Leceh nak kena beratur panjang di balai polis semata-mata untuk membayar saman. Tak ada ke sistem bayar saman online tanpa perlu datang ke kaunter?
Berita baik! Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyediakan platform dalam talian untuk pengguna jalan raya menyemak dan membayar saman.
Tak perlu lagi risau untuk berhujan panas, beratur panjang untuk semak dan bayar saman anda.
Kini, semuanya hanya di hujung jari!
Jom kami kongsikan panduan lengkap untuk anda semak dan bayar saman online di platform MyBayar tanpa perlu ke kaunter.
MyBayar Saman
MyBayar adalah platform rasmi PDRM untuk pengguna jalan raya membuat semakan atau bayar saman online.
Platform ini mula diperkenalkan pada tahun 2023, selari dengan usaha kerajaan untuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan sedia ada.
Menerusi MyBayar, pengguna jalan raya boleh melakukan semakan saman yang tertunggak untuk kenderaan-kenderaan mereka, sekali gus boleh terus membuat bayaran di platform tersebut.
Selain itu, anda juga boleh mengetahui pelbagai tawaran diskaun atau promosi saman yang ditawarkan pada tempoh-tempoh tertentu.
Cara Bayar Saman Online Melalui MyBayar

Platform dan aplikasi MyBayar bukan sahaja memudahkan pengguna jalan raya untuk check saman polis trafik PDRM, bahkan juga membolehkan anda terus bayar saman online.
Namun, mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk mendaftar sistem semak dan bayar saman online ini, kan?
Pertama, anda perlu mendaftar sebagai pengguna dahulu di dalam sistem ini bagi membolehkan anda menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan dalam platform ini.
Jom kami terangkan lebih terperinci cara untuk mendaftar bagi pengguna baru dan juga bagi pengguna yang pernah mendaftar.
Pengguna baharu:

- Layari portal rasmi MyBayar di sini.
- Klik butang Daftar untuk pengguna baharu.
- Anda akan dibawa ke paparan pilihan Kewarganegaraan.
- Klik Warga Malaysia atau Bukan Warga Malaysia.
- Kemudian, anda akan dibawa ke paparan Maklumat Pengguna.
- Pilih Jenis Pengguna; sama ada Individu atau Syarikat. Isikan maklumat lengkap seperti no kad pengenalan, nama penuh, alamat etc.
- Pilih Seterusnya setelah selesai mengisi maklumat lengkap anda.
- Anda akan dibawa ke paparan Pengesahan OTP.
- Selesai untuk pendaftaran pengguna baharu.
Pengguna baharu & sedia ada:
- Daftar masuk ke akaun MyBayar dengan masukkan ID Pengguna, Kata Laluan, dan kemudian klik Log Masuk.
- Anda akan dibawa ke paparan Perkhidmatan seperti di bawah. Pilih Saman Trafik dari menu utama.
- Anda akan terus dibawa ke paparan senarai saman yang ada.
- Jika ada, masukkan kod baucar untuk pengurangan kompaun.
- Klik pilihan saman yang anda ingin bayar. Kemudian, klik butang Bayar RMXX.
- Semak semula maklumat butiran pembayar dan senarai saman.
- Dalam paparan yang sama, terdapat paparan pilihan pembayaran untuk anda pilih (gambar seperti di bawah).
- Pilih kaedah pembayaran yang anda inginkan (perbankan atas talian FPX, kad kredit, atau e-wallet yang disokong).
- Ikuti arahan untuk menyelesaikan pembayaran.
- Selepas pembayaran berjaya, anda akan menerima pengesahan melalui e-mel atau SMS.


PERINGATAN
Pastikan anda menyimpan resit bayaran sebagai bukti pembayaran untuk rujukan masa akan datang.
Bayar Saman Online Diskaun
Jangan risau! Lazimnya pihak PDRM akan mengumumkan sebarang promosi atau diskaun saman di portal rasmi mereka.
Jika ada pengumuman mengenai diskaun saman, anda boleh membuat bayaran dan jangan lupa masukkan kod diskaun dalam platform MyBayar sebelum urusan pembayaran selesai.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai bayar saman online di platform atau aplikasi MyBayar, sila layari portal rasmi PDRM atau laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.
Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan sistem semak & bayar saman, MyBayar yang disediakan kerajaan ini.
Pengguna boleh melakukan semakan dan bayaran saman secara dalam talian tanpa sebarang caj perkhidmatan, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Sebarang pertanyaan atau bantuan tambahan, anda boleh menghubungi:
Cawangan Pengurusan Saman,
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur
Emel: mybayar@rmp.gov.my
Sentiasa pastikan keselamatan anda di jalan raya dan patuhi semua peraturan trafik.
Selamat memandu! Ingatlah orang yang tersayang.