๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Pengeluaran KWSP : Jenis & Cara Pengeluaran, Serta Syaratnya

Apabila menyentuh mengenai pengeluaran KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, mesti ramai yang menyangka ia hanya boleh dikeluarkan ketika sudah pencen.

Itu cerita dulu!

Tahukah anda, sekarang ini sudah ada banyak cara untuk kita mengeluarkan wang KWSP?

Tidak perlu menunggu umur 50 tahun ke atas untuk anda mengeluarkan ‘duit pencen’ ini.

Malahan, kini kerajaan sudah pun memperkenalkan tiga akaun KWSP bagi memudahkan ahli menggunakan wang simpanan sendiri.

Namun, sudah tentulah ia pengeluaran bersyarat.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui 3 jenis akaun yang ada dalam KWSP, syarat dan cara pengeluarannya.

๐Ÿ’ก
Tips KWSP: Untuk maklumat lanjut tentang skim Pengeluaran KWSP anda boleh layari portal rasmi kwsp.gov.my

Pengeluaran KWSP

Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merujuk kepada proses pengeluaran simpanan wang yang terkumpul dalam akaun KWSP oleh ahli yang layak.

Ini bermakna bukan semua ahli KWSP boleh mengeluarkan wang ini.

Tujuan KWSP ditubuhkan adalah sebagai badan untuk memberi perlindungan kewangan kepada pekerja melalui pemotongan gaji bulanan yang disimpan untuk tujuan persaraan pada masa depan.

Jadi, wang KWSP atau orang dulu-dulu panggil sebagai ‘duit pencen’ ini hanya boleh dikeluarkan oleh ahlinya jika mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

Antaranya seperti pengeluaran untuk persaraan, hilang upaya, kematian, atau situasi tertentu yang dibenarkan oleh KWSP.

3 Jenis Akaun KWSP

penstrukturan semula pengeluaran kwsp
Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Berkuatkuasa 11 Mei 2024, KWSP melakukan penstrukturan semula akaun untuk semua ahli di bawah umur 55 tahun.

Inisiatif ini dibuat bagi menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Di bawah inisiatif ini, akaun ahli KWSP akan distruktur semula daripada hanya dua akaun iaitu; Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun iaitu:

  • Akaun Persaraan (sebelumnya Akaun 1).
  • Akaun Sejahtera (sebelumnya Akaun 2).
  • Akaun Fleksibel (akaun 3 yang baru diwujudkan selepas 11 Mei 2024).

Sebarang caruman baharu yang diterima selepas tarikh 11 Mei 2024 akan diagihkan kepada:

  • 75 peratus kepada Akaun Persaraan.
  • 15 peratus kepada Akaun Sejahtera.
  • 10 peratus kepada Akaun Fleksibel.

Akaun Persaraan

Seperti namanya, Akaun Persaraan, atau dahulunya dipanggil Akaun 1, disimpan untuk tujuan persaraan ahli.

Daripada jumlah wang KWSP yang biasanya dipotong setiap bulan, sebanyak 75 peratus wang tersebut akan diletakkan atau disimpan dalam Akaun Persaraan.

Tujuannya adalah supaya simpanan persaraan ahli akan meningkat sehingga had umur pengeluaran.

Ini bagi membolehkan ahli mempunyai simpanan wang selepas pencen untuk kehidupan yang lebih selesa.

Akaun Sejahtera

Akaun Sejahtera pula merupakan nama baharu bagi Akaun 2.

Lebih kurang sama fungsinya seperti Akaun 2, Akaun Sejahtera ini boleh dikeluarkan untuk tujuan tertentu seperti pendidikan, perumahan, rawatan kesihatan, dan beberapa tujuan lain yang dibenarkan oleh KWSP.

Sebanyak 15 peratus daripada jumlah pemotongan KWSP ahli akan dimasukkan dalam Akaun Sejahtera.

Akaun Fleksibel

Ini merupakan akaun baharu yang diwujudkan bagi membantu memenuhi kewangan ahli untuk jangka pendek.

Berbanding dengan Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera, Akaun Fleksibel ini lebih bersifat pilihan untuk ahli yang ingin membuat simpanan tambahan bagi tujuan persaraan.

Akaun Fleksibel ini juga boleh dijadikan sebagai akaun simpanan tambahan untuk persaraan ahli.

Ahli KWSP boleh membuat caruman secara sukarela ke dalam Akaun Fleksibel.

Caruman ini akan dijalankan secara pilihan dan bukan melalui potongan gaji mandatori seperti Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera.

Daripada jumlah potongan KWSP ahli, sebanyak 10 peratus akan disimpan dalam Akaun Fleksibel.

Ahli juga akan diberi pilihan untuk mengeluarkan simpanan di Akaun Fleksibel ini pada bila-bila masa, ataupun tidak mengeluarkannya.

Namun, KWSP mengesyorkan untuk ahli hanya mengeluarkan wang daripada akaun ini bagi tujuan kecemasan sahaja.

Akaun Fleksibel ini diwujudkan untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada ahli KWSP dalam menguruskan simpanan persaraan mereka.

Maklumat lanjut mengenai Akaun Fleksibel boleh didapati di portal rasmi KWSP.

Syarat Pengeluaran KWSP

Berikut merupakan syarat pengeluaran KWSP untuk setiap akaun.

