Sistem pendidikan di Malaysia semakin berkembang seiring dengan kepesatan teknologi masa kini. Buktinya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini memperkenalkan DELIMa 2.0.
Apa itu DELIMa 2.0 dan fungsinya kepada sistem pendidikan di Malaysia?
Jom kami akan kongsikan lebih lanjut tentang DELIMa dan cara untuk mengakses sistem ini.
Apa itu DELIMa 2.0?
DELIMa merupakan platform atau pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru.
Perkataan DELIMa itu sendiri merupakan singkatan kepada Data Elektronik Latihan dan Maklumat Akademik.
Sistem ini mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019 dan dijenamakan sebagai DELIMa pada tahun 2020.
DELIMa versi 2.0 (DELIMa 2.0) ini pula merupakan sistem asal yang dikemaskini dengan peningkatan fungsi dan kemudahan bagi memudahkan penggunaan dalam pengurusan data pelajar.
DELIMa boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar atau sebarang peralatan elektronik yang mempunyai capaian internet.
Tujuan inisiatif ini dibuat adalah untuk merevolusikan cara pembelajaran pelajar dengan menyepadukan teknologi digital ke dalam bilik darjah di seluruh negara.
Apa Kemas Kini Yang Ada Pada DELIMa versi 2.0?
KPM terus menerapkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru dan murid-murid.
Dengan sistem yang ditambahbaik, DELIMa 2.0 membawakan paparan pengalaman penguna yang baharu dan personalisasi untuk guru dan murid.
Platform terbaru ini lebih mesra pengguna, sekali gus memudahkan guru dan pelajar menjalani PdP dengan lebih teratur dan menarik.
Antara ciri baharu yang boleh dimanfaatkan oleh guru adalah alat untuk perancangan pembelajaran, penggredan dan komunikasi dengan pelajar.
Bagi pelajar pula, mereka boleh mengakses bahan kursus, menyerahkan tugasan secara online, dan mengambil bahagian dalam bilik darjah maya.
Ciri-ciri baharu ini boleh merangsang persekitaran pembelajaran yang lebih interaktif.
Selain itu, DELIMa 2.0 juga turut dilengkapi dengan aplikasi AI (Kecerdasan Buatan) seperti ChatGPT.
Maklumat lanjut mengenai sistem DELIMa boleh didapati di portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Login DELIMA 2.0

Untuk mengakses sistem DELIMa, guru dan pelajar perlu log masuk menggunakan ID DELIMa yang boleh didapati melalui guru kelas atau pentadbir sekolah.
ID DELIMa ini boleh digunakan oleh murid dari sekolah rendah hingga ke peringkat Matrikulasi atau Tingkatan Enam.
Untuk login DELIMa 2.0, ikut langkah-langkah di bawah ini:
- Klik pautan ini: https://d2.delima.edu.my.
- Tandakan (/) pada kotak I Agree to the term and conditions.
- Kemudian, klik butang Click Here To Login.
- Masukkan Username dan Kata Laluan yang diberikan oleh pihak sekolah.
Setelah login DELIMa, pengguna akan dibawa ke laman utama.
Guru atau pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran, ruang pengajaran atau pembelajaran, serta pelbagai perkhidmatan lain yang tersedia dalam sistem ini.

Navigasi & Fungsi Utama
Dalam ruang utama selepas anda login, anda akan dapati beberapa fungsi yang ada untuk pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat halaman pengalaman baharu untuk guru dan juga untuk murid.
Sila rujuk gambar rajah di bawah untuk rujukan anda.
Berikut adalah beberapa navigasi yang ada dalam halaman untuk guru dan murid:
- Gambar dan nama guru, nama sekolah / Gambar dan nama murid, nama sekolah.
- Ruang Pengajaran (untuk guru) / Ruang pembelajaran (untuk murid).
– Fungsinya, guru boleh menyediakan bahan pengajaran, sementara pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran yang telah disediakan oleh guru. - Ruang Pengumuman.
– Info mengenai pengumuman penting berkaitan dengan aktiviti dan program KPM yang terkini. - Ruang Aktiviti Pengajaran (guru) / Pembelajaran (murid).
– Terdapat integrasi Google Classroom, yang memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi serta berkongsi tugasan atau bahan pengajaran dan pembelajaran. - Ruang Pertanyaan (Chatbot)
– Berfungsi untuk menjawab segala persoalan yang berkaitan dengan penggunaan DELIMa.


Navigasi tambahan untuk murid
- Ruang Tugasan.
– Fungsinya untuk murid menyemak tugasan baru yang diberikan oleh guru, menghantar tugasan digital, menerima maklum balas guru dan juga memantau perkembangan pembelajaran.
Baca juga:
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang berikut:
- Portal rasmi DELIMa 2.0: https://d2.delima.edu.my/login.
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/jom-kenal-delima.