Sebagai pengguna jalan raya, penting untuk kita tahu kadar tol PLUS atau mana-mana harga tol di lebuh raya Malaysia.
Lagi-lagi jika kita memang menggunakan lebuh raya setiap hari untuk pergi bekerja.
Dengan mengetahui harga tol, kita dapat merancang perjalanan sebaiknya dan mengelakkan masalah tidak cukup wang atau kekurangan baki untuk membayar tol.
Jadi, kita dapat membantu meminimumkan masalah beratur panjang atau tersangkut lama di plaza tol sehingga menyebabkan kesesakan laku lintas kepada pengguna lain.
Disebabkan itulah pentingnya setiap pengguna jalan raya untuk sentiasa ‘alert’ dengan penurunan atau kenaikan harga tol di Malaysia.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan mengenai kadar tol PLUS dan cara semakan harga tol PLUS untuk setiap laluan.
Kadar Tol PLUS Turun 18 Peratus
Harga tol PLUS menjadi antara isu yang sering dibincangkan oleh pengguna lebuh raya di Malaysia, terutama bagi mereka yang sering menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan.
Lebuhraya PLUS adalah salah satu lebuh raya utama yang menghubungkan bandar-bandar penting di Semenanjung Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Pulau Pinang.
Untuk pengetahuan anda, kadar tol di lebuh raya PLUS sering berubah mengikut polisi kerajaan dan pengurusan pihak PLUS.
Kerajaan Malaysia telah beberapa kali mengumumkan pengurangan kadar tol sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat.
Kali terakhir penurunan kadar tol PLUS adalah pada tahun 2020.
Harga tol PLUS telah dikurangkan sebanyak 18 peratus bermula 1 Februari 2020.
Penurunan ini berkuatkuasa bagi semua kenderaan penumpang (kelas 1), teksi (kelas 4), dan bas (kelas 5) sehingga tamat konsesi.
Bagi kenderaan lori (kelas 2&3) pula, bayaran tol akan kekal sehingga tamat konsesi PLUS pada tahun 2058.
Perubahan kadar tol PLUS ini berbeza mengikut laluan dan jenis kenderaan.
Disebabkan itulah setiap pengguna jalan raya perlu mengetahui kadar tol yang dikenakan di setiap plaza tol yang mereka lalui.
Pemandu yang sering menggunakan lebuh raya PLUS boleh mendapat manfaat daripada penurunan tol yang dilaksanakan, yang pastinya akan mengurangkan kos perjalanan mereka.
Senarai Plaza Tol Plus Arah Utara & Selatan
Berikut kami senaraikan plaza tol PLUS arah Utara dan Selatan untuk panduan semua pengguna jalan raya.
- Plaza Tol Alor Star.
- Plaza Tol Alor Star Selatan.
- Plaza Tol Ayer Hitam.
- Plaza Tol Ayer Keroh.
- Plaza Tol Bandar Baharu.
- Plaza Tol Bangi.
- Plaza Tol Baru Senai.
- Plaza Tol Behrang.
- Plaza Tol Bertam.
- Plaza Tol Bidor.
- Plaza Tol Bukit Beruntung.
- Plaza Tol Bukit Kayu Hitam.
- Plaza Tol Bukit Merah.
- Plaza Tol Bukit Tagar.
- Plaza Tol Bkt Tambun (B).
- Plaza Tol Bkt Tambun Utara.
- Plaza Tol Changkat Jering.
- Plaza Tol Ebor Selatan.
- Plaza Tol Ebor Utara.
- Plaza Tol Gurun.
- Plaza Tol Gopeng.
- Plaza Tol Hospital Sg Buloh.
- Plaza Tol Hutan Kg.
- Plaza Tol Ipoh Selatan.
- Plaza Tol Ipoh Utara.
- Plaza Tol Jln Duta.
- Plaza Tol Jasin.
- Plaza Tol Jawi.
- Plaza Tol Jelapang SB.
- Plaza Tol Jelapang (A) NB.
- Plaza Tol Jelapang NB.
- Plaza Tol Jitra.
- Plaza Tol Juru.
- Plaza Tol Kajang.
- Plaza Tol Kempas.
- Plaza Tol KLIA.
- Plaza Tol Kuala Kangsar.
- Plaza Tol Kulai.
- Plaza Tol Lembah Beringin.
- Plaza Tol Machap.
- Plaza Tol Nilai Utara.
- Plaza Tol Pagoh.
- Plaza Tol Pedas / Linggi.
- Plaza Tol Pendang.
- Plaza Tol Port Dickson A.
- Plaza Tol Port Dickson B.
- Plaza Tol Putera Mahkota.
- Plaza Tol Putra Heights (Elite).
- Plaza Tol Rawang.
- Plaza Tol Rawang Selatan.
- Plaza Tol Seafield.
- Plaza Tol Sedenak.
- Plaza Tol Senawang.
- Plaza Tol Seremban A.
- Plaza Tol Seremban B.
- Plaza Tol Seremban C.
- Plaza Tol Simpang Ampat.
- Plaza Tol Simpang Pulai.
- Plaza Tol Simpang Renggam.
- Plaza Tol Skudai.
- Plaza Tol Slim River.
- Plaza Tol Sg Besi.
- Plaza Tol Sg Buluh.
- Plaza Tol Sg Dua.
- Plaza Tol Sg Petani Selatan.
- Plaza Tol Sg Petani Utara.
- Plaza Tol Sungkai.
- Plaza Tol Taiping.
- Plaza Tol Tangkak.
- Plaza Tol Tanjung Malim.
- Plaza Tol Tapah.
- Plaza Tol UPM.
- Plaza Tol USJ.
- Plaza Tol Yong Peng Selatan.
- Plaza Tol Yong Peng Utara.
Semak Kadar Tol PLUS
Bagi anda yang ingin mengetahui kadar tol PLUS terkini bagi setiap laluan, terdapat beberapa cara mudah untuk membuat semakan harga tol.
1. Portal rasmi PLUS / Apps PLUS
- Layari portal rasmi PLUS di pautan ini: https://www.plus.com.my/ atau aplikasi PLUS.
- Pergi ke menu Toll Fare Calculator.
- Masukkan Negeri (State) dan pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar (Entry Plaza, Exit Plaza).
- Kadar tol mengikut kategori kenderaan akan dipaparkan.
- Selesai.
2. Portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
- Layari portal rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/.
- Pilih menu Kalkulator Tol.
- Kemudian, pilih Lebuhraya PLUS.
- Pilih Plaza Masuk dan Plaza Keluar.
- Klik butang Hantar.
- Kadar tol dan kelas kenderaan akan dipaparkan.
- Selesai.
Selain dua cara di atas, anda juga boleh menggunakan beberapa aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze untuk semak harga tol.
Baca juga:
- Diskaun Saman JPJ 50 Peratus Mulai Januari Hingga Jun 2025.
- Cara Check Saman Online Melalui IC & No Plat Kenderaan.
- Cuti Sekolah 2025: KPM Sudah Keluarkan Takwim Rasmi.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lebih lanjut tentang kadar tol PLUS dan cara semakan harga tol terkini, layari laman web rasmi PLUS atau muat turun aplikasi PLUS hari ini!
Alamat Ibu Pejabat PLUS:
Menara Korporat, Persada PLUS
Persimpangan Bertingkat Subang,
KM15 Lebuhraya Baru Lembah Klang
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Telefon : 03-7666 4666