๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Dividen KWSP 2025: Jangkaan Dividen, Pengumuman & Semakan

Selain saban tahun menantikan kejutan berita pengeluaran khas KWSP, para pencarum pasti juga tertunggu-tunggu pengumuman dividen KWSP 2025.

Pengumuman tahunan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini sentiasa dinanti-nantikan lagi-lagi hujung tahun lalu sudah timbul ura-ura yang mengatakan ada khabar positif mengenainya.

Sementara menantikan tarikh pengumuman rasmi dividen KWSP 2025, kami kongsikan dengan anda sejarah dividen KWSP, jangkaan pakar tentang dividen KWSP 2024 dan semakan dividen.

KWSP & Dividen

Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) komited dalam matlamatnya untuk membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk semua pekerja di Malaysia.

Disebabkan itulah, setiap majikan dan pekerja di negara ini dikehendaki mencarum sedikit daripada gaji pekerja ke dalam akaun simpanan KWSP.

Hasil caruman yang tersimpan dalam KWSP ini akan dilaburkan, dan kemudiannya setiap tahun akan dipulangkan semula kepada pencarum dalam bentuk dividen.

Dividen KWSP adalah pulangan atau keuntungan yang diberikan kepada ahli atas simpanan yang mereka kumpulkan sepanjang tahun.

Pemberian dividen ini adalah salah satu cara untuk ahli meningkatkan nilai simpanan mereka untuk kegunaan masa persaraan.

Kadar dividen yang diterima bergantung kepada prestasi pelaburan KWSP dan hasil daripada dana yang diuruskan sepanjang tahun.

Namun, setiap ahli dijamin akan menerima MINIMUM kadar dividen sebanyak 2.5% setahun.

Ini termaktub di dalam Akta KWSP 1991, Seksyen 27.

Walau bagaimanapun, bagi simpanan Shariah, tiada jaminan kadar dividen minimum kerana ia berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah.

Sejarah Dividen KWSP (1952-2023)

Kadar dividen KWSP telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun, walaupun pada masa yang sama terdapat beberapa turun naik disebabkan oleh keadaan ekonomi.

Sebagai contoh, untuk tahun kewangan 2023, KWSP telah mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.50 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5.40 peratus untuk Simpanan Shariah, manakala pada tahun 2022, kadar dividen adalah sekitar 5.35 peratus (Simpanan Konvensional) dan 4.75 peratus (Simpanan Shariah).

Pakar menjangkakan pengumuman untuk dividen KWSP 2025 ini adalah lebih tinggi, jadi ahli boleh mengambil panduan dari sejarah kadar dividen yang lalu untuk merancang simpanan mereka.

Berikut merupakan sorotan kadar dividen KWSP selama lebih separuh abad dari yang terkini (2023) hingga 1952.

Tahun% Dividen (Simpanan Konvensional)% Dividen (Simpanan Shariah)
20235.505.4
20225.354.75
20216.105.65
20205.204.90
20195.455.00
20186.155.90
20176.906.40
20165.70
20156.40
20146.75
20136.35
20126.15
20116.00
20105.80
20095.65
20084.50
20075.80
20065.15
20055.00
20044.75
20034.50
20024.25
20015.00
20006.00
19996.84
1997-19986.70
19967.70
19957.50
1988-19948.00
1983-19878.50
1980-19828.00
19797.25
1976-19787.00
1974-19756.60
1972-19735.85
19715.80
1968-19705.75
1965-19675.50
19645.25
19635.00
1960-19624.00
1952-19592.50

Sumber: KWSP.

Maklumat lanjut mengenai kadar dividen KWSP 2025 boleh rujuk di sini.

Jangkaan Dividen KWSP 2025

Adakah berita baik menanti untuk ahli KWSP tahun ini?

Penganalisis ekonomi, Dr. Mohamad Khair Afham bercakap kepada Berita Harian, KWSP berpotensi mengagihkan dividen yang lebih tinggi bagi tahun 2024.

Menurutnya, unjuran kadar dividen KWSP 2024 yang akan diumumkan tahun ini adalah dengan anggaran sekitar 5.7 hingga 6.0 peratus untuk simpanan konvensional dan sekitar 5.6 hingga 5.8 peratus bagi simpanan shariah.

Unjuran ini didorong oleh prestasi ekonomi dan pelaburan yang lebih baik sepanjang 2024, memberi impak positif kepada kadar dividen yang akan diumumkan nanti.

Walaupun pengumuman rasmi masih belum dibuat, namun ahli boleh menjangkakan kadar dividen KWSP 2025 yang lebih memuaskan.

Baca juga:

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2024 / 2025

Pengumuman rasmi mengenai dividen KWSP 2025 dijangka dilakukan pada pertengahan atau penghujung Februari 2025 atau awal Mac 2025.

Setiap tahun, KWSP akan mengumumkan kadar dividen untuk tahun kewangan berakhir Disember tahun sebelumnya, pada awal suku pertama tahun tersebut.

KWSP akan mengumumkan kadar dividen yang diterima oleh semua ahli melalui portal rasmi dan media sosial mereka serta media massa.

Pada tahun-tahun sebelumnya, pengumuman dividen dilakukan pada bulan yang sama, dan ahli boleh mengakses maklumat terkini mengenai dividen melalui aplikasi atau portal ahli KWSP.

Cara Semakan Dividen

dividen kwsp 2025

Untuk semakan dividen KWSP 2025, ahli boleh menggunakan beberapa cara yang disediakan oleh KWSP.

Salah satu cara yang paling mudah adalah melalui aplikasi KWSP, i-Akaun yang boleh dimuat turun di telefon pintar.

Aplikasi ini membolehkan ahli menyemak baki akaun KWSP serta dividen yang diterima dengan mudah.

Selain itu, ahli juga boleh membuat semakan melalui portal rasmi KWSP, dengan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan ahli dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Seterusnya selepas log masuk, lihat bahagian menu Dividend dan klik pada View Details untuk melihat perincian dividen 2024.

Bagi mereka yang lebih suka cara tradisional, semakan dividen juga boleh dilakukan di kaunter KWSP di cawangan-cawangan terdekat.

i akaun dividen kwsp 2025

Simpanan Konvensional & Simpanan Shariah

Terdapat dua jenis simpanan dalam akaun KWSP; Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.

Semua ahli KWSP yang tidak menukar kepada Simpanan Shariah akan automatik masuk ke Simpanan Konvensional.

Bagi ahli yang memilih untuk menyertai Simpanan Shariah, dividen yang diterima adalah berdasarkan prinsip-prinsip Islam, di mana semua pelaburan yang dilakukan oleh KWSP dalam instrumen kewangan adalah mengikut garis panduan syariah.

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan atau maklumat lanjut mengenai KWSP atau dividen KWSP 2025 boleh rujuk di:

  • Portal rasmi KWSP.
  • Facebook rasmi KWSP.
  • Ibu pejabat KWSP di alamat: Menara KWSP, No. 1, Persiaran Kwasa Utama, Kwasa Damansara, Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor.

Leave a Comment