Hadiah Hari Guru: Idea Hadiah Kreatif & Bermakna untuk Guru Tersayang
Setiap tahun pada 16 Mei, kita menyambut Hari Guru sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan insan yang mendidik tanpa jemu.
Dalam meraikan hari istimewa ini, ramai mula mencari hadiah Hari Guru yang sesuai – sama ada daripada pelajar, ibu bapa mahupun pihak sekolah.
Walaupun nilai sesebuah hadiah tidak diukur dari segi harganya, akan tetapi niat untuk menghargai usaha dan dedikasi guru sudah cukup bermakna.
Dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa tips memilih hadiah dan senarai idea menarik untuk dijadikan hadiah Hari Guru.
Menariknya, ada juga tips membeli hadiah dengan bajet bawah RM30!
Hadiah Hari Guru Tanda Penghargaan
Guru adalah tunjang kepada kejayaan seseorang pelajar.
Mereka tidak hanya menyampaikan ilmu, malah membentuk sahsiah dan menjadi inspirasi kehidupan.
Oleh itu, hadiah untuk cikgu adalah simbol penghargaan kecil yang membawa makna besar.
Ia bukan semata-mata pemberian material, tapi lebih kepada tanda terima kasih atas jasa dan bimbingan mereka.
Ucapan hari guru juga sebenarnya sudah cukup memberi makna besar kepada diri para pendidik ini.
Tips Memilih Hadiah Untuk Hari Guru Yang Sesuai
Sebelum anda memilih hadiah, ada beberapa perkara penting yang boleh dipertimbangkan:
1. Praktikal dan berguna
Jika ingin memberikan hadiah berbentuk material, pilih sesuatu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian seperti pen, planner, atau alat tulis.
Hadiah seperti ini pasti dihargai kerana dapat dimanfaatkan dalam tugasan seharian guru.
2. Mengikut bajet
Tidak perlu membelanjakan jumlah yang besar.
Hadiah yang sederhana tetap memberi kesan mendalam jika disampaikan dengan ikhlas.
Elakkan membeli sesuatu yang terlalu mahal hingga membuatkan penerima rasa tidak selesa.
3. Minat dan hobi guru
Jika anda mengenali minat guru tersebut, hadiah berkaitan hobi seperti buku bacaan, pewangi, atau set mandian boleh menjadi pilihan menarik.
Idea Hadiah Hari Guru Menarik & Mesra Bajet

Berikut adalah antara cadangan hadiah cikgu yang boleh anda pertimbangkan:
- Pen dan alat tulis. Contoh: Pen marker, pen metal eksklusif.
- Kad ucapan peribadi dengan mesej ikhlas dari hati.
- Coklat, kek atau snek istimewa.
- Barang peribadi seperti tudung, telekung, tali leher atau jam tangan.
- Barangan DIY atau handmade. Contoh: Frame gambar, penanda buku, keychain.
- Botol air tumbler, tote bag atau bekas makanan.
- Buku nota, planner atau sticky notes.
- Minyak wangi tempatan, oil diffuser atau set mandian.
- Bekas makanan seperti Tupperware.
Hadiah seperti ini bukan sahaja sesuai untuk diberikan oleh pelajar, malah juga pihak pentadbiran sekolah atau persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).
Senarai Kedai Beli Hadiah Bajet Hari Guru (Bawah RM30)
Online
Boleh beli di Shopee, TikTok Shop & Lazada.
Hanya perlu taip di carian: Hadiah untuk guru atau hari guru bajet, selamat hari guru atau hadiah cikgu bajet.
Untuk carian lebih spesifik, anda boleh taip, planner, sticky note, alat tulis cantik, tumbler custom, kek mini, mini bouquet, chocolate box, personalized pen.
Kedai Fizikal (Boleh Walk-In)
Boleh cari hadiah di MR.DIY, Eco Shop, Kaison, Daiso, Miniso, kedai buku Popular.
Contoh hadiah yang boleh dibeli adalah:
- Bunga plastik, pen, alat tulis, mug, bekas hadiah.
- Boleh mix & match jadi satu mini gift box.
- Hiasan meja, scented candle, frame gambar, plushie kecil (RM10-RM25).
- Buku nota cantik, kad ucapan, pen berkualiti, buku motivasi.
- Barang organizer meja, tumbler, beg hadiah, penanda buku comel
Hadiah Ikhlas Lebih Bermakna
Apa jua pilihan anda, pastikan ia disampaikan dengan ucapan yang ikhlas dan senyuman.
Kadang-kadang, hanya dengan sekeping nota atau ucapan ‘Terima kasih, cikgu’ sudah cukup menggembirakan hati mereka.
Guru tidak meminta balasan mewah – cukup sekadar dihargai.
Boleh lihat di sini untuk contoh ucapan hari guru.
Hargai Guru Sementara Mereka Ada
Hadiah Hari Guru bukan sekadar objek, ia lambang penghormatan kita kepada insan bergelar pendidik.
Mereka telah mencurahkan tenaga, masa dan kasih sayang untuk memastikan kejayaan anak-anak murid.
Maka, jangan lepaskan peluang untuk menunjukkan penghargaan anda pada 16 Mei ini.
Tidak kiralah hadiah kecil atau besar, yang penting ialah nilai kasih dan penghargaan yang anda sampaikan.