Panduan lengkap cara renew lesen online di MyJPJ / MySikap.
Lesen memandu adalah dokumen yang sangat penting bagi setiap individu yang ingin memandu kenderaan di jalan raya.
Namun, untuk memastikan lesen memandu tetap sah, ia perlu diperbaharui selepas tempoh sahnya tamat.
Kini, dengan kemudahan teknologi, proses pembaharuan lesen memandu menjadi lebih mudah, terutama dengan adanya platform dalam talian.
Malahan sekarang ini, kebanyakan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya memberikan slip pembaharuan dan tidak lagi mengeluarkan lesen memandu dalam bentuk fizikal.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi tentang cara renew lesen online dengan mudah melalui aplikasi MyJPJ dan MySikap.
Mengapa Perlu Memperbaharui Lesen Memandu?
Pembaharuan lesen memandu adalah langkah penting bagi memastikan pemandu mempunyai kelayakan yang sah untuk memandu di atas jalan raya.
Jika memandu dengan lesen yang tamat tempoh, pemandu akan menghadapi masalah terutamanya jika berlaku pemeriksaan jalan raya atau berlaku kejadian tidak diingini di atas jalan raya.
Sekiranya ditangkap memandu tanpa lesen yang sah atau lesen telah tamat tempoh, pemandu akan didenda / saman.
Malahan, jika terjadi kejadian tidak diingini seperti kemalangan di atas jalan raya, pemandu juga tidak boleh memohon untuk perlindungan insurans.
Ini kerana syarikat insurans memerlukan lesen memandu yang sah untuk perlindungan insurans kereta dan individu yang memandu.
Pembaharuan lesen memandu juga menjamin bahawa pemandu sentiasa mengikuti undang-undang dan peraturan lalu lintas terkini.
Pembaharuan Lesen Memandu Di Aplikasi MyJPJ
Bermula 1 Februari 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan telah memperkenalkan inisiatif yang memudahkan proses pembaharuan lesen memandu secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ.
Inisiatif ini memberi manfaat besar kepada pemandu kerana ia mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan untuk memperbaharui lesen.
Jika dahulu kita hanya renew lesen di pejabat pos atau di kaunter JPJ, kini tidak lagi!
Dengan adanya perkhidmatan dalam talian, pemilik lesen memandu boleh memperbaharui lesen dengan lebih mudah tanpa perlu pergi ke kaunter JPJ.
Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi MyJPJ di telefon pintar dan mengikuti beberapa langkah mudah.
Ini adalah langkah besar ke arah digitalisasi perkhidmatan kerajaan, yang memberikan keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai.
Aplikasi MyJPJ juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti semakan status lesen, pembaharuan lesen memandu, dan pengurusan maklumat pengguna.
Dengan ini, pemandu tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter JPJ untuk pembaharuan lesen mereka.
Cara Renew Lesen Online Di MyJPJ
Bagi mereka yang ingin menggunakan aplikasi MyJPJ sebagai cara renew lesen online, langkah pertama adalah mendaftar akaun MyJPJ.
Berikut adalah cara untuk mendaftar dan cara renew lesen online di MyJPJ:
- Muat turun aplikasi MyJPJ daripada Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan pilih Daftar Akaun.
- Isikan butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan, nama pemohon, nombor telefon, nombor siri lesen memandu, dan maklumat lain yang diperlukan.
- Masukkan e-mel aktif anda kerana kata laluan sementara akan dihantar terus ke e-mel anda.
- Jawab tiga soalan sekuriti.
- Setelah berjaya, semak e-mel anda untuk melihat kata laluan sementara yang dihantar.
- Buka semula aplikasi MyJPJ dan log masuk dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan sementara.
- Anda boleh menukar kata laluan anda bila-bila masa dengan mengikut arahan yang diberikan bagi menukar kata laluan baharu.
- Setelah berjaya log masuk, anda boleh pilih menu untuk memperbaharui lesen memandu secara online.
- Ikut arahan yang diberikan.
- Selesai.
Berikut merupakan infografik cara renew lesen online di aplikasi MyJPJ:

Selain pembaharuan lesen, aplikasi ini juga membolehkan pemandu untuk memperbaharui roadtax kenderaan mereka dengan mudah.
Cara Renew Lesen Memandu Online Melalui MySikap
Selain menggunakan aplikasi MyJPJ, pemandu juga boleh memperbaharui lesen memandu mereka melalui portal MySikap di portal rasmi JPJ.
Prosesnya hampir serupa, iaitu:
- Layari portal MySikap di pautan ini: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
- Daftar masuk ke akaun MySikap dengan ID pengguna anda. ID pengguna adalah no kad pengenalan anda.
- Masukkan kata laluan dan kod sekuriti seperti yang dipaparkan dalam kotak.
- Pilih menu lesen memandu, kemudian menu Pembaharuan Lesen Memandu.
- Pilih menu Lesen Memandu Kompeten di bawah pilihan Jenis Lesen.
- Anda boleh pilih tempoh untuk memperbaharui lesen memandu dari 1 tahun hingga 10 tahun.
- Klik butang Cari.
- Kemudian, lakukan pembayaran.
- Cetak atau simpan salinan digital lesen memandu baru.
- Selesai.
Nota: Untuk dapatkan lesen digital, buka aplikasi MyJPJ, kemudian Profil, dan klik butang Jana Semula.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara renew lesen online, pemandu boleh melayari portal rasmi JPJ atau menghubungi pusat khidmat pelanggan JPJ.
Selain itu, portal MySikap turut menyediakan perkhidmatan check saman online dan bayar saman online JPJ dan AES.
Kesimpulan
Menggunakan platform dalam talian untuk memperbaharui lesen memandu adalah cara yang cepat, mudah, dan menjimatkan masa.
Dengan aplikasi MyJPJ dan MySikap, proses pembaharuan lesen memandu kini lebih mudah diakses oleh semua pengguna.
Oleh itu, jangan tunggu sehingga lesen anda tamat tempoh, ikut cara renew lesen online hari ini!