๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Ramadan Kareem : Makna & Contoh Ucapan Sambut Ramadan

Ramadan Kareem adalah ungkapan yang sering didengar menjelang kedatangan bulan suci Islam, bulan Ramadan.

Bulan kesembilan dalam kalendar Islam ini sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Selain berpuasa sebulan di bulan Ramadan, ini juga adalah masa untuk umat Islam memperbanyakkan ibadah dan melakukan amal kebaikan.

Lazimnya, ucapan ‘Ramadan Kareem’ akan dikirimkan kepada umat Islam lain sebagai tanda penghargaan dan doa untuk keberkatan yang melimpah sepanjang bulan ini.

Mari kita hayati maksud dan kepentingan ucapan Ramadan Kareem, serta beberapa contoh ucapan yang boleh diberikan kepada orang sekeliling kita sempena menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Maksud Ucapan โ€˜Ramadan Kareemโ€™

Secara literal, “Ramadan Kareem” (ุฑู…ุถุงู† ูƒุฑูŠู…) bermaksud “Ramadan yang pemurah”.

Perkataan “Kareem” itu merujuk kepada kemurahan atau kebaikan, yang menunjukkan betapa bulan Ramadan ini membawa limpahan rahmat dan keberkatan.

Pada bulan ini, umat Islam digalakkan untuk menjadi individu yang lebih pemurah, baik hati, dan melakukan amal kebajikan.

Segala amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan akan diberikan ganjaran berlipat kali ganda, dan Allah SWT akan memakbulkan doa umat-Nya.

Umat Islam diajak untuk memperbanyakkan ibadah, seperti bersedekah, memberi maaf, dan saling membantu antara satu sama lain terutama sepanjang bulan Ramadan.

Secara tidak langsung, bulan Ramadan ini membawa kita untuk merasai nikmat berkongsi rezeki dan kebajikan kepada umat Islam lain.

Contoh Ucapan Ramadan Kareem

Ucapan Selamat Menyambut Ramadan, Selamat Berpuasa atau Ramadhan Kareem sering diungkapkan sewaktu awal menyambut bulan puasa.

Berikut kami kongsikan contoh-contoh ucapan ringkas Selamat Menyambut Bulan Ramadan yang anda boleh kongsikan kepada ibu bapa, pasangan, keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling anda.

Rakan

  • “Ramadan Kareem korang! Semoga bulan ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. Jangan ponteng puasa!”
  • “Ramadan Kareem sahabat! Semoga ibadah kita diterima dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda.”

Keluarga

  • “Selamat menyambut Ramadan untuk keluarga tercinta. Semoga bulan yang penuh barakah ini mempererat lagi ikatan kasih sayang kita.”
  • “Ramadan Kareem familiku sayang, marilah kita semua menjalani bulan suci ini dengan penuh ketenangan dan kesabaran.”

Pasangan

  • “Ramadan Kareem sayangku! Semoga bulan ini membawa ketenangan dan keberkatan dalam kehidupan kita bersama.”
  • “Selamat menjalani ibadah puasa Ramadan untuk isteri / suamiku. Semoga ibadah kita diterima dan segala doa dikabulkan.”

Anak

  • “Ramadan Kareem anakku, semoga bulan ini memberi banyak kebahagiaan dan keberkatan kepada kamu. Jangan puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk!”
  • “Selamat berpuasa kakak / abang / adik, Ramadan Kareem! Nanti kita solat terawih sama-sama.”

Rakan sekerja

  • “Ramadan Kareem kepada semua rakan sekerja! Semoga ibadah puasa kita diterima dan bulan suci ini memberi kebahagiaan dan kedamaian.”
  • “Ramadan Kareem! Semoga bulan ini mempererat hubungan kita dan memberikan keberkatan dalam setiap langkah yang kita ambil.”

Anak Bulan Ramadhan 2025 & Niat Puasa Sebulan

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh untuk melihat anak bulan Ramadhan 2025 di Malaysia iaitu pada 28 Februari 2025, bersamaan dengan 29 Syaaban 1446H.

    Tarikh 1 Ramadan 2025 dijangka pada 2 Mac, Ahad, yang menandakan permulaan ibadah puasa bagi umat Islam seluruhnya.

    Pada tarikh tersebut, umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan harapan agar segala amalan diterima oleh Allah SWT.

    Pada malam 1 Ramadan, selain mula menunaikan solat sunat terawih, umat Islam juga akan niat berpuasa selama sebulan penuh, yang merupakan kewajiban di bulan Ramadan.

    Niat puasa sebulan boleh terus dilakukan pada malam 1 Ramadan ataupun anda boleh niat puasa setiap hari.

    Niat puasa setiap hari perlu dilakukan setiap malam sebelum fajar, dengan mengucapkan niat dalam hati untuk berpuasa pada esok hari.

    Niat puasa sebulan Ramadan:

    ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ูƒูู„ูู‘ู‡ู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰
    Maksudnya:ย Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadan kerana Allah Taโ€™alaย 

    Niat puasa setiap malam di bulan Ramadan:

    ู†ู€ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุตูŽูˆู’ู…ูŽ ุบู€ูŽุฏู ุนูŽู€ู†ู’ ุง ูŽุฏูŽุงุกู ูู€ูŽุฑู’ุถู ุดู€ูŽู‡ู’ุฑู ุฑูŽู…ู€ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู‡ู€ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุณูŽู‘ู€ู†ู€ูŽุฉู ู„ูู„ู€ู‘ู‡ู ุชู€ูŽุนูŽุงู„ู‰ูŽ

    Maksudnya:ย Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taโ€™ala

    Tarikh 1 Ramadan Tahun 2026 dan 2027

    Sebagai umat Islam, kita menantikan tarikh permulaan Ramadan setiap tahun.

    Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa Majlis Raja-Raja menetapkan tarikh rasmi untuk melihat anak bulan Ramadhan 2025 adalah pada 28 Februari 2025, bersamaan dengan 29 Syaaban 1446H.

    Sebanyak 29 lokasi dipilih untuk pemeriksaan anak bulan Ramadan tahun ini.

    Pada tahun 2026 pula, 1 Ramadan dijangka jatuh pada 19 Februari, sementara pada tahun 2027, tarikh 1 Ramadan akan bermula pada 8 Februari.

    Ini adalah waktu yang penting untuk umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan yang penuh keberkatan ini dengan hati yang bersih dan penuh keikhlasan.

    Kesimpulan

    Ramadhan Kareem bukan hanya sekadar ucapan, tetapi juga merupakan pengingat tentang pentingnya memanfaatkan bulan suci ini dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan.

    Ia adalah masa untuk memperbanyakkan amalan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Marilah kita bersama-sama menjalani bulan Ramadan ini dengan penuh keberkatan dan kesyukuran.

    Kongsikan ucapan Ramadhan Kareem kepada orang tersayang, dan manfaatkan bulan ini untuk meningkatkan amalan ibadah kita.

    Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan dan kebaikan dalam hidup kita semua.

    Leave a Comment