๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Ramadan 2025 Malaysia : Tarikh Lihat Anak Bulan 28 Feb

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mempersetujui tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan 2025 Malaysia adalah pada 28 Februari 2025, bersamaan dengan 29 Syaaban 1446H.

Bulan Ramadan adalah antara salah satu bulan yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Pada tahun 2025, Ramadan dijangka akan bermula pada 2 Mac, Ahad, yang menandakan permulaan ibadah puasa bagi seluruh umat Islam.

Namun, tarikh sebenar 1 Ramadan akan dapat kita ketahui setelah melihat anak bulan Ramadan yang dijadualkan akan dibuat pada petang 28 Februari ini.

Dalam artikel ini, kami akan membincangkan tarikh-tarikh penting Ramadan, cara penentuan hari pertama puasa, serta cuti umum yang berkaitan.

Hari Pertama Puasa 2025: Apa Perlu Anda Tahu?

Tarikh 1 Ramadan setiap tahun ditentukan berdasarkan penampakan anak bulan.

Di Malaysia, cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab dengan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Dan, pengumuman untuk tarikh rasmi 1 Ramadan akan diumumkan pada malam tersebut selepas melakukan pemeriksaan hilal atau anak bulan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam tersebut melalui radio dan televisyen.

Jika kita lihat pada kalendar 2025, tarikh 1 Ramadan 2025 Malaysia dijangka bermula pada 2 Mac 2025, yang mana jatuh pada hari Ahad.

Namun, itu hanyalah jangkaan.

Tarikh ini boleh berubah bergantung kepada penampakan anak bulan Ramadan yang sah.

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan, di mana umat Islam diwajibkan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Selain menahan lapar dan dahaga, bulan ini juga memberi peluang untuk meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah.

Ramadan 2025 Malaysia pastinya penuh dengan keberkatan dan peluang untuk meningkatkan amal ibadah.

Cara Penentuan Tarikh 1 Ramadan 2025 Malaysia

Hari pertama Ramadan atau puasa 2025 Malaysia ditentukan berdasarkan penampakan anak bulan pada hujung bulan Syaaban.

Di Malaysia, proses ini dikenali sebagai rukyah.

Setiap tahun, pihak berkuasa agama akan mengadakan mesyuarat untuk memeriksa dan mengesahkan penampakan anak bulan.

Jika anak bulan dilihat pada tarikh yang ditetapkan penghujung Syaaban, maka hari berikutnya akan diumumkan sebagai 1 Ramadan.

Sebaliknya, jika anak bulan tidak kelihatan, bulan Syaaban akan digenapkan menjadi 30 hari.

29 Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadan 2025 Malaysia

Dalam kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, baru-baru ini berkata, Majlis Raja-Raja bersetuju menetapkan tarikh rasmi bagi melihat anak bulan Ramadan 2025 Malaysia.

Tarikh yang ditetapkan untuk melihat anak bulan adalah pada petang 28 Februari 2025, yang bersamaan dengan 29 Syaaban 1446H.

Jawatankuasa memperkenan 29 lokasi untuk melihat anak bulan Ramadan tahun ini.

Lokasi-lokasinya adalah di:

Perlis:

  • Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Kedah:

  • Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda).
  • Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah (Pulau Langkawi).
  • Menara Alor Setar.

Pulau Pinang:

  • Pusat Falak Sheikh Tahir (Pantai Aceh, Pulau Pinang).

Perak:

  • Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang (Manjong, Perak).

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

  • Menara Kuala Lumpur.

Selangor:

  • Baitul Hilal Bukit Melawati (Kuala Selangor).
  • Baitul Hilal Bukit Jugra (Banting, Kuala Langat).
  • Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam).

Wilayah Persekutuan Putrajaya:

  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Negeri Sembilan:

  • Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang (Port Dickson, Negeri Sembilan).

Melaka:

  • Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, (Tanjung Bidara, Melaka).

Johor:

  • Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor.

Pahang:

  • Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu (Nenasi, Pahang).
  • Stesen Cerapan Hilal Gunung Berincang (Cameron Highlands).
  • Menara 188 (Kuantan).

Kelantan:

  • Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi (Pasir Puteh, Kelantan).
  • Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling (Kuala Krai).
  • Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC (Kota Bharu).

Terengganu:

  • Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar (Kuala Terengganu).
  • Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga (Kemaman).
  • Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian (Besut).
  • Balai Cerap KUSZA (Merang, Setiu).

Sabah:

  • Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan, Sabah).

Wilayah Persekutuan Labuan:

  • Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Sarawak:

  • Pusat Falak Miri, Esplanade Luak (Miri).
  • Teluk Bandung (Kuching).
  • Pusat Falak Bintulu.

Persiapan Menyambut Ramadan

Salah satu persiapan penting sebelum menyambut Ramadan adalah membeli barang-barang keperluan seperti makanan dan minuman untuk sahur dan berbuka puasa.

Selain itu, pastikan juga untuk menyediakan diri dari segi mental dan fizikal agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

Banyak juga umat Islam yang mengambil peluang untuk menggantikan puasa mereka pada bulan Rejab dan Syaaban, justeru persiapkan diri anda untuk habiskan puasa ganti sebelum masuk Ramadan.

Cuti Umum Untuk Ramadan & Hari Raya 2025

Di Malaysia, beberapa tarikh penting sepanjang Ramadan 2025 akan diumumkan sebagai cuti umum.

Cuti umum untuk 1 Ramadan 2025 dijangka akan disambut pada 2 Mac 2025, yang mana hanya beberapa negeri tertentu seperti Kedah, Melaka, dan Johor yang akan mengambil cuti pada hari pertama puasa.

Selain itu, tarikh penting lain yang akan datang ialah Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan 1446H (dijangka jatuh pada 18 Mac 2025) dan Hari Raya Puasa pada 1 Syawal 1446H (dijangka jatuh pada 31 Mac 2025).

Sekiranya 1 Syawal atau Hari Raya Aidilfitri 2025 akan disambut pada 31 Mac 2025, rakyat Malaysia akan mendapat cuti umum pada 1 April 2025 (hari kedua Syawal).

Ini adalah waktu yang sangat dinantikan untuk berkumpul bersama keluarga dan merayakan kejayaan selepas sebulan berpuasa.

Bulan Ramadan 2025 di Malaysia pasti menjadi bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.

Dengan mengetahui tarikh 1 Ramadan, membuat persiapan awal, serta mematuhi pengumuman rasmi daripada jabatan agama, umat Islam di Malaysia dapat menyambut bulan puasa dengan lancar dan penuh kesyukuran.

Pastikan anda juga menyemak tarikh cuti umum, cuti sekolah dan hari penting sepanjang bulan Ramadan untuk merancang aktiviti keluarga dan persiapan Hari Raya yang sempurna.

Leave a Comment