Malas nak ke kaunter untuk check saman polis?
Jangan risau! Kini, semuanya ada di hujung jari.
Anda boleh membuat semakan saman polis trafik, PDRM, JPJ dan AES secara online atau dalam talian, ataupun menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS).
Jangan biarkan saman anda tertunggak lama!
Dengan mengetahui lebih awal jumlah terkumpul saman, anda boleh merancang untuk membuat pembayaran terutama apabila ada tawaran diskaun atau promosi saman.
Dalam artikel ini, kami kongsikan cara untuk anda semak atau check saman polis di mana-mana sahaja anda berada, tanpa perlu datang ke kaunter.
Cara Check Saman Polis Trafik
Semakan saman polis trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan AES boleh dilakukan menerusi dalam talian mahupun SMS sahaja.
Terdapat beberapa platform yang dibangunkan oleh PDRM dan JPJ untuk memudahkan pengguna jalan raya menyemak dan bayar saman online mereka.
Anda boleh rujuk cara check saman polis trafik PDRM, JPJ dan AES seperti di bawah.
Cara Semak Saman Polis PDRM Di MyBayar
Polis Trafik PDRM menyediakan aplikasi digital, MyBayar untuk membolehkan pengguna check saman polis di dalam portal rasmi PDRM.
Caranya:

- Layari portal MyBayar PDRM di pautan ini: https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Jika anda belum pernah mendaftar, klik butang New User Sign Up.
- Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP. Log masuk selepas mendaftar.
- Jika anda pernah mendaftar, masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
- Klik butang Saman Trafik seperti gambar di bawah.
- Anda akan dapat lihat senarai saman dan jumlah saman yang perlu dibayar.
- Klik di sebelah butang No Kenderaan jika anda ingin teruskan dengan pembayaran.
- Kemudian, klik Bayar Saman untuk teruskan pembayaran online.
- Selesai.
Nota: Sentiasa ‘alert’ dengan diskaun atau promosi saman yang ditawarkan PDRM.
Anda boleh masukkan kod diskaun sebelum membuat pembayaran.

Semak Saman JPJ & AES Di mySIKAP
Selain PDRM, JPJ juga menyediakan sistem semakan saman dalam portal rasmi mereka di mySIKAP.
Anda boleh menyemak saman berkaitan kesalahan lalu lintas, pemeriksaan kenderaan, lesen, atau AES.
Caranya:
- Layari pautan portal rasmi JPJ mySIKAP: https://public.jpj.gov.my/public/.
- Isikan maklumat jika anda pernah mendaftar.
- Pilih Kategori ID sama ada Individu atau Syarikat.
- Masukkan ID Pengguna, Kata Laluan dan Kod Sekuriti seperti yang terpapar di atas butang Log Masuk.
- Jika belum pernah mendaftar, klik di bahagian bawah: Daftar / Log Masuk Kali Pertama (MyKad).
- Isikan maklumat anda dan Daftar Masuk.
- Senarai saman dan jumlah saman JPJ akan dipaparkan jika nama dan kenderaan anda ada direkodkan dalam sistem.
- Klik saman jika anda ingin teruskan dengan pembayaran.
- Selesai.
Maklumat lebih lanjut atau bantuan boleh melalui nombor hotline JPJ: 03-8000 8000.

Platform Check Saman Polis & JPJ
Selain MyBayar dan mySIKAP, anda juga boleh menyemak saman polis trafik PDRM, JPJ dan AES di platform MyEG.
Caranya:
- Layari portal rasmi MyEG: https://www.myeg.com.my/.
- Pengguna baharu perlu mendaftar terlebih dahulu.
- Jika pernah mendaftar, terus log masuk dengan akaun yang telah didaftarkan.
- Pilih jabatan yang berkaitan dengan saman seperti JPJ untuk saman AES atau PDRM untuk saman trafik.
- Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan untuk melihat senarai saman.
- Pilih bayar saman jika anda ingin teruskan pembayaran.
- Selesai.

Check Saman Polis, JPJ Melalui SMS
Untuk check saman polis trafik PDRM melalui SMS, ini caranya:
POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan] ke 15888 atau 32728.
Contoh: POLIS SAMAN 800101033223 hantar ke 32728.
Untuk menyemak saman JPJ melalui SMS, ini caranya:
JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Plat Kenderaan] ke 15888.
Contoh: JPJ SAMAN ABC1234 hantar ke 15888.
Kesimpulan
Jika anda inginkan cara manual untuk check saman polis atau JPJ, anda boleh hadir ke kaunter PDRM atau JPJ untuk urusan semakan atau pembayaran saman.
Pastikan anda membuat pembayaran saman mengikut tarikh yang ditetapkan.
Nama anda boleh disenarai hitam, dikenakan denda atau tindakan undang-undang jika ingkar membayar saman dalam tempoh yang diberikan.