🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Cara Renew Passport Online Di Malaysia: Panduan Lengkap

Panduan Lengkap Mengenai Cara Renew Passport Online Di MyOnline Pasport.

Jika anda sering merancang perjalanan ke luar negara, tidak kira untuk tujuan bercuti atau bekerja, penting untuk anda memiliki pasport yang sah dan terkini.

Proses memperbaharui pasport kini adalah lebih mudah dengan adanya kemudahan cara renew passport online.

Anda tidak perlu lagi beratur panjang di kaunter imigresen untuk memperbaharui pasport.

Dengan beberapa langkah mudah, anda sudah boleh dapat pasport baharu dan bersedia untuk bercuti.

Dalam artikel ini, kami akan memberi panduan lengkap tentang cara renew passport online dengan mudah, termasuk syarat-syarat yang perlu dipenuhi, bayaran, dan beberapa tips untuk memudahkan proses tersebut.

Ikuti panduan ini untuk memudahkan urusan pembaharuan pasport anda.

Pasport Malaysia Antarabangsa

Pasport Malaysia adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia yang membolehkan pemegangnya melakukan perjalanan antarabangsa.

Pasport mengandungi maklumat penting seperti nama, foto, nombor pasport, dan tarikh luput.

Setiap warganegara Malaysia yang ingin melancong atau bekerja di luar negara memerlukan pasport yang sah.

Pasport Malaysia juga dilengkapi dengan cip elektronik yang mengandungi data biometrik bagi memastikan keselamatan dan kesahihan perjalanan.

Pasport biasanya sah untuk tempoh lima tahun, selepas itu ia perlu diperbaharui.

Jika dahulu, permohonan untuk pembaharuan pasport hanya boleh dilakukan di kaunter Pejabat Imigresen seluruh Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara sahaja.

Akan tetapi, kini proses renew pasport semakin mudah dengan kemudahan memperbaharui pasport secara online atau dalam talian.

Jom teruskan baca artikel ini kerana di bawah, kami akan terangkan mengenai cara renew passport online dan kadar bayaran renew passport.

Cara Renew Passport Online

cara renew passport online
Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia.

Untuk memperbaharui pasport Malaysia secara dalam talian (online), ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan ini: https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport untuk memulakan proses pembaharuan pasport online.
  2. Baca arahan yang diberikan sebelum memohon. Anda akan diberitahu tentang spesifikasi foto pasport sebelum anda meneruskan permohonan renew pasport.
  3. Jika gambar foto anda sudah mengikut spesifikasi pasport, anda boleh teruskan permohonan dengan klik butang Setuju.
  4. Isi borang pembaharuan pasport dengan lengkap dan tepat.
  5. Muat naik foto pasport anda yang terkini.
  6. Pilih pejabat imigresen berhampiran untuk anda mengambil pasport yang telah siap.
  7. Buat pembayaran secara online menggunakan perbankan internet, kad debit atau kredit anda.
  8. Sila cetak resit pembayaran untuk dibawa ketika mengambil pasport.
  9. Selesai urusan cara renew passport online.
cara renew passport online

Peringatan!

Sekiranya anda bercadang untuk ke luar negara, anda perlu memastikan pasport anda masih sah, sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh perjalanan anda untuk pergi dan balik.

Anda disarankan untuk memperbaharuinya sebelum perjalanan anda ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah.

Tempoh Pengeluaran Pasport

Anda akan mendapat notifikasi jika permohonan anda telah diluluskan.

Pasport baru akan diproses dalam tempoh beberapa hari bekerja.

Biasanya, tempoh pemprosesan pasport adalah sekitar 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada lokasi dan kesesakan permohonan.

Sekiranya pasport anda sudah siap, anda akan dihubungi melalui e-mel atau mesej, serta diberikan tarikh, waktu dan tempat/ alamat pejabat imigresen pilihan untuk mengambil pasport baru anda.

Semasa hendak mengambil pasport, anda perlu membawa dokumen yang diperlukan seperti pasport lama, kad pengenalan (MyKad atau MyKid), dan resit pembayaran. 

Jika pemohon di bawah umur 18 tahun, mereka perlu hadir bersama ibu bapa atau penjaga untuk mengambil pasport.

Waktu Serahan & Kadar Bayaran

Waktu serahan pasport bergantung kepada lokasi pejabat imigresen yang dipilih.

Sila patuhi tarikh dan masa yang telah diberikan untuk mengambil pasport anda.

Bagi pembaharuan pasport secara dalam talian, bayaran yang dikenakan adalah:

  • Pasport 5 tahun untuk pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahun: RM200.
  • Pasport untuk pemohon berumur 60 tahun dan ke atas: RM100.

Syarat Cara Renew Passport Online

Sebelum memulakan proses cara renew passport online, pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pasport lama: Anda perlu mempunyai pasport lama yang masih sah atau telah tamat tempoh tidak lebih daripada enam bulan.
  2. Tidak ada masalah imigresen: Anda tidak mempunyai sebarang halangan imigresen atau masalah dalam rekod perjalanan.
  3. Dokumen sokongan: Pastikan anda menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti gambar pasport, kad pengenalan, dan dokumen lain jika diminta.
  4. Sediakan gambar terkini: Pastikan gambar yang dimuat naik memenuhi spesifikasi yang ditetapkan, iaitu jelas dan latar belakang putih tanpa bayang, serta pakaian mestilah berwarna gelap.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai cara renew passport online, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di https://www.imi.gov.my/ atau hubungi talian hotline imigresen untuk sebarang pertanyaan.

Anda juga boleh merujuk kepada artikel ini untuk mendapatkan panduan lengkap dalam memperbaharui pasport Malaysia secara dalam talian.

Dengan mengikuti panduan ini, proses cara renew passport online anda menjadi lebih mudah dan cepat.

Jangan tunggu sehingga pasport anda hampir tamat tempoh, segerakan pembaharuan pasport untuk memastikan perjalanan anda ke luar negara berjalan lancar.

Leave a Comment