Belum pun masuk tahun baharu, tapi ramai yang sudah mengintai kalendar 2025.
Mana tidaknya, ada yang telah pun merancang percutian atau sebarang agenda untuk diri sendiri, keluarga, dan sebagainya sepanjang tahun hadapan.
Jadi, anda haruslah bijak mengambil kesempatan dengan memanfaatkan cuti umum yang diberikan kerajaan.
Buat anda yang ingin bercuti untuk urusan peribadi, bolehlah merancang untuk menggunakan cuti tahunan pada tarikh yang sepatutnya.
Selain itu, kalendar 2025 juga penting buat ibu bapa untuk mengetahui tarikh cuti persekolahan anak-anak.
Senanglah nanti untuk menyusun waktu antara kerja dan hari bersama keluarga.
Jom kami kongsikan tarikh cuti umum dan cuti sekolah Malaysia untuk kalendar 2025.
Ada juga tips untuk anda bercuti panjang tahun 2025 ini!
Cuti Umum Persekutuan Kalendar 2025
Selain mendapat cuti umum di hari perayaan wajib bagi tiga kaum utama di Malaysia; Melayu, Cina dan India, kita mesti nak tahu juga tarikh-tarikh cuti yang lain untuk seluruh negeri di Malaysia.
Senarai cuti umum persekutuan berdasarkan kalendar 2025 seperti berikut:
Januari

- 1 Januari (Rabu) – Tahun Baru (kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu)
- 29 & 30 Januari (Rabu & Khamis) – Tahun Baru Cina
Mac
- 31 Mac (Isnin) – Hari Raya Aidilfitri
Kalendar 2025 April
- 1 April (Selasa) – Hari Raya Aidilfitri
Mei

- 1 Mei (Khamis) – Hari Pekerja
- 12 Mei (Isnin) – Hari Wesak
Jun
- 2 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan YDP Agong
- 7 Jun (Sabtu) – Hari Raya Haji
- 27 Jun (Jumaat) – Awal Muharram (Maal Hijrah)
Ogos
- 31 Ogos (Ahad) – Hari Kebangsaan
Kalendar 2025 September

- 5 September (Jumaat) – Maulidur Rasul
- 16 September (Selasa) – Hari Malaysia
Oktober
- 20 Oktober (Isnin) – Hari Deepavali (kecuali Sarawak)
Disember
- 25 Disember (Khamis) – Hari Krismas
Cuti Umum Mengikut Negeri
Ini cuti umum kalendar 2025 mengikut negeri:
Zon Utara
Perlis
- 27 Januari (Isnin) – Israk Mikraj
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 17 Mei (Sabtu) – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis
- 8 Jun (Ahad) – Hari Raya Haji ke-2
Kedah
- 27 Januari (Isnin) – Israk Mikraj
- 2 Mac (Ahad) – Awal Ramadan
- 8 Jun (Ahad) – Hari Raya Haji ke-2
- 22 Jun (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah
Pulau Pinang

- 11 Februari (Selasa) – Thaipusam
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 7 Julai (Isnin) – Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia
- 12 Julai (Sabtu) – Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Perak
- 11 Februari (Selasa) – Thaipusam
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 7 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak
Zon Tengah
Selangor
- 11 Februari (Selasa) – Thaipusam
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 11 Disember (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Selangor
Zon Selatan
Negeri Sembilan
- 14 Januari (Selasa) – Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
- 27 Januari (Isnin) – Israk Mikraj
- 11 Februari (Selasa) – Thaipusam
Melaka
- 20 Februari (Khamis) – Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan
- 2 Mac (Ahad) – Awal Ramadan
- 24 Ogos (Ahad) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
Johor
- 11 Februari (Selasa) – Thaipusam
- 2 Mac (Ahad) – Awal Ramadan
- 23 Mac (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Johor
- 31 Julai (Khamis) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
Zon Timur
Kelantan
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 6 Jun (Jumaat) – Hari Arafah
- 8 Jun (Ahad) – Hari Raya Haji ke-2
- 29 & 30 September (Isnin & Selasa) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Terengganu
- 27 Januari (Isnin) – Israk Mikraj
- 4 Mac (Selasa) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 26 & 27 April (Sabtu & Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu
- 6 Jun (Jumaat) – Hari Arafah
- 8 Jun (Ahad) – Hari Raya Haji ke-2
Pahang
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 22 Mei (Khamis) – Hari Hol Pahang
- 30 Julai (Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Pahang
Kalendar 2025 Malaysia Timur
Sabah
- 18 April (Jumaat) – Good Friday
- 30 & 31 Mei (Jumaat & Sabtu) – Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
- 4 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
- 24 Disember (Rabu) – Cuti Hari Natal (Christmas Eve)
Sarawak
- 18 April (Jumaat) – Good Friday
- 1 & 2 Jun (Ahad & Isnin) – Hari Gawai
- 22 Julai (Selasa) – Hari Kemerdekaan Sarawak
- 11 Oktober (Sabtu) – Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Cuti Umum Wilayah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- 1 Februari (Sabtu) – Hari Wilayah Persekutuan
- 11 Februari (Selasa) – Thaipusam
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
Wilayah Persekutuan Putrajaya
- 1 Februari (Sabtu) – Hari Wilayah Persekutuan
- 11 Februari (Selasa) – Thaipusam
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
Wilayah Persekutuan Labuan
- 1 Februari (Sabtu) – Hari Wilayah Persekutuan
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran
- 30 & 31 Mei (Jumaat & Sabtu) – Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
Cuti Sekolah Kalendar 2025
Ambil tahu bila tarikh cuti persekolahan bukan sahaja penting untuk ibu bapa, tetapi juga untuk semua yang bekerja ataupun yang ingin merancang percutian.
Semasa musim cuti sekolah, kita akan lihat ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk pergi bercuti bersama dengan anak-anak.
Jadi, golongan bekerja terutama yang bujang atau belum mempunyai anak, bolehlah rancang perjalanan atau percutian bagi elak bertembung dengan musim cuti persekolahan.
Di bawah merupakan tarikh cuti sekolah mengikut kalendar 2025 akademik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:
Kalendar akademik sesi 2024/2025:
Cuti penggal akhir persekolahan: *18 Januari 2025 – 16 Februari 2025 (30 hari)
Kalendar akademik sesi 2025/2026:
Tarikh cuti sekolah penggal pertama: *29 Mei 2025 – 9 Jun 2025 (12 hari)
Tempoh cuti penggal kedua
- 13 September 2025 – 21 September 2025 (9 hari)*
Tarikh cuti akhir persekolahan 2025/2026
- 20 Disember 2025 – 11 Januari 2026 (23 hari)*
*Nota: Cuti sekolah untuk negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula dan berakhir satu hari lebih awal.



Senarai Cuti Panjang Kalendar 2025
Anda boleh maksimumkan cuti tahunan anda dengan mengambil cuti pada hari-hari cuti umum.
Berikut merupakan tarikh yang dicadangkan untuk anda mengambil cuti panjang:

Rancang Percutian Anda
Manfaatkan maklumat yang kami sediakan ini untuk memudahkan anda merancang percutian dan memudahkan urusan sepanjang tahun 2025.
Sentiasa semak maklumat terkini cuti umum dan cuti persekolahan 2025 kerana tarikh cuti mungkin berubah.
Ini pautan rasmi kerajaan untuk anda menyemak cuti kalendar 2025:
- Kalendar Akademik Kementerian Pendidikan Malaysia
- Takwim persekolahan
Selamat menikmati tahun 2025!