Maksud Giro Transfer: Panduan Pemindahan Wang Antara Bank

Maksud Giro Transfer: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Dahulu, jika kita ingin memindahkan wang ke bank lain, kita perlu pergi ke bank tersebut untuk memasukkan duit.

Namun, kini kita sudah tidak perlu ke kaunter kerana pemindahan wang sudah boleh dilakukan di hujung jari.

Dalam dunia kewangan moden kini, pemindahan wang secara elektronik tidak kira antara bank yang sama atau bank yang berbeza menjadi satu keperluan harian.

Salah satu kaedah yang sering digunakan di Malaysia adalah Interbank Giro transfer atau IBG.

Artikel ini akan menerangkan maksud Giro transfer, bagaimana ia berfungsi, tempoh pemprosesan, dan perbezaannya dengan perkhidmatan lain seperti DuitNow dan JomPAY.

Apa Maksud Giro Transfer?

Maksud Giro transfer merujuk kepada proses pemindahan dana secara elektronik antara akaun bank yang berbeza, dikenali sebagai Interbank GIRO (IBG).

Ia membolehkan individu atau syarikat memindahkan wang dari satu akaun ke akaun lain dengan lebih selamat dan efisien, tanpa perlu menggunakan wang tunai atau cek.

IBG diwujudkan untuk memudahkan pengurusan kewangan harian, sama ada melalui platform perbankan atas talian atau secara fizikal di kaunter bank.

Tempoh Pemprosesan Giro Transfer

Apabila bercakap tentang maksud giro transfer, penting untuk kita tahu akan tempoh pemprosesannya.

Secara amnya, IBG transfer mengambil masa satu hari bekerja untuk pemprosesan.

Jika anda membuat transaksi sebelum waktu cut-off bank (biasanya sekitar jam 5 petang), wang akan diterima oleh penerima pada hari bekerja berikutnya.

Sekiranya transaksi dilakukan selepas waktu tersebut, pada hujung minggu atau cuti umum, prosesnya mungkin mengambil masa sehingga dua hari bekerja.

Buat pengetahuan anda, pemprosesan ini berlaku secara berkala sepanjang hari bekerja dengan waktu kemasukan wang ke akaun penerima bergantung pada waktu transaksi dibuat.

Tempoh transaksi bagi setiap bank mungkin berbeza.

Berikut kami sediakan contoh tempoh transaksi bagi beberapa jenis bank di Malaysia:

Maybank

maksud giro transfer maybank

CIMB

maksud giro transfer cimb

Bank Islam

maksud giro transfer bank islam

AmBank

Beza IBG Transfer Dengan Instant Transfer (DuitNow)

Ramai yang keliru antara IBG dan Instant Transfer.

Perbezaan utama terletak pada masa pemprosesan.

IBG transfer tidak serta-merta – pemindahan wang ambil masa pemprosesan, manakala Instant Transfer (kini dikenali sebagai DuitNow) membolehkan pemindahan dana secara real-time.

Dengan DuitNow, wang boleh dihantar dan diterima dalam beberapa minit, menjadikannya pilihan ideal untuk transaksi segera.

Sebaliknya, IBG sesuai untuk pembayaran yang tidak mendesak kerana kosnya rendah atau kadangkala percuma.

Semak Status Giro Transfer

Untuk menyemak status giro transfer, anda hanya perlu log masuk ke akaun perbankan internet anda.

Pilih bahagian sejarah transaksi dan cari pemindahan berkaitan.

Status akan ditunjukkan sama ada ‘Berjaya’, ‘Dalam Proses’ atau ‘Gagal’.

Jika statusnya masih belum selesai, berikan masa satu hari atau dua hari bekerja untuk proses lengkap (bergantung kepada bila waktu anda membuat transaksi).

Status Bayaran IBG Telah Dikreditkan

Sekiranya anda menggunakan transaksi IBG, anda akan terima notifikasi ‘Bayaran IBG telah dikreditkan’ menerusi SMS, emel atau dalam sejarah transaksi, sebaik sahaja wang anda selesai diproses.

Maksudnya, wang telah masuk ke akaun penerima.

Ini menandakan bahawa transaksi anda berjaya dan wang sudah tersedia untuk digunakan.

Kesimpulan

Memahami maksud Giro transfer membantu anda membuat keputusan bijak dalam memilih kaedah pemindahan wang yang sesuai.

Walaupun ianya tidak sepantas Instant Transfer, namun IBG menawarkan kemudahan dengan kos rendah atau percuma, menjadikannya ideal untuk transaksi harian yang tidak mendesak.

Jika anda seorang pengguna aktif perbankan digital, memahami perbezaan antara IBG, DuitNow, dan JomPAY akan membantu anda mengurus kewangan dengan lebih efisien.

Malahan kini, hampir semua bank menawarkan perkhidmatan IBG transfer.

Namun, anda perlu tahu akan waktu pemotongan, caj dan had pemindahan harian kerana ia mungkin berbeza antara bank.

Oleh itu, sentiasa semak maklumat lanjut dengan bank anda untuk elakkan kekeliruan semasa menggunakan perkhidmatan ini.

Maklumat lanjut tentang tempoh pemprosesan bagi setiap bank boleh rujuk dalam laman web rasmi bank tersebut.

Baca juga:

eGumis : Ini Cara Buat Semakan & Tuntutan Wang Tak Dituntut

EFiling 2025 : Senarai Pelepasan Cukai LHDN Tahun 2024

Tarikh Bayaran PERKESO 2025 : Faedah / Pencen

Leave a Comment