Senarai Nombor Telefon Scammer, Semak Online (Update 2025)

Panduan Lengkap Elak Ditipu, Ambil Tahu Senarai Nombor Telefon Scammer Di CCID Semak Mule

Penipuan secara dalam talian semakin menjadi-jadi beberapa tahun kebelakangan ini.

Modus operandi yang digunakan oleh scammer kian licik dan sukar dikesan.

Ramai yang menjadi mangsa, contohnya dalam urus niaga jual beli online, pinjaman peribadi, atau pelaburan yang tidak wujud.

Oleh itu, penting untuk kita semua tahu bagaimana untuk menyemak senarai nombor telefon scammer bagi melindungi diri dan wang ringgit daripada disamun secara digital.

Mengapa Perlu Semak Senarai Nombor Telefon Scammer?

Dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi, segala urusan kini boleh dilakukan secara dalam talian.

Namun, ini juga membuka ruang kepada penjenayah siber untuk memperdaya mangsa.

Salah satu cara utama scammer menjalankan kegiatan mereka adalah dengan menggunakan nombor telefon.

Mangsa selalunya akan membuat laporan polis jika ditipu, jadi, rekod untuk nombor telefon scammer ini akan disenaraihitamkan.

Dengan menyemak senarai nombor telefon scammer, anda boleh mengetahui sama ada nombor yang menghubungi anda pernah terlibat dalam laporan penipuan sebelum ini.

Ini memberi anda peluang untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa seterusnya.

Cara Semak Senarai Nombor Telefon Scammer Melalui Portal PDRM

senarai nombor telefon scammer

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) telah menyediakan satu platform khas untuk semakan scammer secara dalam talian.

Portal ini dikenali sebagai Semak Mule dan boleh diakses di https://semakmule.rmp.gov.my.

Langkah-langkah semakan nombor telefon scammer:

  1. Layari portal Semak Mule.
  2. Pilih kategori Nombor Telefon.
  3. Masukkan nombor telefon yang ingin disemak.
  4. Lengkapkan captcha yang diberikan.
  5. Klik Semak Maklumat.

Hasil semakan akan menunjukkan sama ada nombor tersebut pernah dilaporkan terlibat dalam aktiviti penipuan ataupun tidak.

Jika status semakan memaparkan Tiada Laporan Diperolehi, anda masih perlu berwaspada kerana kemungkinan nombor telefon scammer masih baru dan belum dilaporkan ke PDRM.

Contoh, nombor telefon yang dilaporkan sebagai scammer akan dipaparkan seperti di bawah ini:

senarai nombor telefon scammer

Bagaimana Scammer Tipu Menggunakan Nombor Telefon?

Walaupun setiap nombor telefon perlu didaftarkan dengan kad pengenalan sah, namun scammer tetap mencari jalan untuk menggunakan pelbagai taktik seperti:

  • Membeli nombor daripada pihak ketiga.
  • Menggunakan identiti palsu untuk pendaftaran.
  • Menyamar sebagai agensi rasmi atau wakil bank.

Mereka sering menggunakan nombor yang sama berulang kali untuk menipu ramai orang.

Justeru, menyemak nombor tersebut dalam senarai nombor telefon scammer adalah langkah pencegahan yang bijak.

Alternatif Semakan: Akaun Bank Scammer

Selain nombor telefon, anda juga boleh menyemak nombor akaun bank yang digunakan dalam transaksi.

Prosedurnya hampir sama melalui portal yang sama.

Langkah-langkah membuat semakan adalah seperti berikut:

  • Pilih kategori Akaun Bank.
  • Masukkan nombor akaun yang ingin disemak.
  • Isikan captcha dan klik Semak Maklumat.

Walaupun nombor akaun itu tidak tersenarai, anda masih perlu berhati-hati kerana scammer kadangkala menggunakan akaun milik orang lain tanpa disedari pemiliknya.

Baca juga: Scammer Check Guna Nombor Telefon & Akaun Bank, Mudah Je!

Hubungi NSRC Jika Terkena Scam

senarai nombor telefon scammer NSRC

Jika anda sudah menjadi mangsa scam, segera hubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997.

Pusat panggilan ini beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam dan boleh membantu menyekat aliran wang yang telah dipindahkan.

NSRC merupakan kerjasama antara:

  • PDRM
  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • NFCC
  • MCMC
  • Institusi perbankan dan telco utama

Ambil tindakan segera jika anda rasa terperangkap dalam urusan yang mencurigakan.

Lindungi Diri Anda Daripada Scammer

Dalam dunia digital hari ini, keselamatan maklumat dan kewangan amat penting.

Jangan mudah percaya dengan mana-mana nombor telefon yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi jika melibatkan permintaan wang.

Sentiasa rujuk senarai nombor telefon scammer sebelum membuat sebarang transaksi.

Jangan tunggu sampai anda atau orang tersayang yang jadi mangsa!

Sebelum anda buat bayaran online, semak nombor telefon dan akaun bank di Semak Mule PDRM.

Kongsikan artikel ini dengan keluarga dan rakan supaya lebih ramai terlindung daripada penipuan siber!

Leave a Comment