Tahukah anda bahawa ada cara untuk kita membuat semakan NCD kenderaan secara online, iaitu di MyCarInfo.
Semakan NCD (No Claim Discount) kenderaan perlu dilakukan oleh setiap pemilik kereta bagi memastikan mereka mendapat kadar diskaun yang sesuai ketika memperbaharui insurans tahunan.
Untuk memudahkan proses membuat semakan NCD, portal MyCarInfo menawarkan kemudahan bagi menyemak NCD kereta secara online dengan lebih mudah dan cepat.
Ingin tahu lebih lanjut tentang MyCarInfo serta bagaimana cara semak NCD kereta dan cara kira NCD kereta?
Jom kami kongsikan dengan anda dalam artikel ini.
Apa Itu NCD?
NCD atau No Claim Discount adalah diskaun yang diberikan kepada pemilik kenderaan yang tidak membuat sebarang tuntutan insurans sepanjang tempoh insurans mereka (biasanya setahun).
NCD ini boleh dikumpulkan dan digunakan untuk mengurangkan jumlah premium insurans apabila memperbaharui insurans kenderaan setiap tahun.
NCD memberikan insentif kepada pemandu untuk lebih berhati-hati di jalan raya dan mengurangkan bilangan tuntutan insurans.
Di Malaysia, kadar NCD biasanya bermula pada 25 peratus untuk tahun pertama tanpa tuntutan dan meningkat mengikut tahun, tanpa tuntutan.
Semakin lama tempoh anda tidak menuntut NCD, maka semakin tinggi peratusan NCD anda.
Check NCD Online Di MyCarInfo

MyCarInfo adalah portal dalam talian yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kenderaan di Malaysia.
Ia adalah platform yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat tentang kenderaan mereka, termasuk semakan NCD, harga pasaran semasa, dan rekod kenderaan.
Portal ini adalah usaha untuk mempermudah urusan pengurusan kenderaan tanpa perlu berurusan dengan banyak pihak.
Portal ini dibangunkan oleh Insurance Services Malaysia (ISM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dengan usaha sama syarikat-syarikat insurans di Malaysia.
Selain menyediakan perkhidmatan semakan dan pertanyaan mengenai NCD, portal ini berfungsi untuk melihat nilai pasaran kenderaan (Vehicle Market Value), I-Search dan juga pemeriksaan kenderaan (Vehicle Check).
Pengguna hanya perlu melawat portal MyCarInfo di pautan ini: https://www.mycarinfo.com.my/ untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang kenderaan mereka secara dalam talian, dengan pantas dan mudah.
Bagaimana Cara Check NCD Di MyCarInfo?

Untuk menyemak NCD kenderaan anda melalui portal MyCarInfo, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Layari portal rasmi MyCarInfo.
- Klik pada menu pilihan, NCD Enquiry untuk semak NCD kenderaan anda.
- Masukkan No Pendaftaran Kenderaan anda dan nombor ID. No ID adalah no kad pengenalan anda.
- Klik [ / ] pada kotak Yes, I have read and understood the Privacy Notice dan kotak I’m not a robot.
- Kemudian, klik butang Get My NCD Report untuk meneruskan proses semakan NCD.
- Maklumat NCD anda akan terpapar seperti gambar di bawah.
- Anda akan dapat lihat peratusan NCD anda yang terkini dan akan datang.

Baca juga:
- Diskaun Saman JPJ 50 Peratus Mulai Januari Hingga Jun 2025.
- Kadar Tol PLUS : Semakan Harga Tol Terkini Tahun 2025.
- Check Saman Polis Trafik, PDRM, JPJ & AES Secara Online / SMS.
Kelebihan Semak NCD Di MyCarInfo Secara Online
Fungsi NCD Enquiry membolehkan pemilik kenderaan untuk menyemak status NCD mereka secara dalam talian.
Dengan memasukkan nombor pendaftaran kenderaan, anda boleh melihat jumlah NCD yang layak diterima berdasarkan rekod insurans anda.
Ini juga memudahkan pengguna untuk merancang kos insurans kenderaan tanpa sebarang keraguan.
- Mudah dan Cepat: Portal MyCarInfo menyediakan kemudahan untuk semakan NCD secara dalam talian, mengurangkan keperluan untuk berurusan dengan pihak lain.
- Tepat dan Up-to-Date: Maklumat NCD yang dipaparkan adalah terkini, memboleh anda mendapat gambaran mengenai status diskaun yang layak anda terima.
- Tiada Kos Tambahan: Perkhidmatan ini adalah percuma, membolehkan pemilik kenderaan untuk semak NCD tanpa sebarang bayaran dikenakan.
Kadar NCD Di Malaysia
Kadar NCD di Malaysia berbeza mengikut tempoh tanpa tuntutan insurans.
Secara amnya, kadar NCD bermula daripada 25 peratus untuk tahun pertama dan boleh meningkat sehingga 55 peratus selepas lima tahun tanpa sebarang tuntutan insurans.
Berikut adalah kadar NCD berdasarkan tempoh tanpa tuntutan:
- 1 tahun: 25 peratus.
- 2 tahun: 30 peratus.
- 3 tahun: 38.33 peratus.
- 4 tahun: 45 peratus.
- 5 tahun dan seterusnya: 55 peratus.
Ini adalah kadar NCD standard di Malaysia dan ia memberi kesan kepada jumlah premium yang perlu dibayar oleh pemilik kenderaan.
Semak Nilai Pasaran Kenderaan
Selain semakan NCD, portal ini juga menyediakan maklumat tentang harga pasaran semasa kenderaan.
Ini membolehkan pemilik kenderaan untuk mengetahui nilai semasa kenderaan mereka berdasarkan model, tahun pembuatan, dan keadaan kenderaan.
Maklumat ini penting bagi mereka yang ingin menjual kenderaan mereka atau memperbaharui insurans kenderaan.
Untuk menyemak market value atau nilai pasaran kenderaan melalui portal MyCarInfo, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti:
- Layari portal rasmi MyCarInfo.
- Pilih menu Vehicle Market Value dan kemudian klik Go.
- Isi butiran kenderaan (tahun, jenama kenderaan, model kenderaan, cc enjin, transmisi, siri varian).
- Klik [ / ] pada kotak I’m not a robot.
- Klik Go.
- Kemudian klik Get Valuation.
- Baca terma & syarat, klik I Agree.
- Maklumat kenderaan, nilai pasaran & tarikh penilaian akan dipaparkan.
Kesimpulan
Dengan menggunakan portal MyCarInfo, pemilik kenderaan dapat menyemak NCD mereka dengan mudah dan cepat.
Portal ini juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti pengiraan NCD, semakan harga pasaran semasa, dan maklumat tentang kenderaan.
Layari portal MyCarInfo untuk mengetahui maklumat kenderaan dan nilai NCD kereta anda.