Dengan adanya eBaki MARA, tiada lagi alasan untuk peminjam MARA tidak tahu baki atau tiada masa untuk membayar pinjaman mereka.
eBaki MARA merupakan portal rasmi yang disediakan oleh MARA untuk memudahkan para peminjamnya membuat semakan baki mahupun membayar pinjaman mereka secara dalam talian.
MARA atau Majlis Amanah Rakyat membangunkan platform ini dengan tujuan supaya peminjam pelajaran MARA dapat menguruskan pinjaman pendidikan mereka tanpa perlu datang ke kaunter.
Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat mengenai portal rasmi eBaki, cara membuat semakan baki dan bayaran pinjaman.
Pinjaman Pelajaran MARA

Selain Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN, MARA merupakan agensi yang banyak memberikan bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara.
Pihak MARA menyediakan dua jenis pinjaman pendidikan iaitu:
Program Pinjaman Pelajaran Tertiari (TESP)
Pinjaman khusus kepada pelajar lepasan SPM, Sijil dan Diploma untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi dalam negara yang ditetapkan oleh MARA.
Syarat permohonan:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia dan taraf bumiputera.
- Ibu dan bapa / penjaga serta pelajar TIDAK disenaraihitam oleh MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama.
- Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia.
Program Pelajar Cemerlang (IPMa)
Khusus kepada pelajar cemerlang lepasan Institut Pendidikan MARA (IPMa) untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Pertama di institusi dalam dan luar negara.
Pelajar dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan aktif dalam kurikulum semasa di IPMa di peringkat Sijil dan Diploma, dengan memenuhi syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
Syarat permohonan:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia dan bertaraf bumiputera.
- Ibu dan bapa / penjaga serta pelajar TIDAK disenaraihitam oleh MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama.
- Kursus yang diikuti adalah kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Badan Profesional Malaysia.
- Keutamaan bagi Kumpulan B40 dengan CGPA ≥3.90.
Maklumat lanjut mengenai syarat permohonan dan lain-lain boleh layari portal rasmi MARA di pautan ini.
eBaki MARA

Pelajar yang berjaya menerima pinjaman daripada MARA boleh memanfaatkan platform eBaki yang disediakan untuk para peminjam.
Berfungsi menguruskan pinjaman pendidikan, eBaki MARA adalah platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan buat kemudahan semua peminjam pendidikan MARA, seperti:
- Membuat semakan baki pinjaman pendidikan.
- Membuat semakan penyata pinjaman.
- Menyemak jadual bayaran balik pinjaman pendidikan.
- Mengemaskini maklumat peribadi peminjam.
- Membuat permohonan untuk penangguhan bayaran secara dalam talian.
- Permohonan pengurangan jumlah bayaran.
- Membuat pembayaran semula pinjaman pendidikan secara online.
Login eBaki Mara
Pelajar yang telah menerima pinjaman MARA boleh terus menggunakan platform eBaki bagi menyemak pinjaman pendidikan mereka.
Cara login eBaki MARA adalah seperti berikut:
- Sila layari portal rasmi eBaki di pautan ini: https://apps.mara.gov.my/ebakiv2/.
- Bagi pengguna yang baru ingin mendaftar, klik pada butang Pengguna Baru.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Hantar.
- Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi maklumat yang diminta.
- Setelah selesai, kembali ke menu utama portal eBaki.
- Login eBaki dengan masukkan ID Pengguna (iaitu nombor kad pengenalan peminjam) dan kata laluan.
- Klik butang Hantar.
Cara semak eBaki pula:
- Ikut langkah di atas.
- Setelah login, pergi ke menu Jadual Bayaran Balik, dan klik butang Papar.
- Anda boleh melihat paparan baki pinjaman dan jadual bayaran balik.
Baca juga:
- Pengeluaran KWSP : Jenis & Cara Pengeluaran, Serta Syaratnya
- Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2 Yang Dibenarkan, Ini Caranya!
- Bayaran Pencen 2025 : Tarikh Rasmi & Jadual Duit Pencen Masuk
Maklumat Lanjut
MARA sebagai badan amanah kerajaan Malaysia, menyediakan platform eBaki MARA untuk memudahkan pengurusan pinjaman pendidikan secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke pejabat MARA.
Peminjam MARA boleh menggunakan platform ini untuk menyemak baki dan melakukan transaksi lain yang berkaitan pinjaman mereka menerusi dalam talian.
Maklumat lanjut mengenai pinjaman pendidikan MARA, syarat kelayakan, semakan baki pinjaman atau jadual bayaran balik, semuanya boleh didapati di laman sesawang rasmi MARA atau Facebook rasmi MARA.