Nak tahu cara check saman online yang mudah?
Hanya perlukan nombor kad pengenalan (IC) atau nombor plat kenderaan anda sahaja!
Jom kami kongsikan cara mudah semak saman AES, polis dan JPJ secara dalam talian.
Cara Periksa Saman Online
Jangan biarkan banyak saman tertunggak, nanti bertambah ‘liat’ anda nak bayar kesemua saman.
Jadi, untuk mengelakkan saman terkumpul, anda perlu semak saman dan ambil peluang untuk membuat bayaran, lagi-lagi apabila ada tawaran promosi atau diskaun!
Ini tiga cara check saman online melalui IC dan no plat kenderaan.
Cara Check Saman Online Polis PDRM Di MyBayar
Aplikasi digital, MyBayar PDRM membolehkan pengguna membuat semakan dan membayar saman Polis Diraja Malaysia secara dalam talian menerusi portal rasmi PDRM.
Cara check saman online PDRM adalah:
- Layari platform MyBayar PDRM: https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Tekan butang New User Sign Up jika anda belum pernah mendaftar.
- Sila lengkapkan maklumat dan isi pengesahan OTP.
- Kemudian, log masuk selepas anda mendaftar.
- Kembali semula ke menu utama.
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Tekan butang Saman Trafik.
- Jika ada saman tertunggak, anda akan dapat lihat paparan senarai saman dan jumlah saman yang perlu dibayar.
- Jika anda ingin teruskan dengan pembayaran, tekan sebelah butang No Kenderaan.
- Sila masukkan kod diskaun atau promosi (jika ada) untuk mendapatkan pengurangan bayaran saman.
- Seterusnya, tekan butang Bayar Saman untuk meneruskan pembayaran online.
- Selesai.
Nota: Panduan lengkap untuk mendaftar sebagai pengguna baharu serta cara check saman online dan bayar saman ada disediakan di sini.
Cara Check Saman Online JPJ & AES Di mySIKAP
Jika anda ingin membuat semakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda boleh layari portal rasmi mereka di mySIKAP: https://public.jpj.gov.my/public/.
Selain saman JPJ, anda juga boleh membuat semakan saman AES, kesalahan lalu lintas dan lesen kenderaan.
Cara check saman online JPJ melalui ic atau no plat adalah:
- Layari portal rasmi JPJ mySIKAP.
- Pilih Kategori ID; Individu atau Syarikat.
- Sila isikan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti.
- ID Pengguna adalah no kad pengenalan anda ataupun anda boleh masukkan no plat kenderaan.
- Contoh Format Nombor ID Orang Awam Malaysia adalah: untuk MyKAD : 831119102345 atau Kad Pengenalan Lama : A1234567).
- Bagi anda yang belum pernah mendaftar, tekan pada butang Daftar / Log Masuk Kali Pertama (MyKad).
- Lengkapkan maklumat anda dan tekan butang Daftar Masuk.
- Jika anda ada saman tertunggak, senarai saman dan jumlah saman JPJ akan dipaparkan.
- Tekan Saman jika anda ingin teruskan dengan pembayaran.
- Selesai.
Sila hubungi nombor hotline JPJ di talian: 03-8000 8000 jika anda ada sebarang persoalan atau inginkan bantuan mengenai cara check saman online JPJ atau AES.
Nota: Berita baik! Sekarang ini, ada tawaran diskaun saman JPJ sebanyak 50 peratus bermula 3 Januari sehingga 30 Jun 2025.
Jangan lepaskan peluang untuk membayar tunggakan saman anda sepanjang tempoh diskaun ini.
Check Saman MyEG
Platform MyEG membolehkan anda untuk membuat semakan saman polis, JPJ dan AES.
Lagi senang kan sebab anda hanya perlu layari portal rasmi MyEG dan anda sudah boleh membuat semakan untuk kesemua saman termasuk polis, JPJ dan AES.
Macam biasa, yang penting anda hanya perlu masukkan no kad pengenalan atau no plat kenderaan.
Ini cara-caranya:
- Layari portal rasmi MyEG (seperti di atas).
- Daftar akaun baru jika anda pengguna baharu.
- Jika sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk.
- Anda boleh pilih jabatan yang berkaitan dengan saman seperti Jabatan Pengangkutan Jalan untuk saman JPJ / AES atau Polis Diraja Malaysia untuk check saman polis / trafik.
- Masukkan nombor IC / kad pengenalan atau nombor plat kenderaan.
- Tekan butang Semak untuk melihat senarai saman.
- Pilih bayar saman jika anda ingin teruskan pembayaran.
- Selesai.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut untuk cara check saman online boleh rujuk di:
- Aplikasi MyBayar PDRM.
- Facebook rasmi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.
- Laman sesawang rasmi JPJ.
- Portal rasmi semakan dan bayaran saman JPJ: MySikap.
- Talian hotline JPJ: 03-8000 8000.
- Facebook rasmi JPJ: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.