Terkini: Ujian Kelayakan Calon Guru, IPG UKCG 2025 sudah dibuka pada 7 April 2025.
Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) adalah salah satu proses penting yang perlu dilalui oleh calon yang berhasrat menjadi guru.
Calon yang memohon untuk program latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menjalani ujian psikometrik secara atas talian yang dikenali sebagai e-UKCG.
Ujian IPG UKCG ini bertujuan untuk menilai tahap kelayakan dan potensi calon dalam profesion perguruan.
Hanya calon yang berjaya dalam e-UKCG akan dipertimbangkan untuk proses saringan seterusnya.
Kami akan kongsikan panduan untuk calon guru yang bakal menjalani ujian IPG UKCG dan tips berguna untuk anda.
Apa Itu IPG UKCG Atau e-UKCG?
IPG UKCG atau e-UKCG adalah ujian yang dijalankan secara dalam talian untuk menilai kelayakan psikometrik calon guru.
Ujian ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk personaliti, kecerdasan emosi, integriti, dan ciri-ciri lain yang perlu dimiliki oleh seorang guru yang berkualiti.
Ujian ini mengandungi soalan-soalan yang dapat membantu IPG dalam menilai kesesuaian calon untuk berkhidmat sebagai pendidik di negara ini.
Sama seperti UKCG, e-UKCG menguji calon berdasarkan pelbagai kategori, namun formatnya lebih mudah diakses kerana dijalankan secara atas talian.
Calon yang lulus ujian ini akan menjalani ujian kecergasan fizikal.
Jika berjaya, calon akan dipanggil untuk temuduga dan menyediakan rakaman VKF atau Penyediaan Video Kelayakan ke portal PISMP.
Ini adalah sebahagian daripada proses pemilihan yang lebih menyeluruh.
Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan IPG atau permohonan UKCG, boleh rujuk di sini untuk panduan dan langkah-langkahnya.
Semakan Keputusan IPG UKCG 2025
Calon yang telah menduduki ujian IPG UKCG 2025 boleh membuat semakan keputusan e-ukcg melalui pautan yang disediakan oleh KPM.
Keputusan akan diumumkan secara dalam talian pada tarikh yang telah ditetapkan.
Ujian e-UKCG tahun ini dijalankan pada 7 April 2025 di portal UKCG https://ukcg.moe.gov.my/ Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keputusan ujian saringan kelayakan ini boleh disemak melalui portal UKCG setelah pengumuman rasmi dibuat.
Untuk semakan keputusan, calon perlu mengunjungi laman web rasmi UKCG dan memasukkan maklumat pendaftaran yang diperlukan, termasuk kata laluan yang telah didaftarkan semasa pendaftaran ujian.
Pastikan anda menyemak keputusan pada tarikh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan.
Tips Menghadapi e-UKCG
Bagi calon yang akan menduduki e-UKCG, berikut adalah beberapa tips berguna untuk membantu anda menjawab soalan dengan lebih baik:
- Persediaan Mental – Sebelum ujian, pastikan anda cukup bersedia dari segi mental. Fokus pada diri sendiri dan elakkan gangguan luar semasa ujian.
- Kelajuan dan Ketepatan – Ujian ini mempunyai masa yang terhad, jadi pastikan anda menjawab setiap soalan dengan cepat namun tepat. Anda hanya mempunyai beberapa saat untuk setiap soalan, jadi latih diri untuk membuat keputusan yang cepat dan tepat.
- Jujur dalam Menjawab – Soalan-soalan dalam ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti integriti dan sifat peribadi anda. Oleh itu, pastikan anda menjawab secara jujur, kerana jawapan yang tidak konsisten boleh menjejaskan keputusan anda.
- Tahu Personaliti dan Tanggungjawab Guru – Soalan juga banyak berkisar mengenai personaliti dan tanggungjawab guru serta cara menyelesaikan masalah bagi menangani dan membantu murid. Jadi, bagi meningkatkan peluang untuk lulus, calon perlu mengetahui personaliti dan tanggungjawab seorang guru. Jawapan yang anda berikan akan mencerminkan sifat serta sikap untuk menjadi seorang pendidik yang berkualiti.
- Berlatih menjawab contoh soalan e-UKCG – Latihan dengan contoh soalan tahun-tahun sebelum ini akan membantu calon memberi jawapan yang betul dan juga cepat mengikut masa yang ditetapkan.
Anda boleh rujuk video panduan untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru e-UKCG di facebook rasmi Institut Pendidikan Guru KPM -Rasmi.
Lokasi Ujian e-UKCG
e-UKCG dijalankan secara dalam talian, yang bermaksud anda boleh menjawabnya di mana-mana sahaja asalkan terdapat sambungan internet yang baik.
Anda boleh memilih untuk menjawab ujian ini di rumah, di pusat internet, atau di lokasi lain yang mempunyai sambungan internet yang stabil.
Walaupun boleh dijawab menggunakan telefon bimbit atau tablet, namun calon disarankan untuk menggunakan komputer atau komputer riba bagi memastikan anda selesa semasa menjawab soalan.
Pastikan juga persekitaran tempat ujian adalah tenang dan tidak terganggu oleh gangguan luar.
Kesimpulan
IPG UKCG adalah langkah pertama untuk anda yang ingin menjadi guru di Malaysia.
Ujian ini bukan sahaja menguji pengetahuan akademik tetapi juga aspek psikologi dan personaliti anda.
Oleh itu, pastikan anda mempersiapkan diri dengan baik.
Semak keputusan anda dengan teliti dan teruskan ke langkah seterusnya jika anda berjaya.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada golongan pendidik yang cemerlang.
Jika anda telah menduduki e-UKCG, semak keputusan anda dan bersedia untuk langkah seterusnya dalam perjalanan kerjaya perguruan!