๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Puasa 2025 : Tarikh Cuti Umum Awal Ramadan 2025 Di Malaysia

Tarikh hari pertama Ramadan atau Puasa 2025 akan ditentukan selepas melihat anak bulan Ramadan pada petang 28 Februari ini, bersamaan 29 Syaaban 1446H.

Setiap kali masuk tahun baharu, antara perkara yang kita akan tertanya-tanya adalah bila tarikh awal Ramadan dan hari raya pertama.

Selain untuk mengetahui tarikh cuti umum pada dua hari penting dalam kalendar Islam ini, kita juga ingin tahu tarikh tersebut agar boleh melakukan persiapan awal.

Contohnya, mereka yang ingin menggantikan puasa perlu mengambil tahu hari pertama puasa 2025 agar boleh qada’ puasa lebih awal.

Selain itu, kita juga perlu tahu tarikh 1 Ramadan kerana boleh melakukan persediaan awal bagi menyambut bulan puasa seperti membeli barangan dapur untuk persiapan bersahur dan berbuka serta berterawih.

Puasa Ramadan

Masuk sahaja bulan Ramadan tandanya umat Islam wajib untuk menunaikan rukan Islam ketiga iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadan.

Dari segi syarak, puasa bermaksud menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Sewaktu bulan puasa ini, umat Islam bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga memanfaatkan Ramadan dengan meningkatkan amal ibadah.

Tarikh 1 Ramadan adalah berbeza setiap tahun dan tarikhnya ditentukan mengikut kalendar Islam.

Tahun ini, bulan Ramadan dijangka bermula pada 2 Mac 2025, iaitu hari Ahad, mengikut kalendar 2025.

Akan tetapi, ini bergantung kepada penampakan anak bulan.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia perlu menunggu pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), untuk menentukan tarikh sebenar 1 Ramadan 2025.

Maksud Bulan Ramadan Dan Bulan Puasa

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam.

Ia adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, di mana umat Islam diwajibkan untuk berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Puasa ini bukan hanya melibatkan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti mengumpat, berbohong, dan perbuatan tidak baik lainnya.

Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah melalui solat, memperbanyakkan amalan baik seperti membaca Al-Quran, berzikir, dan melakukan amal jariah.

Ia adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan.

Oleh itu, umat Islam sangat menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadan setiap tahun dengan penuh kesabaran dan pengharapan.

Bagaimana Menentukan Hari Pertama Puasa 2025?

Penentuan hari pertama puasa bermula dengan penampakan anak bulan yang menandakan permulaan bulan Ramadan.

Di Malaysia, Jabatan Mufti dan pihak berkuasa agama akan mengadakan mesyuarat untuk memeriksa dan mengesahkan penampakan anak bulan.

Proses ini dinamakan sebagai rukyah atau melihat anak bulan.

Lazimnya, rukyah akan dibuat pada hari ke-29 setiap bulan Syaaban.

Jadi untuk tahu awal bulan puasa 2025 ini, rukyah akan dilaksanakan pada 29 Syaaban 1445H.

Jika anak bulan atau hilal dilihat, maka tarikh keesokannya akan diisytiharkan sebagai hari pertama Ramadan / bulan puasa 2025.

Sekiranya anak bulan tidak kelihatan, maka hari keesokannya akan digenapkan menjadi 30 Syaaban.

Oleh itu, penting bagi umat Islam di Malaysia untuk menantikan pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa agama setiap tahun untuk tahu tarikh 1 Ramadan 2025 atau hari pertama bulan puasa 2025.

Tarikh Cuti Umum Ramadan 2025 & Hari Raya Puasa 2025

Di Malaysia, setiap tahun tarikh 1 Ramadan dan 1 Hari Raya Puasa akan diumumkan secara rasmi di televisyen, radio dan media-media rasmi kerajaan.

Selain diisytiharkan sebagai cuti umum bagi sesetengah negeri (untuk 1 Ramadan) dan seluruh negeri (1 & 2 Syawal) di Malaysia, JAKIM juga telah mengeluarkan senarai tarikh-tarikh penting dalam Islam di Malaysia bagi tahun 1446H atau tahun 2025.

27 Rejab 1446H27 Januari 2025Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1446H2 Mac 2025Awal Ramadan / Hari Pertama Puasa 2025
17 Ramadan 1446H18 Mac 2025Nuzul al-Quran
1 Syawal 1446H31 Mac 2025Hari Raya Puasa 2025 / Aidilfitri
1 Zulhijjah 1446H29 Mei 2025Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1446H7 Jun 2025Hari Raya Korban 2025 / Aidiladha
1 Muharam 1447H27 Jun 2025Awal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 1447H5 September 2025Maulidur Rasul

*Tarikh ini akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia.

puasa 2025
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Cuti umum untuk 1 Ramadan adalah dijangka pada 2 Mac 2025, iaitu jatuh pada hari Ahad.

Cuti umum 1 Ramadan hanya diambil oleh negeri tertentu iaitu Kedah, Melaka dan Johor.

Cuti umum untuk Nuzul al-Quran pula dijangka jatuh pada 18 Mac 2025, Selasa bersamaan dengan 17 Ramadan 1446H.

Beberapa negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lupur, Putrajaya dan Labuan mengambil cuti umum sempena Nuzul al-Quran.

Sementara itu, cuti umum bagi 1 & 2 Hari Raya Puasa yang dijangka disambut pada 31 Mac 2025 dan 1 April 2025 adalah untuk seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut

Bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa 2025 adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tarikh penting sepanjang bulan Ramadan 2025 atau puasa 2025 dan cuti umum di Malaysia, pastikan anda mengikuti pengumuman rasmi daripada pihak berkuasa agama dan kerajaan.

Ambil tahu juga bila cuti sekolah dan tarikh gaji penjawat awam 2025 bagi melancarkan persiapan raya untuk keluarga dan anak-anak.

Untuk mengetahui tarikh cuti umum sepanjang 2025, anda boleh lihat Kalendar 2025 ini.

Leave a Comment