Hari Wanita Sedunia 2025: Penghargaan dan peranan wanita di seluruh dunia
Setiap tahun pada 8 Mac, seluruh dunia menyambut Hari Wanita Sedunia (International Women’s Day) atau Hari Wanita Antarabangsa.
Hari ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang, serta menekankan pentingnya kesaksamaan jantina.
8 Mac 2025 ini, kita sekali lagi akan meraikan Hari Wanita Sedunia, yang memberi peluang untuk mengiktiraf sumbangan luar biasa wanita dari seluruh dunia.
Dalam artikel ini, kami akan mengupas lebih lanjut tentang sejarah, tema, serta tarikh sambutan Hari Wanita Sedunia 2025, selain melihat perubahan-perubahan penting dalam penghargaan terhadap wanita.
Sejarah Hari Wanita Sedunia
Hari Wanita Sedunia bermula pada awal abad ke-20 sebagai satu gerakan untuk mendapatkan hak mengundi bagi wanita.
Pada tahun 1909, wanita di Amerika Syarikat mula mengadakan demonstrasi untuk menuntut hak suara.
Gerakan ini mendapat sokongan daripada Parti Sosialis Amerika dan kemudiannya berkembang menjadi pergerakan global.
Pada tahun 1910, Persidangan Antarabangsa Sosialis yang diadakan di Eropah, mencadangkan agar satu hari khas diperuntukkan untuk menghormati wanita, yang akhirnya dipersetujui oleh delegasi yang hadir.
Sejak itu, 8 Mac diisytiharkan sebagai Hari Wanita Sedunia.
Tema Hari Wanita 2025
Setiap tahun, Hari Wanita disambut dengan tema tertentu yang memberi fokus kepada cabaran yang dihadapi wanita serta pencapaian mereka.
Tema untuk Hari Wanita 2025 adalah Wanita Beraspirasi Membina Legasi.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Sri Nancy Shukri telah merasmikan Pelancaran Logo dan Tema Hari Wanita Antarabangsa 2025 di Putrajaya pada 22 Januari lalu.
Pada tahun-tahun sebelumnya, tema-tema seperti “Gender Equality Today for a Sustainable Tomorrow” (Kesaksamaan Jantina Hari Ini untuk Masa Depan yang Mampan) telah menjadi fokus utama sambutan, yang menyeru kepada perubahan dalam dunia yang lebih adil dan saksama bagi wanita.
Tema ini mencerminkan perjuangan wanita untuk mendapatkan tempat yang lebih baik dalam masyarakat, terutama dalam bidang pendidikan, pekerjaan, dan kepimpinan.
Tahun ini juga, dengan tema ‘Wanita Beraspirasi Membina Legasi’ melambangkan kita mengangkat usaha wanita untuk mencipta perubahan yang berkekalan.
Menurut Dato’ Sri Nancy, wanita tidak hanya memainkan
peranan penting dalam keluarga, tetapi mereka turut menjadi peneraju dalam pembangunan masyarakat dan negara.
Peranan Wanita Dalam Masyarakat Hari Ini
Hari ini, wanita memainkan peranan yang amat penting dalam setiap aspek kehidupan, baik dari segi ekonomi, politik, mahupun sosial.
Di seluruh dunia, wanita terus memperjuangkan hak mereka, memperbaiki kedudukan mereka dalam pelbagai sektor, dan memberi impak yang besar dalam pembangunan negara.
Sebagai ibu, pemimpin, pendidik, dan usahawan, wanita membawa perubahan yang positif, menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara.
Kehebatan wanita kini boleh dilihat dalam pelbagai bidang, termasuk sains, teknologi, sukan, dan seni.
Pencapaian ini membuka peluang kepada wanita lain untuk melihat potensi mereka dan memperjuangkan hak mereka dalam pelbagai aspek kehidupan.
Tarikh International Women’s Day 2026 Dan 2027
Bagi mereka yang merancang untuk menyambut Hari Wanita pada tahun-tahun akan datang, berikut adalah tarikh-tarikh penting:
- Hari Wanita 2026: 8 Mac 2026
- Hari Wanita 2027: 8 Mac 2027
Hari Wanita Sedunia tetap disambut pada 8 Mac setiap tahun.
Pada kedua-dua tahun ini, ia akan memberikan kita peluang sekali lagi untuk meraikan pencapaian wanita, serta mengingatkan masyarakat tentang pentingnya kesaksamaan jantina dan hak-hak wanita di seluruh dunia.
Baca juga:
Hari Pekerja 2025 : Tarikh Cuti Umum Wajib Untuk Semua Pekerja
Raya Aidilfitri 2025 Di Malaysia: Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah
Kesimpulan
Hari Wanita bukan sekadar sebuah sambutan, tetapi juga sebagai peringatan untuk kita semua tentang kepentingan menghargai sumbangan wanita.
Sama ada dalam kehidupan seharian, di tempat kerja, atau dalam keluarga, wanita memainkan peranan yang sangat besar.
Kita perlu terus berusaha untuk memperbaiki kedudukan wanita dalam semua lapangan kehidupan.
Dengan tema dan sambutan yang tepat, kita dapat memperkukuhkan lagi perjuangan untuk kesaksamaan jantina.