Bantuan ANIS: Inisiatif Untuk Keluarga Anak Istimewa Di Selangor
Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan keprihatinan kepada penduduknya dengan melaksanakan program Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) 2025.
Permohonan untuk bantuan khas ini telah dibuka mulai 7 April 2025 sehingga 18 April ini.
Justeru itu, ibu bapa yang mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) di Selangor dipelawa untuk memohon bantuan khas ini sebelum tarikh tutup permohonan.
Program ini memberi peluang kepada keluarga yang mempunyai anak istimewa di Selangor untuk menerima bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka.
Dengan jumlah bantuan antara RM1,000 hingga RM5,000, bantuan ini boleh digunakan untuk tujuan pendidikan, rawatan perubatan, dan keperluan khusus anak-anak yang memerlukan perhatian lebih.
Artikel ini akan memberikan panduan mengenai cara memohon Bantuan ANIS, kriteria kelayakan, serta jenis bantuan yang ditawarkan.
Selain itu, kami juga akan kongsikan tips untuk memastikan permohonan anda dapat diproses dengan lancar.
Apa Itu Bantuan ANIS?
Bantuan ANIS (Anak Istimewa Selangor) adalah inisiatif daripada kerajaan negeri Selangor untuk membantu keluarga yang mempunyai anak dengan keperluan khas atau kelainan upaya.
Bantuan ini disediakan dalam bentuk kewangan secara one-off yang dapat digunakan untuk tujuan pendidikan, ubat-ubatan, terapi dan rawatan perubatan.
Dengan bantuan ini, diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang mempunyai anak istimewa, sekali gus memberi mereka peluang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan rawatan yang diperlukan.
Kategori & Jumlah Bantuan

Bantuan ANIS 2025 terdiri daripada beberapa kategori berdasarkan keperluan anak istimewa.
Berikut adalah pecahan bantuan yang ditawarkan:
- Kategori A (RM1,000): Bantuan pendidikan anak-anak yang menghadiri kelas khas dan sesi terapi.
- Kategori B (RM1,200): Bantuan ubat-ubatan untuk keperluan khas, dan makanan tambahan.
- Kategori C (sehingga RM5,000): Bantuan untuk membeli peralatan perubatan atau menjalani pembedahan perubatan yang diperlukan.
Jumlah bantuan ini bertujuan untuk memastikan keluarga yang memerlukan dapat memenuhi keperluan asas dan rawatan untuk anak-anak mereka tanpa terlalu membebankan kewangan keluarga.
Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon bantuan khas ini:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Anak yang menjadi penerima manfaat mestilah berumur 18 tahun ke bawah.
- Ibu bapa atau penjaga anak tersebut mesti merupakan pengundi di negeri Selangor.
Bagi keluarga yang memenuhi syarat-syarat di atas, permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Bantuan ANIS.
Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen penting seperti salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa / penjaga serta dokumen sokongan lain yang diperlukan.
Cara Memohon Bantuan ANIS 2025
Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:
- Layari laman web rasmi Bantuan ANIS di pautan ini: https://anis.yawas.my/k_anis/anis/online.php.
- Daftar masuk dan isi borang permohonan dengan lengkap. Pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat.
- Lampirkan dokumen penting seperti kad pengenalan pemohon, kad pengenalan ibu bapa / penjaga, serta dokumen sokongan lain yang diperlukan.
- Setelah borang diisi, cetak borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan ke Pusat Khidmat Masyarakat / Pejabat ADUN yang berdekatan atau Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS di Shah Alam.
Pusat Sokongan Pendidikan Awal ANIS beralamat di:
East Entrance, Lot G26, Tingkat G,
Bangunan IDCC, Jalan Pahat L 15/L,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor.
Pastikan permohonan anda dihantar sebelum tarikh akhir pada 18 April 2025 untuk memastikan ia diproses tepat pada waktunya.
Baca juga: Semakan Bantuan Zakat Selangor : Semak Status Permohonan
Tarikh Penting Bantuan Khas ANIS

Tarikh untuk membuat permohonan online dibuka bermula 7 April 2025 (8.30 pagi) sehingga 18 April 2025 (5.00 petang).
Tarikh bagi menghantar dokumen sokongan pula dibuka bermula 8 April 2025 (8.30 pagi) sehingga 2 Mei 2025 (5.00 petang).
Tarikh saluran bantuan pula akan bermula pada 25 Jun 2025.
Maklumat Lanjut
Bantuan ANIS adalah inisiatif yang sangat penting dalam meringankan beban keluarga yang mempunyai anak istimewa di Selangor.
Dengan bantuan kewangan yang ditawarkan, ia dapat membantu mengurangkan kos pendidikan, rawatan, dan perubatan yang perlu ditanggung oleh ibu bapa.
Jika anda atau sesiapa yang anda kenali memenuhi syarat-syarat kelayakan, pastikan untuk memohon sebelum tarikh tutup.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari www.anisselangor.com.