Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2025 adalah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai inisiatif untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Program bantuan tunai STR yang diperkenalkan sejak 2023 ini diteruskan lagi pada tahun 2025, dengan penambahbaikan dari segi cara permohonan, kemaskini, semakan status, dan bayaran.
Berikut kami sediakan maklumat terperinci dan terkini mengenai cara permohonan, kemaskini, semakan status, dan bayaran STR 2025:
Pengenalan: Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan, terutama keluarga berpendapatan rendah B40 dan sederhana rendah M40.
Program STR adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan, dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
STR merupakan kesinambungan daripada program bantuan tunai daripada kerajaan terdahulu seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Tujuannya adalah untuk:
- Membantu meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
- Menyasarkan bantuan kepada isi rumah berkelayakan, dengan mengambil kira tahap pendapatan dan keperluan keluarga.
- Inisiatif kewangan diberikan dalam bentuk tunai, supaya penerima dapat menggunakan bantuan ini untuk keperluan asas seperti makanan, pengangkutan, dan keperluan harian yang lain.
Infografik Sumbangan Tunai Rahmah 2025 dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:






Kadar Bayaran STR 2025 Bagi Setiap Kategori
Berita baik untuk penerima STR 2025!
Kerajaan meningkatkan peruntukan sebanyak RM13 bilion untuk membantu kira-kira 9 juta rakyat Malaysia dalam kategori berpendapatan rendah dan sederhana.
Program bantuan STR tahun ini meliputi:
- Kadar maksimum untuk isi rumah berkelayakan meningkat kepada RM5,000.
- Kadar baharu STR bagi kategori bujang meningkat kepada RM600.
Di bawah, kami kongsikan kadar bayaran terkini bagi setiap kategori seperti yang dinyatakan di Soalan Lazim portal rasmi STR 2025:
Cara Permohonan STR 2025
Bagi anda yang tidak pernah menerima STR sebelum ini atau baru pertama kali ingin memohon, berikut adalah langkah-langkah untuk permohonan STR Login:
a) Secara Dalam Talian (Online)
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR 2025, iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
Langkah-langkahnya seperti berikut:
- Daftar akaun jika belum mempunyai akaun.
- Isi borang permohonan dengan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan dan bukti alamat (jika perlu).
- Pastikan semua maklumat betul, kemudian hantar permohonan.
b) Secara Manual
Bagi mereka yang tiada akses internet atau perlukan bantuan, permohonan STR juga boleh dilakukan secara manual di lokasi-lokasi yang ditetapkan, seperti kaunter cawangan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia).
Cara Kemaskini Maklumat
Penerima yang telah mendaftar untuk STR tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi (seperti alamat, nombor telefon, atau status perkahwinan), boleh mengemaskini maklumat secara dalam talian atau manual (seperti cara permohonan di atas).
Pastikan semua maklumat yang dikemaskini adalah tepat untuk elakkan sebarang masalah semasa proses pembayaran.
Semakan Status Permohonan STR 2025
Setelah permohonan dihantar, pemohon boleh buat semakan status permohonan untuk mengetahui sama ada mereka layak menerima bantuan STR 2025 atau tidak.
Cara semakan adalah seperti berikut:
a) Semakan Dalam Talian
- Kunjungi portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2025, https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk nombor kad pengenalan pemohon dan pengesahan kata kunci keselamatan.
- Pastikan maklumat yang tertera adalah betul. Semak nama pemohon, nombor kad pengenalan pemohon, status permohonan dan maklumat pembayaran (jika layak).
- Klik Semakan Pembayaran dan masukkan kata laluan.
b) Semakan Manual
Jika pemohon tidak mempunyai akses kepada internet, semakan status boleh dilakukan melalui:
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi โ 5.00 petang) atau MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi โ 5.00 petang).
- Semak di kaunter Pejabat LHDNM yang berhampiran.
Bayaran STR 2025
Bantuan STR akan dibayar mengikut kriteria kelayakan dan jumlah yang ditetapkan. Bayaran akan dilakukan secara berperingkat, dan penerima boleh memilih cara pembayaran yang paling mudah dan selamat.
a) Cara Bayaran
- Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN): Penerima yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Dikreditkan terus ke Akaun Bank: Wang akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima.
b) Tarikh Bayaran
Tarikh bayaran STR 2025 akan diumumkan oleh pihak kerajaan melalui media rasmi. Pembayaran biasanya dibuat dalam beberapa fasa sepanjang tahun, dan penerima akan dimaklumkan terlebih dahulu.
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat kelayakan terkini penerima bantuan STR 2025:
a) Isi Rumah
i. Kahwin; atau
ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
b. Warga Emas Tiada Pasangan
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
c. Bujang
i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2025 akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Jadi pastikan anda mengikuti perkembangan terkini di sini.
Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini STR:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/