Tarikh pengumuman dividen Tabung Haji 2025 antara yang ditunggu-tunggu oleh pendeposit seluruh negara.
Ketika inilah, semua pendeposit akan tahu kadar hibah tahunan atau dividen hasil simpanan mereka di Lembaga Tabung Haji (TH).
Setiap tahun, Tabung Haji akan mengumumkan pemberian dividen tahunan kepada pendeposit mereka sebagai ganjaran atas simpanan yang dibuat.
Dividen ini bukan sahaja memberi pulangan kepada pendeposit, tetapi juga sebagai cara untuk mengagihkan keuntungan yang diperoleh oleh Tabung Haji sepanjang tahun.
Dengan mengumumkan kadar dividen kepada umum juga dapat menunjukkan cerminan prestasi pelaburan Tabung Haji sebagai institusi kewangan Islam terbesar di Malaysia.
Tahun lalu, TH mengagihkan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023, sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya.
Jadi, adakah dividen TH untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 ini sama seperti tahun kewangan 2023 atau mungkin bakal lebih tinggi lagi?
Dalam artikel ini, kami kongsikan jumlah agihan pendapatan TH 2024 / 2025, sejarah dividen Tabung Haji bagi tahun-tahun sebelum ini dan cara kira dividen Tabung Haji 2025.
Bagi tahun 2025, pengumuman kadar peratusan dividen TH dijangka diumumkan pada tarikh yang sama seperti tahun sebelumnya (antara Mac – April 2025).
Sejarah Dividen Tabung Haji

Sejak penubuhannya, Tabung Haji telah memberikan dividen yang stabil kepada pendeposit.
Walaupun jumlah dividen berbeza setiap tahun, namun pendeposit sentiasa mendapat jumlah pulangan tahunan atas simpanan mereka di TH.
Pada 10 tahun sebelum ini, Tabung Haji telah memberikan dividen dan bonus yang berjumlah sekitar 1.25% hingga 6.25% setiap tahun.
Lima tahun kebelakangan ini pula, kadar dividen TH lebih kurang sama setiap tahun iaitu 3.05% pada 2019 dan kekal 3.10% untuk empat tahun berikutnya.
Berikut merupakan sorotan agihan dividen Tabung Haji selama 30 tahun dari tahun kewangan berakhir 1994 hingga 2023 (terkini).
Tahun | Dividen |
1994 | 9.5% |
1995 | 9.5% |
1996 | 9.5% |
1997 | 9.5% |
1998 | 8.0% |
1999 | 8.0% |
2000 | 5.5% |
2001 | 3.25% |
2002 | 3.5% |
2003 | 4.0% |
2004 | 4.3% |
2005 | 4.5% |
2006 | 4.75% |
2007 | 5.0% + 2.0% Bonus |
2008 | 5.0% |
2009 | 5.0% |
2010 | 5.5% |
2011 | 6.0% |
2012 | 6.5% + 1.5% Bonus |
2013 | 6.0% + 2.0% Bonus |
2014 | 6.25% + 2% Bonus |
2015 | 5% + 3% Bonus |
2016 | 4.25% + 1.50% Bonus |
2017 | 4.25% + 1.75% |
2018 | 1.25% |
2019 | 3.05% |
2020 | 3.10% |
2021 | 3.10% |
2022 | 3.10% |
2023 | 3.10% |
Cara Kira Dividen Tabung Haji 2025
Cara pengiraan dividen Tabung Haji adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah pendeposit setiap bulan sepanjang tahun tersebut dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, contohnya 3.10% bagi tahun 2023.
Pengiraan bagi contoh tahun 2023 adalah seperti berikut:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan Tahun 2023 x 3.10% (dividen bagi tahun kewangan berakhir 2023)= (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2023 / Bilangan Bulan) x 3.10% |
Jadi, untuk pengiraan dividen Tabung Haji 2025 bagi tahun kewangan berakhir Disember 2024 pula adalah seperti ini:
Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan Tahun 2024 x kadar dividen 2024 = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2024 / Bilangan Bulan) x kadar dividen 2024
Siapa Yang Layak Menerima Agihan Keuntungan Tabung Haji 2025?
Untuk layak menerima agihan keuntungan atau dividen Tabung Haji 2025, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh pendeposit.
- Pendeposit telah membuka akaun sebelum / pada 5 hb Disember bagi tahun kewangan terlibat.
- Pendeposit mesti mempunyai akaun yang aktif pada 31 Disember 2024 dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat.
- Pendeposit yang membuat penutupan akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan terlibat.
Dividen Tabung Haji 2025
Pengumuman mengenai dividen Tabung Haji 2025 biasanya dibuat selepas keputusan kewangan Tabung Haji bagi tahun 2024 dimuktamadkan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pendeposit boleh menjangkakan pengumuman rasmi akan dibuat antara awal Mac 2025 hingga April 2025.
Biasanya, dividen Tabung Haji 2024 / 2025 ini diumumkan setelah pengiraan dan audit kewangan selesai dilakukan.
Untuk pengetahuan, kadar dividen TH selama empat tahun kebelakangan ini adalah sama, 3.1 peratus.
Justeru, ada pakar analisis ekonomi yang meramalkan kemungkinan kadar dividen Tabung Haji 2025 ini juga kekal sama seperti tahun sebelumnya.
Nota: Kami akan mengemaskini artikel ini dengan memberikan maklumat tepat mengenai kadar dividen Tabung Haji 2024 selepas pengumuman oleh TH.
Tarikh & Cara Semakan Dividen

Pendeposit yang ingin menyemak dividen tahunan mereka perlu menunggu pengumuman rasmi mengenai tarikh semakan dividen yang dijangka pada April ini, sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Tabung Haji menyediakan pelbagai cara untuk semakan akaun, termasuk melalui aplikasi mudah alih Tabung Haji (THiJARI), portal rasmi Tabung Haji, portal perbankan internet seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB & Ambank, atau ATM : Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank & CIMB.
Baca juga:
- BINGKAS Selangor 2025: Semak Kelayakan & Bayaran Di Sini.
- SARA 2025: Semakan Permohonan Sumbangan Asas Rahmah.
- Tarikh Gaji Penjawat Awam 2025 & Jadual Pembayaran Bulanan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih terperinci mengenai Tabung Haji atau dividen Tabung Haji 2025, boleh hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC) : 03 6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Portal Rasmi : tabunghaji.gov.my
Facebook : Lembaga Tabung Haji