i-Saraan KWSP : Panduan Lengkap untuk Golongan Bekerja Sendiri, Suri Rumah
i-Saraan adalah satu inisiatif caruman sukarela yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Inisiatif ini diperkenalkan untuk membantu golongan yang bekerja sendiri, seperti peniaga kecil, pekerja bebas, atau individu tanpa pendapatan tetap, termasuk suri rumah untuk menyimpan di dalam akaun KWSP bagi persaraan mereka.
Program ini memberi peluang kepada individu bekerja sendiri yang tidak mempunyai majikan untuk mencarum ke dalam KWSP secara sukarela.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan mengenai i Saraan, cara pendaftaran, syarat kelayakan, dan semakan status permohonan anda.
Apa Itu i-Saraan KWSP?
i-Saraan adalah satu skim di bawah KWSP yang membolehkan individu yang bekerja sendiri membuat caruman secara sukarela.
Tujuan utama i-Saraan KWSP adalah untuk memastikan individu yang tidak mempunyai majikan tetap atau mereka yang bekerja secara bebas (freelance), dapat menikmati faedah simpanan dan perlindungan sosial yang disediakan oleh KWSP.
Melalui i-Saraan, individu-individu ini dapat merancang simpanan mereka untuk tujuan persaraan yang lebih terjamin.
Berbeza dengan skim KWSP yang lain, individu yang mencarum dalam i-Saraan boleh membuat jumlah caruman mengikut kemampuan masing-masing.
Skim ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang tidak bekerja dengan majikan, tetapi juga kepada individu yang ingin meningkatkan jumlah simpanan KWSP mereka dengan caruman tambahan.
Menarik mengenai skim ini adalah kerajaan memberikan insentif sebanyak 20 peratus kepada individu yang mencarum dalam i-Saraan KWSP 2025.
Pendaftaran i-Saraan Online

Ingin membuat pendaftaran i-Saraan KWSP?
Caranya mudah sahaja!
Permohonan skim ini boleh dilakukan melalui platform rasmi KWSP.
Berikut adalah langkah-langkah untuk pendaftaran:
- Kunjungi portal rasmi KWSP dan pilih i-Saraan atau terus layari pautan ini: https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/.
- Isikan maklumat anda seperti no MyKad dan profesion.
- Baca maklumat pada kotak kuning untuk pengesahan.
- Tandakan [ / ] pada kotak kuning jika bersetuju.
- Kemudian, klik [ / ] untuk buktikan anda bukan robot bagi meneruskan pendaftaran i-Saraan 2025.
- Klik butang Hantar.
- Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan terima notifikasi seperti ini.

Anda sudah boleh mula mencarum selepas pendaftaran.
Bayaran caruman akan dikreditkan ke akaun KWSP ahli dalam tempoh tiga hingga tujuh hari bekerja.
Tiada caruman minimum yang ditetapkan untuk i-Saraan bagi setiap bulan.
Syarat Permohonan
Meskipun skim ini terbuka untuk individu yang bekerja sendiri, namun terdapat beberapa syarat untuk mencarum dalam i-Saraan.
Individu yang layak memohon adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Bekerja Sendiri. Skim ini terbuka kepada individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai majikan tetap, seperti peniaga, pekerja bebas, atau individu yang tidak menerima gaji tetap.
- Mempunyai Akaun KWSP.
- Berumur 60 tahun dan ke bawah.
Maklumat lanjut mengenai faedah skim i-Saraan, kaedah bayaran, had caruman dan soalan-soalan lazim lain boleh didapati di portal rasmi KWSP.
Baca juga:
- Pengeluaran KWSP : Jenis & Cara Pengeluaran, Serta Syaratnya.
- Pengeluaran Khas KWSP Akaun 2 Yang Dibenarkan, Ini Caranya!
Semakan i-Saraan KWSP
Selepas membuat permohonan dan caruman, anda boleh membuat semakan untuk memastikan status caruman anda.
Semakan boleh dilakukan melalui portal dalam talian KWSP atau aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.
Ikuti langkah berikut untuk membuat semakan i-Saraan KWSP:
- Log Masuk ke i-Akaun KWSP dengan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pilih Semakan Caruman untuk melihat status caruman terkini.
Kesimpulan
i-Saraan merupakan satu inisiatif yang penting bagi individu yang bekerja sendiri untuk memastikan simpanan persaraan mereka terjamin.
Manfaatkan skim ini dengan insentif khas yang diberikan kerajaan.
Anda bukan sahaja boleh mencarum sukarela dengan jumlah yang anda inginkan, tetapi juga anda dapat memantau status simpanan anda secara online.
Jika anda tergolong dalam golongan ini, segera membuat permohonan untuk memastikan masa depan kewangan anda semasa usia persaraan lebih terjamin.
Jangan tunggu lagi!
Daftar sekarang dan mulakan simpanan persaraan anda hari ini juga!