupakan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2025.

Untuk makluman, kerajaan menetapkan satu tarikh gaji untuk semua negeri seluruh Malaysia.

BulanTarikhHariCatatan
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina – 29 & 30 Januari 2025 – (Rabu & Khamis)
Februari25.02.2025Selasa
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa – 31 Mac 2025 & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
April24.04.2025Khamis
Mei22.05.2025KhamisHari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)
Jun25.06.2025RabuHari Gawai – 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin)

Hari Raya Haji – 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
Julai24.07.2025Khamis
Ogos25.08.2025Isnin
September25.09.2025Khamis
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali – 20 Oktober 2025 (Isnin)
November20.11.2025Khamis 
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas – 25 Disember 2025 (Khamis)

Sudah tahu tarikh gaji penjawat awam 2025, jadi sepatutnya anda boleh terus tandakan di kalendar 2025.

Ambil tahu juga bila tarikh cuti sekolah 2025 supaya anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak boleh merancang perjalanan jika hendak pergi bercuti.

Pembayaran Gaji Sewaktu Bulan Perayaan

Buat pengetahuan anda, tarikh gaji penjawat awam 2025 yang ditetapkan oleh JANM lazimnya akan jatuh pada hari ke-25 setiap bulan. 

Namun, pembayaran akan dibuat lebih awal sebelum tarikh tetap sekiranya hari ke-25 bulan itu jatuh pada hari minggu (Sabtu atau Ahad).

Pembayaran gaji lebih awal juga akan dibuat jika pada bulan tersebut adalah bulan perayaan.

Berikut kami rumuskan tarikh gaji yang akan dibayar lebih awal semasa bulan perayaan.

Bulan TarikhHariCatatan
Januari22.01.2025RabuTahun Baru Cina – 29 & 30 Januari 2025 – (Rabu & Khamis)
Mac24.03.2025IsninHari Raya Puasa – 31 Mac 2025 & 1 April 2025 (Isnin & Selasa)
Mei22.05.2025KhamisHari Pesta Kaamatan – 30 & 31 Mei 2025 (Jumaat & Sabtu)

Hari Gawai – 1 & 2 Jun 2025 (Ahad & Isnin)

Hari Raya Haji – 7 & 8 Jun 2025 (Sabtu & Ahad)
Oktober16.10.2025KhamisHari Deepavali – 20 Oktober 2025 (Isnin)
Disember18.12.2025KhamisHari Krismas – 25 Disember 2025 (Khamis)
tarikh gaji penjawat awam 2025
Sumber: Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam 2025

Berita baik! Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan bonus 2025 kepada penjawat awam.

Pemberian bonus ini akan dibayar pada Februari 2025 sekali dengan tarikh gaji penjawat awam 2025 untuk bulan Februari.

Datuk Seri Anwar mengumumkan perkara ini ketika membentangkan peruntukan untuk kelompok penjawat awam menerusi Belanjawan 2025 hujung tahun lalu.

Menurutnya, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah sebanyak RM500 dan pesara kerajaan sebanyak RM250.

Selain bonus, penjawat awam juga akan menerima kenaikan gaji pada Januari 2025.

Disember tahun lalu, penjawat awam menikmati Pelarasan Gaji menerusi pelaksanaan SSPA.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat terperinci mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan gaji 2025, boleh diajukan kepada:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
Nombor Telefon : 03 – 8882 1624/ 1612/ 1622/ 1611

Leave a Comment