Tarikh Hari Ibu 2025 Jatuh Pada 11 Mei 2025, Ahad.
Setiap tahun, bulan Mei membawa makna yang cukup istimewa dengan memberi ruang kepada kebanyakan kita untuk menghargai wanita terpenting dalam hidup, iaitu ibu.
Hari Ibu 2025 bukan sekadar sambutan tahunan, tetapi simbol kasih sayang dan penghormatan yang tak ternilai kepada insan yang telah berkorban segalanya demi keluarga.
Dalam artikel ini, kami kongsikan mengenai sejarah sambutan Hari Ibu, tarikh Hari Ibu 2025, 2026 dan 2027, serta contoh ucapan dan idea hadiah menarik untuk diberikan kepada ratu hati kita.
Tarikh Rasmi Hari Ibu 2025 Di Malaysia
Di Malaysia, Hari Ibu lazimnya disambut pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei, selaras dengan amalan di kebanyakan negara.
Untuk tahun ini, Hari Ibu 2025 akan jatuh pada Ahad, 11 Mei 2025.
Tarikh ini memberi peluang kepada anak-anak atau keluarga untuk merancang kejutan atau aktiviti istimewa yang boleh menggembirakan hati ibu masing-masing.
Asal-Usul Sambutan Hari Ibu
Sambutan Hari Ibu pada asalnya berakar dari budaya Barat, namun kini diterima luas sebagai hari untuk menunjukkan penghargaan kepada wanita yang bergelar ibu.
Di peringkat antarabangsa, sambutan ini menjadi simbol kasih yang universal, tidak terikat dengan agama atau bangsa.
Dalam konteks Islam pula, penghormatan kepada ibu bukanlah terhad pada satu hari sahaja, malah menjadi tuntutan sepanjang hayat.
Contoh Ucapan Menyentuh Hati Untuk Ibu
Mengungkapkan rasa cinta dan penghargaan kepada ibu tidak semestinya memerlukan hadiah mewah.
Kadangkala, ucapan yang datang dari hati lebih bermakna.
Antara ucapan yang boleh anda gunakan sempena Hari Ibu ialah:
“Selamat Hari Ibu, wahai wanita terhebat dalam hidupku. Terima kasih atas setiap pengorbanan, doa dan kasih sayang yang tidak pernah putus.”
“Cintamu, Ibu, adalah anugerah terbesar dalam hidupku. Semoga Allah sentiasa memberkatimu.”
Ucapan sebegini bukan hanya menyentuh perasaan, malah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Contoh Hadiah Istimewa Untuk Sambutan Hari Ibu
Jika anda bercadang untuk memberi hadiah sempena Hari Ibu 2025, berikut beberapa idea menarik yang boleh dipertimbangkan:
- Bunga segar atau sejambak ros – klasik tapi sentiasa dihargai. Wanita mana yang tidak sukakan bunga, kan?
- Barang kemas atau aksesori peribadi – hadiah bermakna dan tahan lama. Jika berkemampuan, apa salahnya hadiahkan barang kemas. Lagipun, wanita tidak akan menolak barang kemas!
- Pakej spa atau rawatan kesihatan – beri ruang untuk ibu berehat dan manjakan diri.
- Kad ucapan DIY – ringkas, tetapi penuh nilai sentimental.
- Masakan istimewa – sediakan sarapan atau makan malam kegemaran ibu.
Yang penting, hadiah itu datang dari hati dan melambangkan kasih anda.
Pandangan Islam Terhadap Sambutan Hari Ibu
Walaupun asal-usul Hari Ibu berkait dengan budaya Barat, namun ia tetap boleh diraikan selagi tidak melanggar syariat.
Menurut pandangan mufti, sambutan ini boleh dijadikan peluang tambahan untuk menghargai ibu, bukan menggantikan kewajipan sebenar terhadap ibu bapa yang sepatutnya dilakukan setiap hari.
Yang penting, ia diraikan dengan adab dan penuh keikhlasan.
Tarikh Hari Ibu 2026 & 2027
Untuk perancangan jangka panjang, berikut adalah tarikh Hari Ibu bagi tahun-tahun akan datang:
- Hari Ibu 2026: 10 Mei 2026 (Ahad)
- Hari Ibu 2027: 9 Mei 2027 (Ahad)
Ambillah peluang ini untuk mula merancang sambutan lebih awal demi membuatkan ibu anda tersenyum bahagia.
Baca juga:
Hari Guru 2025: Sejarah, Tarikh & Cara Sambutan Penuh Makna
Kesimpulan
Sambutan Hari Ibu 2025 bukan hanya sekadar memberi hadiah atau ucapan semata-mata.
Ia adalah masa untuk merenung kembali segala jasa dan pengorbanan seorang ibu dalam membentuk kehidupan kita hari ini.
Hargailah ibu bukan hanya pada hari ini, tetapi setiap hari yang masih berbaki dalam hidup kita.
Jangan tunggu saat terakhir!
Mulakan persiapan anda untuk menyambut Hari Ibu 2025 sekarang.
Pilih hadiah terbaik, susun ucapan yang tulus dan rancang aktiviti istimewa.
Mari kita jadikan tahun ini lebih bermakna untuk ibu tercinta.
Ibu.. Ibu.. Engkaulah Ratu Hatiku!