🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Semakan MyKid 2025: Permohonan & Semak Status Siap Online

Permohonan MyKid untuk anak telah pun dibuat, namun bila agaknya boleh mula membuat semakan MyKid 2025?

Julai tahun lepas, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan permohonan untuk MyKid boleh mula dilakukan selepas ditangguhkan sementara pengeluarannya tahun 2024.

Ini ekoran kekurangan bekalan cip bagi kad mentah tersebut.

Bagi ibu bapa yang belum mendaftar atau membuat permohonan MyKid anak, ini panduan untuk anda.

Untuk ibu bapa yang baru membuat permohonan hujung tahun 2024, ini pula rujukan untuk anda membuat semakan MyKid.

MyKid Untuk Kanak-kanak

MyKid adalah tanda atau kad pengenalan untuk kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur bawah 12 tahun.

Sama seperti MyKad, kad pengenalan kanak-kanak ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Fungsi MyKid juga sama seperti kad pengenalan orang dewasa, iaitu sebagai pengenalan rasmi untuk kanak-kanak bagi menggantikan sijil kelahiran sebagai dokumen pengenalan diri.

Maksud MyKid

‘My’ membawa maksud Malaysia.

Sementara, ‘Kid’ pula adalah singkatan kepada ‘Kad Identiti Diri: K – Kad, I – Identiti, dan D – Diri.

Ciri-ciri MyKid

Tujuan MyKid dibuat adalah untuk kemudahan urusan rasmi dan pentadbiran seperti pendaftaran sekolah, permohonan bantuan kerajaan, dan urusan perubatan.

Selain berfungsi sebagai pengenalan diri, MyKid juga mempunyai maklumat penting di dalamnya seperti:

  • Nama penuh kanak-kanak.
  • Nombor kad pengenalan.
  • Tarikh lahir.
  • Negeri lahir.
  • Alamat.
  • Jantina.
  • Taraf kewarganegaraan.

Bezanya dengan MyKad, MyKid tidak mempunyai gambar dan cap jari pemilik.

Saiz MyKid juga kecil dan praktikal untuk dibawa.

Baca juga:

Proses Permohonan MyKid

Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan MyKid untuk kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah usia 12 tahun.

Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Pendaftaran Negara, JPN terdekat anda ataupun secara dalam talian.

Permohonan MyKid Di Pejabat JPN

Untuk memohon kad pengenalan kanak-kanak, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Persiapkan dokumen sebelum pergi ke JPN. Dokumen yang perlu disiapkan adalah:
    • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal dan salinan fotokopi).
    • Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa atau Penjaga (asal dan salinan fotokopi).
    • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir.
  2. Bawa dokumen ke JPN terdekat. Setibanya di JPN:
    • Langkah 1: Ambil nombor giliran untuk proses permohonan MyKid.
    • Langkah 2: Hantar dokumen kepada pegawai JPN untuk semakan MyKid.
    • Langkah 3: Setelah proses selesai, anda akan diberikan resit permohonan sebagai bukti dan dimaklumkan tentang tarikh pengambilan MyKid.

Nota: Anda perlu mengemukakan resit permohonan dan dokumen pengenalan diri pemohon semasa mengambil MyKid di pejabat JPN.

Permohonan MyKid Secara Dalam Talian

semakan mykid

Anda juga boleh memohon MyKid melalui portal rasmi JPN.

Caranya:

  • Layari portal rasmi Perkhidmatan Dalam Talian JPN: https://www.jpn.gov.my/my/e-services.
  • Klik pada Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam Talian.
  • Klik pada Daftar Pengguna Baru jika anda pertama kali mendaftar / memohon.
  • Manual untuk pendaftar baru boleh klik di sini.
  • Anda akan dibawa ke portal myGovernment, iaitu aplikasi mudah alih portal kerajaan Malaysia.
  • Isi semua maklumat yang diminta dengan lengkap.
  • Aktifkan kata laluan dalam pautan e-mel anda.
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.
  • Anda akan dibawa log masuk ke portal JPN.
  • Isi borang pendaftaran kelahiran dalam talian dengan lengkap.
  • Setelah selesai, anda akan menerima notifikasi ‘Permohonan Anda Telah Berjaya’.

    Cara Membuat Semakan MyKid

    semakan mykid

    Semakan MyKid boleh dibuat melalui portal rasmi JPN.

    Ikuti langkah-langkah berikut:

    • Layari portal rasmi Perkhidmatan Dalam Talian JPN: https://www.jpn.gov.my/my/e-services.
    • Klik pada Status Permohonan MyKid.
    • Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan anak anda dan isi kod Captcha seperti yang dipaparkan (warna biru).
    • Klik butang Semak untuk meneruskan semakan MyKid.
    • Status permohonan MyKid anak anda akan dipaparkan, sama ada berstatus: ‘Sedia untuk diambil’ atau ‘Belum siap’.

    Nota: Jika tidak dapat membuat semakan secara dalam talian, anda boleh menghubungi JPN untuk mendapatkan status terkini permohonan MyKid anak anda.

    Berikut adalah nombor telefon yang boleh dihubungi:

    Nombor Telefon JPN: 03-8000 8000. 

    Atau anda boleh mengunjungi kaunter pejabat JPN terdekat untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

    Apa Perlu Buat Selepas Selesai Semakan MyKid

    Jika status semakan MyKid tertera ‘Sedia untuk diambil’, anda boleh ke pejabat JPN terdekat.

    Pastikan anda membawa bersama resit permohonan (jika anda membuat permohonan di JPN) dan dokumen pengenalan diri anda untuk pengesahan.

    Jika semakan MyKid anda menunjukkan ‘Belum siap’, anda perlu menunggu sehingga status bertukar kepada ‘Sedia untuk diambil’.

      Kesimpulan

      Secara ringkasnya, MyKid adalah identifikasi sah untuk kanak-kanak warganegara Malaysia, sama seperti fungsi MyKad.

      Maklumat lanjut tentang permohonan dan semakan MyKid boleh terus hubungi JPN.

      Portal Rasmi JPN: https://www.jpn.gov.my/my/.

      Nombor telefon : 03-8000 8000.

      Leave a Comment