Pengeluaran Penuh (Akaun Persaraan)

Terdapat beberapa jenis pengeluaran penuh KWSP yang dibenarkan, antaranya:

A. Pengeluaran Pencen

  • Syarat: Ahli boleh mengeluarkan semua simpanan KWSP mereka apabila mencapai umur persaraan wajib, yang biasanya berumur 55 tahun hingga 60 tahun.
  • Selepas umur 55 tahun, ahli boleh memilih untuk mengeluarkan wang sepenuhnya atau mengekalkan sejumlah wang dalam akaun untuk tujuan pencen.

B. Pengeluaran Hilang Upaya

  • Syarat: Ahli disahkan hilang upaya oleh doktor yang berdaftar atau badan yang ditentukan oleh KWSP.
  • Ahli boleh membuat pengeluaran penuh, seluruh jumlah simpanan mereka dari akaun KWSP jika mereka hilang upaya secara kekal.

C. Pengeluaran Kematian

  • Syarat: Apabila ahli KWSP meninggal dunia, ahli keluarga atau waris yang sah boleh memohon pengeluaran wang KWSP ahli yang telah meninggal dunia.
  • Wang simpanan KWSP si mati akan disalurkan kepada waris yang sah mengikut hukum faraid atau perintah mahkamah.

D. Pengeluaran Meninggalkan Negara

  • Syarat: Ahli boleh mengeluarkan Akaun Persaraan KWSP jika bertujuan untuk meninggalkan negara secara tetap (menjadi warganegara atau penduduk tetap di negara lain).
  • Menurut peraturan KWSP, ahli yang ingin meninggalkan Malaysia dan menetap di luar negara secara tetap boleh membuat pengeluaran penuh daripada akaun KWSP mereka (terutama Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera).
  • Walau bagaimanapun, terdapat syarat dan prosedur yang perlu dipatuhi.

Pengeluaran Sebahagian (Akaun Sejahtera)

A. Pengeluaran Perumahan

  • Syarat: Ahli boleh mengeluarkan wang dari akaun KWSP untuk membeli rumah pertama, membayar ansuran pinjaman perumahan, membina rumah, atau mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
  • Pengeluaran KWSP ini boleh dilakukan dari Akaun Sejahtera dan tertakluk kepada had tertentu mengikut jumlah simpanan, nilai rumah yang dibeli, ataupun jumlah ansuran bulanan.

B. Pengeluaran Pendidikan

  • Syarat: Ahli boleh mengeluarkan wang dari Akaun Sejahtera untuk tujuan pendidikan di dalam atau luar negara untuk diri sendiri atau anak-anak.
  • Pengeluaran ini boleh dilakukan untuk membiayai yuran pengajian di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

C. Pengeluaran Rawatan Kesihatan

  • Syarat: Ahli boleh mengeluarkan wang dari Akaun Sejahtera untuk menampung kos rawatan kesihatan untuk tujuan rawatan kesuburan, penyakit kritikal atau penyakit yang memerlukan rawatan jangka panjang.
  • Pengeluaran khas KWSP ini boleh digunakan untuk diri sendiri atau ahli keluarga terdekat seperti suami / isteri atau anak.

D. Pengeluaran Haji

  • Ahli boleh mengeluarkan wang daripada Akaun Sejahtera KWSP untuk tujuan menunaikan haji.
  • Namun, ini tertakluk hanya untuk kos berkaitan dengan perjalanan haji.
  • Pengeluaran ini sebahagian daripada program Pengeluaran Haji KWSP.

Pengeluaran KWSP Akaun Fleksibel

pengeluaran kwsp i-akaun

Salah satu ciri utama Akaun Fleksibel adalah untuk memberi kebebasan kepada ahli mengeluarkan simpanan mereka tanpa banyak sekatan.

Pengeluaran Akaun Fleksibel boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP ataupun secara dalam talian melalui aplikasi KWSP (di i-Akaun).

Syarat pengeluaran KWSP bagi Akaun Fleksibel ialah:

  • Ahli KWSP dan Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara Malaysia.
  • Belum mencapai umur 55 tahun.
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel.
  • Pengeluaran minimum adalah RM50.

Proses Pengeluaran KWSP

Ahli KWSP perlu memohon pengeluaran melalui i-Akaun atau mengunjungi cawangan KWSP yang berdekatan.

Ahli perlu melengkapkan dokumen yang relevan seperti salinan kad pengenalan, surat pengesahan status perubatan (untuk kehilangan upaya), dokumen kematian (untuk waris) atau surat perjanjian jual beli perumahan.

Setelah permohonan diluluskan, KWSP akan memaklumkan ahli (melalui mesej) tentang status proses pengeluaran.

Wang akan dipindahkan ke akaun bank ahli atau waris dalam tempoh yang ditetapkan.

Pentingnya Simpanan KWSP

Walaupun pengeluaran KWSP dapat membantu ahli menghadapi pelbagai keperluan kewangan dalam hidup, namun kita perlu faham tujuan utama KWSP adalah untuk memastikan kebajikan kewangan semasa usia persaraan.

Oleh itu, pengeluaran yang berlebihan atau tidak dirancang boleh memberi kesan mendatang selepas persaraan anda.

Gunakan inisiatif yang pihak KWSP tawarkan ini dengan bijak, namun pastikan juga anda fikir ke depan tentang pengurusan wang anda selepas persaraan.

Leave a Comment