Terkini! Berita baik di awal tahun 2025! Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun saman JPJ sebanyak 50 peratus bermula 3 Januari sehingga 30 Jun 2025.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai tawaran diskaun saman JPJ ini?
Teruskan membaca artikel ini kerana anda tidak boleh terlepas untuk mendapatkan kompaun khas yang disediakan.
Lebih-lebih lagi kalau anda masih ada saman tertunggak JPJ.
Tawaran Diskaun Saman JPJ
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan tawaran kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kesalahan saman JPJ.
Menurut beliau, kesalahan-kesalahan ini melibatkan tiga notis saman JPJ iaitu:
- Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A) – Oktober 2018 sehingga terkini.
- Notis Temu Siasat (114) – Tahun 2023 ke bawah.
- Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) – Tahun 2023 ke bawah.
Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ menawarkan tempoh enam bulan bermula 3 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025 kepada mereka yang ingin menyelesaikan kompaun ini.
Kadar kompaun untuk tiga kesalahan yang diberikan kadar rata ini pada asalnya adalah RM300.
Jadi, pihak JPJ menawarkan diskaun saman JPJ sebanyak 50 peratus, daripada RM300 kepada RM150 untuk setiap tiga saman di atas.
Seperti yang kita sedia maklum, sebarang kesalahan saman JPJ yang tertunggak atau tidak dibayar akan menyebabkan pengguna jalan raya tidak boleh memperbaharui lesen memandu ataupun lesen kenderaan motor mereka.
Jadi, inilah masanya untuk anda mengambil kesempatan akan tawaran yang diberikan JPJ ini.
Tempoh enam bulan yang ditawarkan ini adalah peluang kepada pengguna jalan raya khususnya yang mempunyai saman tertunggak untuk membersihkan rekod mereka dengan kadar khas, diskaun saman JPJ.
Untuk makluman, setakat ini terdapat kira-kira dua juta saman tertunggak JPJ, dengan sebahagian dari September 2018 oleh pesalah jalan raya.
Bagaimana ingin merebut peluang diskaun saman ini?
Di bawah, kami kongsikan cara bayar saman JPJ.
Inisiatif Baru Pembayaran Saman JPJ Tahun 2025
Anthony Loke turut mengumumkan inisiatif pendigitalan JPJ menerusi Pembayaran Saman melalui Aplikasi MyJPJ, mulai 2 Januari 2025.
Usaha itu dibuat bagi memastikan kelestarian penyampaian perkhidmatan JPJ kepada rakyat terutama yang melibatkan aspek penguatkuasaan.
Ini juga merupakan inisiatif JPJ untuk memudahkan pengguna jalan raya menyelesaikan saman mereka termasuk yang tertunggak menerusi telefon pintar.
Anda boleh memuat turun Aplikasi MyJPJ melalui platform mudah alih Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
Check Saman JPJ & Cara Bayaran
Sudah terlupa berapa banyak saman yang tertunggak?
Jangan risau! Anda boleh membuat semakan saman JPJ menerusi dalam talian ataupun manual.
Caranya, anda boleh memilih untuk membayar di mana-mana daripada saluran di bawah ini:
- Kaunter JPJ.
- Portal Awam mySIKAP.
- Kios JPJ.
- Kaunter mobile JPJ.
- Kaunter JPJ.
- Aplikasi myJPJ.
Untuk makluman, pembayaran kompaun khas yang ditawarkan ini TIDAK BOLEH dilakukan melalui saluran MyEG dan di Pos Malaysia.
Jika anda ada saman lain yang tertunggak selain JPJ, seperti saman polis trafik PDRM atau AES, anda juga boleh membuat semakan atau check saman menerusi dalam talian sahaja.
Malahan, kaedah bayar saman online pun turut disediakan.
Sistem Mata Demerit Dihentikan Sementara
Seiring dengan pengumuman pemberian diskaun saman JPJ 2025, Anthony Loke turut memberitahu bahawa pengumpulan mata demerit akan dihentikan sementara sepanjang tempoh diskaun ini.
Ini bermakna, tiada pengumpulan mata demerit yang akan diambil kira sepanjang enam bulan tahun ini bermula 3 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025.
Malahan, sepanjang tempoh diskaun ini juga, Bahagian Penguatkuasa JPJ akan menjalankan kajian semula terhadap kaedah pelaksanaan Sistem Mata Demerit ke atas pemandu atau pengguna jalan raya.
Maklumat Lanjut
Jika anda bercadang untuk membayar kompaun khas ini secara dalam talian di aplikasi MyJPJ, sila muat turun aplikasi ini.
Rujuk infografik yang disediakan oleh JPJ seperti di bawah:
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan mengenai diskaun saman JPJ atau semakan saman JPJ, sila layari laman sesawang rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my/ atau MySikap.
Anda juga boleh menghubungi talian hotline JPJ di 03-8000 8000 atau laman Facebook rasmi JPJ: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.