Senarai Biasiswa Lepasan SPM / STPM 2025

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 baru sahaja diumumkan minggu lepas. Calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang pasti sedang tercari-cari senarai biasiswa lepasan SPM 2025 yang ditawarkan baik oleh pihak kerajaan, yayasan mahupun syarikat korporat.

Bagi pelajar lepasan SPM 2024 yang bercita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, pelbagai peluang biasiswa tersedia.

Biasiswa ini bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan, tetapi juga membuka jalan kepada pendidikan berkualiti di dalam dan luar negara.

Artikel ini menyediakan senarai lengkap biasiswa lepasan SPM / STPM 2025 yang boleh dimohon.

Jom baca!

Biasiswa Lepasan SPM Tahun 2025 Oleh Kerajaan Malaysia, Yayasan & Syarikat Korporat

Kerajaan Malaysia melalui pelbagai agensi menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan SPM.

Selain itu, beberapa syarikat korporat dan yayasan juga menawarkan biasiswa kepada lepasan SPM.

Berikut adalah beberapa senarai biasiswa untuk lepasan SPM / STPM 2025 yang boleh dimohon:

Nama BiasiswaTarikh TutupLaman Permohonan / Maklumat Lanjut
Kementerian Pendidikan Malaysia (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)https://epenawaran.moe.gov.my
KPM (Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC)https://www.moe.gov.my/index.php/umum-berkenaan-biasiswa-di-bawah-kpm
Program Khas JPA (PKJM)11 Mei 2025bmipenajaan.jpa.gov.my
Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ)11 Mei 2025bmipenajaan.jpa.gov.my
JPA Program Khas Lepasan SPM Dalam
Negara (LSPM)
11 Mei 2025bmipenajaan.jpa.gov.my
Program Penajaan Nasional (PPN)11 Mei 2025bmipenajaan.jpa.gov.my
PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)30 April 2025educationsponsorship.petronas.com.my
Yayasan TNB Scholarship8 Mei 2025tnb.com.my
Bank Negara Malaysia – Kijang Pre-University4 Mei 2025bnm.gov.my
Khazanah Watan Scholarship6 Mei 2025yayasankhazanah.com.my
Yayasan UEM Scholarship12 Mei 2025uem.com.my
CIMB ASEAN Scholarship25 Jun 2025cimb.com
Yayasan Bank Rakyat – PPBU21 Jun 2024yayasanbankrakyat.com.my
Albukhary FoundationTiada tarikh tutupalbukharyfoundation.my
Shell MalaysiaTiada tarikh tutupshell.com.my
Yayasan Sime DarbyTiada tarikh tutup
yayasansimedarby.com
Yayasan UEMTiada tarikh tutupuem.com.my
Yayasan Perak – Insentif SiswaTiada tarikh tutupyayasanperak.gov.my

Baca juga:

Keputusan SPM 2024: 14K Calon Semua A, Check Result Di Sini

Ranking SPM 2024 Kategori MRSM & SBP, Ini List Sekolah Terbaik

Check SPM Result With IC Secara Online, SMS & Sekolah

Bantuan Zakat Dan Bantuan Kerajaan Negeri

Beberapa negeri dan institusi agama turut menawarkan bantuan zakat dan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Berikut adalah senarai bantuan yang boleh dimohon:

Nama BantuanTarikh TutupLaman Permohonan
Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi Zakat SelangorTiada tarikh tutupzakatselangor.com.my
Bantuan Kemasukan Ke IPT, Tabung Baitulmal SarawakTiada tarikh tutuptbs.org.my
Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu PerakTiada tarikh tutupmaiamp.gov.my
Yayasan TerengganuTiada tarikh tutupyt.gov.my

Tips Permohonan Biasiswa Lepasan SPM

  • Semak Syarat Kelayakan: Pastikan anda memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pemberi biasiswa.
  • Sediakan Dokumen Sokongan: Dokumen seperti salinan SPM, kad pengenalan, dan surat pengesahan pendapatan ibu bapa mungkin diperlukan.
  • Tepati Tarikh Tutup: Pastikan permohonan dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan.
  • Kemaskini Maklumat: Sentiasa semak laman web rasmi untuk sebarang kemaskini atau perubahan syarat.

Kesimpulan

Biasiswa merupakan peluang terbaik untuk pelajar melangkah ke alam pengajian tinggi tanpa dibebani masalah kewangan.

Terdapat pelbagai jenis biasiswa daripada agensi kerajaan, yayasan, bank, serta institusi zakat dan negeri yang ditawarkan khusus kepada pelajar cemerlang dan berpotensi.

Dengan persediaan yang rapi, semakan syarat kelayakan yang teliti, serta menghantar permohonan sebelum tarikh tutup, pelajar boleh meningkatkan peluang untuk berjaya mendapat tajaan.

Jangan tunggu saat akhir – semak senarai biasiswa lepasan SPM 2025 dan mohon sekarang bagi memastikan masa depan pendidikan anda lebih terjamin.

Rebutlah peluang yang ada ini, demi impian dan cita-cita anda pada hari esok!

Leave a Comment