Terkini: Semakan BUDI MADANI boleh dibuat bermula esok, 7 Februari 2025.
BUDI MADANI adalah program bantuan subsidi Malaysia.
Program ini adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Pada tahun 2025, program ini dilanjutkan dengan memberi lebih banyak kemudahan kepada individu yang layak, termasuklah pemberian subsidi diesel.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan mengenai BUDI MADANI 2025, bagaimana cara untuk memohon subsidi diesel, cara semak kelayakan dan tarikh bayaran subsidi diesel.
Bantuan BUDI MADANI
BUDI MADANI diperkenalkan untuk menyasarkan semula pemberian subsidi hanya kepada golongan yang layak dan memerlukan.
Dalam Belanjawan 2024 lalu, kerajaan mengumumkan untuk menyasarkan semula pemberian subsidi bahan api kepada golongan yang layak.
Tujuannya untuk mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat, bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat terus terpelihara.
Selain bantuan kewangan, program ini turut merangkumi subsidi diesel yang amat penting bagi mereka yang bergantung pada kenderaan untuk menjalankan perniagaan atau pekerjaan.
Kerajaan menetapkan, kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan.
Manakala, individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
Terdapat 3 kategori penerima untuk program BUDI MADANI iaitu BUDI MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu.
Penerima yang layak di bawah kedua-dua kategori; BUDI Agri-Komoditi dan BUDI Individu akan menerima bantuan RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
BUDI Individu

Bantuan BUDI individu adalah salah satu bentuk sokongan yang disediakan untuk golongan yang memenuhi syarat kelayakan.
Ini merupakan sumbangan tunai yang diberikan oleh kerajaan, lanjutan daripada penyasaran subsidi diesel.
Pemberian ini khusus kepada individu yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia dan BUKAN T20.
Kami akan kemas kini tarikh permohonan untuk BUDI Individu 2025 sebaik pengumuman dilakukan oleh kerajaan.
Syarat Permohonan BUDI Individu
Untuk memohon bantuan BUDI Individu, anda perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan.
Syaratnya adalah:
- Kriteria pemohon:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawah.
- Kriteria pemilik kenderaan:
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu.
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif.
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia.
- Berdaftar di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggunakan nombor MyKad.
Ini pula kriteria tambahan TIDAK LAYAK BUDI Individu:
- Motosikal diesel.
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan.
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun.
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing.
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
Soalan lazim mengenai BUDI Individu boleh didapati di sini.
Cara Memohon BUDI MADANI
Proses permohonan BUDI Individu adalah mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon bantuan ini:
- Layari portal rasmi BUDI MADANI di pautan ini: https://budimadani.gov.my/.
- Pergi ke menu BUDI Individu dan klik butang Mohon Di Sini.
- Isi borang permohonan dengan lengkap, termasuk maklumat peribadi, perbankan dan butiran kenderaan yang digunakan.
- Pilih kelas Individu.
- Untuk pengesahan, isikan dan klik Sahkan Captcha.
- Sahkan maklumat anda dan tanda [ / ].
- Selesai.
Baca juga:
- Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025 & Jadual Pembayaran Bulanan.
- eGumis : Ini Cara Buat Semakan & Tuntutan Wang Tak Dituntut.
- Dividen KWSP 2025: Jangkaan Dividen, Pengumuman & Semakan.
Semakan Status BUDI MADANI
Setelah permohonan dihantar, anda boleh menyemak status kelayakan melalui portal BUDI MADANI.
Anda boleh semak permohonan dengan klik butang Semak Status.
Sistem ini akan memaparkan status permohonan anda sama ada diterima atau ditolak.
Sekiranya permohonan ditolak, anda mungkin diminta untuk mengemukakan dokumen tambahan untuk melengkapkan proses kelayakan.
Sekiranya permohonan diterima, anda akan disalurkan bantuan tunai sebanyak RM200 melalui akaun bank penerima.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, bantuan tunai ini boleh dituntut dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.
Tarikh Bayaran BUDI MADANI 2025
Tarikh pembayaran Bantuan Tunai RM200 BUDI MADANI 2024 untuk permohonan terakhir pada 1 hingga 31 Disember 2024, dibayar mulai 7 Januari 2025.
Bagi Budi Madani 2025, pembayaran bantuan subsidi diesel bermula 7 Februari 2025.
Kerajaan telah mengumumkan tarikh rasmi pembayaran BUDI MADANI 2025.
Permohonan bulan Januari 2025 akan menerima bantuan tunai RM200 pada 7 Februari 2025, Jumaat.
Berikut jadual tarikh bayaran BUDI MADANI 2025 sepanjang tahun ini:


Penerima yang layak akan menerima bayaran dalam bentuk tunai atau deposit ke dalam akaun bank yang didaftarkan.
Tarikh pembayaran ini penting untuk diikuti supaya penerima tidak terlepas sebarang bantuan yang disediakan oleh kerajaan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang program BUDI MADANI, anda boleh merujuk kepada portal rasmi program ini.
Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh klik pada soalan lazim (FAQ) di portal yang menjawab pelbagai pertanyaan yang sering diajukan oleh pemohon dan penerima.
Kesimpulan
Program BUDI MADANI 2025 merupakan inisiatif yang amat penting untuk membantu individu yang layak, terutama mereka yang terkesan dengan kos pengangkutan yang tinggi.
Subsidi diesel yang diberikan melalui program ini diharapkan dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.
Jangan lupa untuk semak kelayakan anda dan buat permohonan segera!