Bantuan Prihatin Pahang 2024: Inisiatif Kerajaan Negeri Pahang Untuk Meringankan Beban Rakyat
Bantuan Prihatin Pahang (BPP) adalah sebuah inisiatif penting yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pahang bagi membantu golongan B40 dan individu yang memerlukan termasuk pelajar institusi pengajian tinggi.
Pada tahun 2025, bantuan ini diperluas dan diperbaharui dengan peruntukan yang lebih besar serta penambahan kluster yang menyasarkan mahasiswa dan golongan berpendapatan rendah.
Artikel ini akan mengulas tentang Bantuan Prihatin Pahang 2025, termasuk syarat kelayakan, tarikh penyaluran, dan cara untuk memohon serta semakan bantuan tersebut.
Jom baca.
Apakah Bantuan Prihatin Pahang 2025?
Bantuan Prihatin Pahang (BPP) 2025 adalah lanjutan daripada program bantuan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020.
Dengan peningkatan peruntukan tahun 2024, kerajaan negeri Pahang telah menyalurkan sebanyak RM14.18 juta untuk membantu lebih 19,000 mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT).
BPP merangkumi dua kluster iaitu Kluster Pertanian, Veterinar dan Perikanan serta Kluster Siswa.
Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri meningkatkan peruntukan sehingga RM6.18 juta untuk diagihkan kepada mahasiswa anak Pahang di IPT Awam, Politeknik, kolej komuniti dan IPT Swasta milik kerajaan negeri.
Katanya, bantuan kewangan dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 kepada setiap mahasiswa, iaitu seramai kira-kira 19,525 orang.
Inisiatif ini telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pahang sejak tahun 2020 dan masih diteruskan sehingga kini, kerana manfaatnya kepada penduduk Pahang.
Kerajaan negeri Pahang terus komited untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga, terutamanya di kawasan luar bandar dan golongan yang terkesan akibat pelbagai faktor ekonomi.

Syarat Kelayakan
Untuk memohon Bantuan Prihatin Pahang, individu mesti memenuhi beberapa kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
Bantuan ini mensasarkan golongan B40, yang melibatkan keluarga berpendapatan rendah dan golongan yang terkesan akibat kenaikan kos hidup.
Bagi Kluster Siswa, berikut merupakan syarat kelayakan untuk mahasiswa yang ingin memohon BPP Pahang.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Prihatin Pahang Kluster Siswa
- Bantuan disediakan untuk anak Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS yang berdaftar di bawah Kerajaan Negeri Pahang.
- Penerima sedang melanjutkan pengajian pada Tahun 2 dan ke atas di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PHD secara sepenuh masa.
- Penerima merupakan pemilih yang berdaftar di negeri Pahang.
- Mahasiswa yang berstatus Tidak Layak boleh merayu sekiranya memenuhi syarat-syarat di atas.
Proses Permohonan Bantuan Prihatin Pahang 2025
Permohonan untuk Bantuan Prihatin Pahang 2025 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi kerajaan negeri Pahang.
Pemohon perlu mendaftar dan mengisi borang permohonan yang disediakan dengan lengkap.
Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, penyata pendapatan, dan bukti status lain yang berkaitan.
Pastikan untuk mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan supaya tidak terlepas peluang untuk menerima bantuan.
Lazimnya, tempoh permohonan akan dibuka pada setiap awal tahun dan keutamaan akan diberikan kepada anak kelahiran Pahang.
Selain itu, syarat pendapatan untuk ibu bapa / penjaga pelajar adalah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.
Cara Permohonan BPP Siswa
Sediakan dokumen-dokumen ini sebelum mengisi borang dalam talian:
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga.
- Surat pengesahan pelajar dari institusi pendidikan.
- Slip gaji ibu bapa (jika ada).
Kemudian, teruskan langkah-langkah untuk memohon BPP 2025 Kluster Siswa seperti di bawah:
- Layari portal rasmi BPP Siswa di pautan ini: https://esiswa.pahang.gov.my/.
- Isikan borang permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Klik butang Hantar.
- Anda akan diberikan nombor rujukan untuk menyemak status permohonan.
Semakan Kelayakan
Layari portal rasmi BPP Kluster Siswa dan klik butang Semakan Kelayakan BPP Siswa.
Atau, anda boleh terus layari pautan semakan ini: https://esiswa.pahang.gov.my/frmMohon_semak.php dan masukkan nombor kad pengenalan.
Kemudian, klik butang Semak.
Anda boleh rujuk Tatacara Penggunaan Sistem Bantuan Prihatin Pahang Siswa untuk mengetahui panduan langkah demi langkah untuk membuat Semakan Kelayakan BPP Siswa, Pendaftaran Rayuan dan Semakan Jenis Agihan BPP Siswa.
Tarikh Penyaluran Bantuan Prihatin Pahang
Penyaluran BPP dijangka berlangsung sepanjang tahun, dengan beberapa fasa pembayaran.
Proses penyaluran ini akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan kategori penerima.
Sebagai contoh, bantuan BPP kluster Siswa 2024 telah mula disalurkan sejak bulan November 2024.
Bagi mereka yang layak menerima bantuan, pastikan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui portal rasmi kerajaan negeri di pautan ini: https://esiswa.pahang.gov.my/index.php.
Penting untuk mengikuti jadual penyaluran ini agar bantuan dapat diterima tepat pada waktunya.
Baca juga:
- BUDI MADANI 2025: Semakan & Tarikh Bayaran Subsidi Diesel.
- STR Fasa 2 2025: Jadual Pembayaran Mengikut Bank.
- Senarai Kedai MyKasih 2025: Cara Semak Lokasi Di Setiap Negeri.
Kesimpulan
Bantuan Prihatin Pahang 2025 memberi peluang kepada ribuan rakyat negeri Pahang untuk mendapatkan sokongan kewangan yang amat diperlukan.
Dengan peningkatan jumlah bantuan untuk mahasiswa dan kluster yang menyasarkan golongan berpendapatan rendah, bantuan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan rakyat Pahang terus terpelihara.
Lepasan SPM/ STPM/ Setaraf, jangan lepaskan peluang untuk memohon Bantuan Prihatin Pahang!
Segera layari portal rasmi kerajaan negeri Pahang untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan kewangan ini.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan hantar permohonan anda sebelum tarikh tutup!
Maklumat Lanjut:
- Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang: https://www.facebook.com/pahang.gov.
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang: https://www.pahang.gov.my/.