Sistem Pengurusan IDentiti atau IdMe KPM menyediakan platform pengurusan identiti yang boleh digunakan oleh guru, ibu bapa, kakitangan, pentadbir, pelajar, dan pengusaha institusi.
idMe diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membolehkan warga pendidik mengakses aplikasi yang ada dalam sistem ini dengan lebih mudah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang platform idMe ini, teruskan pembacaan anda.
Apa Itu idMe KPM?
Jika anda seorang pelajar, pendidik atau merupakan kakitangan yang terlibat dalam sektor pendidikan, mahupun ibu bapa yang mempunyai anak sedang belajar di sekolah, pasti pernah mendengar tentang idMe KPM, kan?
Seperti yang dinyatakan di atas, idMe adalah Sistem Pengurusan IDentiti dan pintu masuk kepada modul Sistem Bersepadu KPM (MOEIS).
Sistem idMe KPM akan memastikan hanya pengguna yang sah sahaja dapat mengakses dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran yang berkaitan.
Antara sistem dan modul yang boleh diakses melalui idMe KPM adalah:
- Pengurusan Awam.
- Pengurusan Murid.
- Pengurusan Institusi.
- Pengurusan Guru.
- Pengurusan Pentaksiran.
- Penubuhan dan Pendaftaran Institusi.
- Sistem Pengesanan KPM (SiPKPM).
Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan idMe untuk tujuan semakan pendaftaran murid Tahun 1 sesi persekolahan terkini.

Apa Itu MOEIS?
MOEIS atau Sistem Bersepadu KPM pula adalah platform yang merangkumi pelbagai modul (seperti yang dinyatakan di atas) yang ada dalam idMe KPM.
Dengan adanya Sistem Bersepadu KPM menerusi platform idMe ini, pendidik dan pentadbir / pengurusan sekolah boleh mengurus dan berkongsi data dengan lebih cekap dan efektif seperti mengisi markah peperiksaan, mengemaskini maklumat institusi, serta menguruskan data murid dan guru.
Ini sekali gus boleh membantu mengurangkan keperluan kepada warga pendidik memasukkan data yang sama berulang kali dalam sistem yang berbeza.
Baca juga:
- DELIMa 2.0 : Panduan Login Aplikasi KPM 2025 & Kata Laluan.
- NILAM Johor : Sistem Online Rekod Bacaan Pelajar Negeri Johor.
Cara Login idMe Guru
Berikut adalah cara login idMe KPM untuk guru:
- Layari portal rasmi idMe KPM di pautan ini: https://idme.moe.gov.my/login.
- Jika ini pertama kali anda mendaftar, klik Daftar Baru.
- Isi semua maklumat yang diminta.
- Tanda [/] pada butang Saya Bukan Robot.
- Masukkan Captcha yang diberikan.
- Kemudian Klik Daftar.
- Sila semak e-mel untuk mendapatkan kata laluan anda.
- Klik pada e-mel Pentadbir idME.
- Snip Maklumat kata laluan anda dan Save.
- Kemudian, klik pautan pengaktifan akaun pengguna.
- Selesai untuk login pengguna baru.
- Pengguna lama dan baru yang sudah mendaftar boleh mula login dalam pautan pada langkah 1 di atas dan terus melangkau ke langkah 13.
- Pada menu utama, masukkan nombor kad pengenalan pengguna.
- Klik butang Daftar Masuk.
- Gambar tulisan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan. Sila semak dan jika betul, klik butang Ya.
- Masukkan Kata Laluan.
- Klik butang Daftar masuk untuk mengakses sistem. Anda akan dibawa ke paparan dashboard idMe.
- Jika anda ingin menukar kata laluan, masukkan kata laluan baharu yang mudah anda ingat.
- Kemudian klik butang Submit.
- Daftar masuk semula dengan kata laluan baru yang anda bina tadi.
- Klik dashboard dan klik aplikasi untuk melihat website.

Cara Login idMe KPM Untuk Ibu Bapa
Selain guru dan pentadbir sekolah, ibu bapa juga boleh mengakses idMe KPM.
Antara sebab utama ibu bapa menggunakan idMe adalah untuk mendaftarkan anak ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan akan datang.
- Sama seperti cara login idMe guru, ibu bapa boleh melayari portal rasmi idMe.
- Pengguna baharu yang belum mempunyai akaun (contoh: jika ibu bapa pertama kali mendaftar untuk anak Tahun 1), klik Daftar Baru.
- Isi semua maklumat yang diminta.
- Tanda [/] pada butang Saya Bukan Robot.
- Masukkan Captcha yang diberikan
- Kemudian Klik Daftar.
Selepas mendaftar, sila semak e-mel dan sahkan.
Masukkan kata laluan yang diberikan dalam e-mel pada menu utama log masuk idMe KPM.
Jika anda ingin menukar kata laluan baharu, masukkan kata laluan anda dan login semula idMe.
idMe Daftar Tahun 1
Selesai log masuk, anda boleh mula melakukan pendaftaran untuk kemasukan anak ke Tahun 1.
Ikut langkah-langkah di bawah:
- Selepas login idMe, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1.
- Klik butang Permohonan Baharu.
- Masukkan nombor MyKid anak anda untuk mendaftar.
- Lengkapkan maklumat yang diminta iaitu maklumat murid, kesihatan murid dan maklumat penjaga.
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya.
- Untuk mengemaskini sebelum membuat perakuan, klik butang Semak Permohonan.
- Selesai semak, pergi ke menu Perakuan.
- Semak sekali lagi maklumat dan klik Peraku Benar dan klik butang Hantar.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna atau ibu bapa boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
- Sila klik butang Cetak.
- Selesai.
Serahkan borang yang dicetak berserta dokumen lengkap ke sekolah dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan online.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai idMe dan MOEIS boleh layari portal rasmi di bawah.
- Sistem idMe.
- Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Manual Pengguna Sistem idMe, MOEIS: Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.