Tawaran lesen percuma 2025 untuk golongan B40, melalui program MyLesen B2 diteruskan lagi tahun ini.
Kerajaan akan meneruskan bantuan lesen memandu motorsikal percuma tahun ini bagi menampung seramai 15,000 anak muda kurang berkemampuan seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia mencari kerja.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 Oktober lalu.
Malahan, program MyLesen B2 tahun lalu juga mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat.
Jika anda ingin memohon untuk lesen percuma 2025, jom kami kongsikan kepada anda cara untuk pendaftaran dan juga syarat kelayakan bagi permohonan ini.
Program MyLesen B2, Lesen Percuma 2025
Program MyLesen B2 adalah inisiatif yang ditawarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk membantu golongan B40 mendapatkan lesen motosikal kelas B2 secara percuma.
Program ini memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki lesen memandu motosikal dengan kos yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Golongan-golongan ini termasuklah daripada kalangan B40, murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia mencari kerja.
Lesen motosikal percuma ini dibuka untuk kelas B2, yang membolehkan pemegang lesen memandu motosikal berkapasiti sehingga 250cc.
Ini amat berguna untuk golongan B40, pelajar menengah, mahasiswa dan belia memandu motosikal secara sah untuk urusan harian, mencari pekerjaan atau bekerja.
Dengan adanya lesen memandu, golongan B40 dapat meningkatkan kualiti hidup mereka dengan lebih lancar dan berkesan.
Matlamat Program MyLesen B2
Matlamat utama di sebalik program MyLesen B2 adalah untuk membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2 secara percuma.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya dengan memberi peluang kepada individu untuk memperoleh lesen secara sah.
Dengan lesen yang sah, pemandu motosikal dapat mengikuti latihan yang betul dan memahami peraturan lalu lintas, sekali gus mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Permohonan Lesen Percuma 2025 Online
Permohonan lesen percuma 2025 di bawah program MyLesen B2 boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Untuk memohon, individu yang layak perlu mengisi borang permohonan yang tersedia dan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Dalam permohonan ini, pemohon akan diminta untuk mengisi butiran peribadi, alamat, serta dokumen seperti salinan kad pengenalan dan bukti pendapatan.
Syarat Kelayakan Permohonan MyLesen B2
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon lesen percuma 2025 di bawah program MyLesen B2.
Antara syarat kelayakan tersebut termasuklah:
- Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
- Belum memiliki lesen memandu Malaysia.
- Bebas dari senarai hitam JPJ, PDRM dan mahkamah.
- Pemohon mestilah penerima bantuan kerajaan seperti eKasih, zakat, JKM, JAKOA, baitulmal, dan LHDNM atau anak tanggungan penerima.
- Kerajaan menanggung sepenuhnya kos yuran peserta yang melibatkan yuran latihan, amali dan ujian. Sementara kos pengangkutan atau kos lain-lain tidak ditanggung.
Syarat-syarat lain boleh rujuk di portal rasmi JPJ.
Setiap permohonan akan disemak berdasarkan syarat yang ditetapkan dan keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon.
Panduan Daftar Permohonan MyLesen B2

Program lesen percuma 2024 telah pun berlangsung dari Februari hingga Oktober 2024.
Bagi lesen percuma 2025, tempoh pendaftaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar permohonan lesen percuma 2025 MyLesen B2:
- Layari portal rasmi, MyLesen atau JPJ dan pilih pilihan untuk mendaftar permohonan lesen percuma B2.
- Lengkapkan borang permohonan dengan mengisi maklumat peribadi yang tepat seperti nombor kad pengenalan, alamat terkini, dan butiran lain yang diperlukan.
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta seperti salinan kad pengenalan, keputusan ujian saringan kesihatan dan gambar pasport.
- Setelah menghantar permohonan, pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui portal yang sama.
- Pemohon yang berjaya akan dijadualkan untuk menjalani latihan memandu di pusat yang dilantik.
Maklumat Lanjut
Bagi mereka yang berminat untuk memohon lesen percuma 2025, maklumat lanjut mengenai program MyLesen B2 dan cara permohonan boleh didapati di portal rasmi JPJ.
Pastikan anda memenuhi semua syarat kelayakan ntuk memastikan permohonan anda diterima dan diproses dengan lancar.
Jangan lepaskan peluang bantuan kerajaan ini! Layari portal rasmi MyLesen B2 hari ini dan daftarkan permohonan anda sekarang!