๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Permohonan Prasekolah 2026: Panduan Lengkap Untuk Ibu Bapa

Permohonan Prasekolah Sesi 2026 dibuka secara online dari 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025.

Ibu bapa yang ingin memasukkan anak ke prasekolah tahun 2026 sudah boleh membuat permohonan kemasukan ke prasekolah KPM secara online dan manual.

Kemasukan ke prasekolah adalah langkah pertama dalam menyediakan pendidikan awal yang penting bagi anak-anak.

Setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka pendaftaran prasekolah untuk kanak-kanak yang layak mengikut syarat tertentu.

Bagi sesi tahun 2026, pendaftaran prasekolah sudah pun dibuka pada 1 Mac 2025.

Kami akan kongsikan panduan lengkap untuk ibu bapa mengetahui cara permohonan pendaftaran dan semakan prasekolah, serta permohonan rayuan secara online di sistem ePrasekolah KPM.

Kami juga akan ulas lanjut untuk ibu bapa yang ingin membuat permohonan secara manual.

Cara Daftar Permohonan Prasekolah

KPM menyediakan dua kaedah permohonan kemasukan ke prasekolah KPM iaitu secara online dan manual.

Tempoh permohonan, pendaftaran dan semakan bagi kedua-dua kaedah adalah tidak sama.

Berikut keterangan lanjut mengenai permohonan prasekolah sesi 2026 secara online dan manual.

OnlineManual
Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April 2025.Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2025.
Permohonan ini boleh dibuat melalui portal ePrasekolah KPM di pautan ini: https://eprasekolah.moe.gov.my/.Ibu bapa / penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon. 
Setekah permohonan dibuat melalui online, ibu bapa perlu mencetak borang permohonan.Pihak sekolah / institusi mesti mencetak borang permohonan kemasukan dari laman sesawang Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). 
Borang perlu dihantar bersama dokumen berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2025.Borang permohonan berserta dokumen lengkap perlu diisi dan dihantar ke sekolah yang dimohon.  
permohonan prasekolah

Permohonan secara online

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak ke prasekolah, proses permohonan kini lebih mudah dengan sistem ePrasekolah yang disediakan oleh KPM.

Bermula 1 Mac 2025 hingga 30 April 2025, ibu bapa boleh mengakses portal ePrasekolah untuk membuat permohonan secara dalam talian.

Sistem ini membolehkan ibu bapa melengkapkan maklumat dengan mudah, mengemas kini data, membuat semakan status permohonan dan rayuan.

Langkah-langkah Pendaftaran Online

Ikut langkah berikut bagi permohonan pendaftaran prasekolah sesi 2026 secara online.

  1. Layari laman web ePrasekolah KPM pada pautan https://eprasekolah.moe.gov.my.
  2. Daftar dengan menggunakan e-mel aktif dan maklumat peribadi yang betul.
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan pastikan maklumat yang diberikan tepat.
  4. Cetak dan hantar borang permohonan yang telah lengkap bersama dokumen yang diminta ke sekolah prasekolah yang dimohon.

Nota: Manual pengguna boleh dimuat turun daripada laman sesawang eprasekolah sebagai panduan.

permohonan prasekolah sesi 2026

Syarat Kelayakan

Sebelum membuat permohonan, pastikan anak anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Untuk sesi 2026, hanya kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 15 Januari 2022 yang boleh memohon.

Selain itu, pemohon mesti berstatus warganegara Malaysia.

Ibu bapa atau penjaga juga perlu memastikan bahawa semua dokumen yang diperlukan disertakan bersama permohonan, terutamanya sijil kelahiran asal anak.

Semak Keputusan Permohonan Prasekolah

Setelah membuat permohonan prasekolah sesi 2026, ibu bapa boleh menyemak keputusan permohonan mulai 5 Ogos 2025.

Keputusan boleh disemak secara online melalui laman ePrasekolah KPM atau secara manual di sekolah yang dimohon.

Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran.

Sementara bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat dari 5 Ogos hingga 20 Ogos 2025 melalui https://eprasekolah.moe.gov.my.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah atau mengirimkan e-mel kepada eprasekolah@moe.gov.my.

Informasi tambahan juga boleh didapati di laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau media sosial rasmi mereka.

Kesimpulan

Permohonan prasekolah adalah proses yang penting untuk anak-anak memulakan pendidikan awal mereka.

Dengan adanya sistem ePrasekolah KPM, ibu bapa kini dapat melakukan pendaftaran secara dalam talian dengan mudah dan pantas.

Pastikan anak anda memenuhi syarat kelayakan dan ikuti langkah-langkah yang tepat untuk memastikan permohonan diterima.

Jangan lupa untuk menyemak keputusan permohonan dan membuat rayuan jika diperlukan.

Leave a Comment