Pelaksanaan gaji minimum 1700 sebulan di Malaysia akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
Keputusan ini diumumkan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2025 sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan pekerja.
Ini merupakan usaha kerajaan untuk menyesuaikan kadar gaji dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, selain untuk memastikan pekerja menerima ganjaran yang setimpal dengan usaha mereka.
Dengan pelaksanaan ini, diharapkan dapat memberi impak positif kepada ekonomi negara dan memastikan kebajikan pekerja lebih terjamin.
Dalam artikel ini, kami kongsikan maklumat lebih terperinci mengenai gaji minimum baharu yang ditetapkan kerajaan dan tindakan yang akan diambil jika majikan ingkar perintah.
Gaji Minimum 1700 Diumumkan Semasa Belanjawan 2025
Gaji minimum merujuk kepada kadar bayaran gaji paling rendah yang harus dibayar oleh majikan kepada pekerja untuk satu tempoh waktu tertentu, sama ada secara bulanan, harian, atau per jam.
Semasa pembentangan Belanjawan 2025 hujung tahun lalu, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum di Malaysia kepada RM1,700 sebulan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.
Bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja, kerajaan memberikan penangguhan gaji minimum 1700 bagi tempoh enam bulan.
Jadi, kuat kuasa gaji minimum bagi majikan kurang daripada lima pekerja akan bermula pada 1 Ogos 2025.
Sebelum ini, kadar gaji minimum di Malaysia adalah RM1,500 yang diperkenalkan pada tahun 2022.
Dengan pelaksanaan peningkatan gaji minimum kepada RM1,700, kerajaan ingin memastikan bahawa kadar tersebut lebih mencerminkan keadaan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup kini.
Ini adalah langkah penting dalam usaha untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Kenaikan gaji minimum ini dijangka dapat memberi kesan positif kepada taraf hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Akta Kadar Gaji Minimum 2025
Pada 2011, kerajaan telah melaksanakan Dasar Gaji Minimum melalui penggubalan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732].
Kemudian pada tahun 2012, Perintah Gaji Minimum (PGM) pertama diwartakan, dan sehingga kini (PGM 2024), terdapat enam pewartaan PGM.
Akta ini bertujuan untuk menetapkan garis panduan yang jelas dan adil dalam menetapkan kadar gaji yang perlu dibayar oleh majikan kepada pekerja mereka.
Dengan pelaksanaan Akta ini, kerajaan berharap dapat meminimumkan ketidakseimbangan dalam pemberian gaji dan memperkukuh jaminan hak pekerja di negara ini.
Baca juga:
Kadar Bayaran Bulanan / Harian / Per Jam
Kadar gaji minimum 1700 sebulan adalah terpakai di seluruh negara.
Bagi mereka yang tidak dibayar gaji pokok, kadar gaji bulanan tidak boleh kurang daripada RM1,700.
Pecahan bayaran mengikut hari dan jam adalah seperti berikut:
- Bayaran Bulanan: Pekerja yang dibayar gaji bulanan akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 sebulan.
- Bayaran Harian: Untuk pekerja yang dibayar secara harian, mereka akan dibayar mengikut kadar yang bersesuaian dengan RM1,700 sebulan, iaitu lebih kurang RM56.67 sehari (untuk bulan kerja 30 hari) / bilangan kerja 6 hari seminggu (RM65.38) / bilangan kerja 5 hari seminggu (RM78.46) / bilangan kerja 4 hari seminggu (RM98.08).
- Bayaran Per Jam: Bagi pekerja yang bekerja berdasarkan jam, kadar gaji minimum 1700 dipecahkan kepada kira-kira RM8.72 sejam berdasarkan kiraan 44 jam seminggu.
Siapa Yang Terlibat Dapat Gaji Minimum 1700?

Pelaksanaan gaji minimum 1700 ini melibatkan hampir semua pekerja di Malaysia kecuali pekerja perkhidmatan domestik dan kontrak perantisan.
Gaji minimum ini juga melibatkan pekerja warganegara Malaysia, termasuk bukan warganegara di sektor swasta.
Ia turut meliputi pekerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, dan pertanian.
Menteri Sumber Manusia turut menegaskan bahawa gaji minimum bukanlah gaji permulaan, namun ia adalah gaji asas yang sepatutnya dibayar.
Majikan juga tidak digalakkan membayar graduan dengan gaji minimum kerana ia bukanlah gaji permulaan.
Tarikh Pelaksanaan
Tarikh berkuat kuasa pelaksanaan gaji minimum 1700 adalah pada 1 Februari 2025.
Selepas tarikh ini, semua majikan yang mempunyai lebih daripada lima pekerja wajib memastikan bahawa kadar gaji yang dibayar kepada pekerja mereka tidak kurang daripada RM1700 sebulan, kecuali dalam kes yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
Bermula 1 Ogos 2025 pula, pelaksanaan gaji minimum 1700 sebulan ini terpakai kepada semua majikan yang menggajikan pekerja (tidak kira berapa bilangan pekerja).
Pekerja yang belum menerima gaji minimum ini boleh melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Rujuk pautan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengelasan pekerjaan di Malaysia: https://emasco.mohr.gov.my/masco.
Tindakan Bagi Majikan Yang Gagal Mematuhi Perintah Gaji Minimum 1700
Majikan yang gagal mematuhi perintah gaji minimum 1700 boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Di bawah Seksyen 43 Akta 732, mana-mana majikan yang didapati melanggar PGM terkini, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- Penalti bagi kesalahan pertama: Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja.
- Penalti am: Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan.
- Penalti bagi kesalahan berterusan: Denda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
- Penalti bagi kesalahan berulang: Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
Maklumat Lanjut
Bagi majikan dan pekerja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan gaji minimum 1700, anda boleh merujuk kepada portal rasmi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, atau menghubungi pihak berkuasa berkaitan untuk pertanyaan lebih lanjut.
Pastikan anda memahami sepenuhnya kewajipan dan hak anda bagi mengelakkan sebarang isu di masa hadapan.
Sebarang persoalan atau maklumat lanjut mengenai gaji minimum 1700, boleh rujuk di sini:
Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok Setia Perkasa 3,
Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
Tel: 03-8886 5156
Portal rasmi:ย www.mohr.gov.my
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya
Tel : 03-88865192
Portal rasmi:ย jtksm.mohr.gov.my
Jabatan Tenaga Kerja Sabah
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-238755/233820
Portal rasmi:ย jtksbh.mohr.gov.my
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Kementerian Sumber Manusia Tingkat 13,
Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga,
93532 Kuching, Sarawak
Tel : 082-242261/414062
Portal rasmi:ย https://www.jtkswk.gov.my/v2/