Terkini! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh rasmi keputusan SPM 2024 iaitu pada 24 April 2025, Khamis depan.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akhirnya bakal diumumkan minggu depan.
Tarikh yang dinanti-nantikan oleh pelajar, ibu bapa, dan guru ini dijadualkan pada Khamis, 24 April 2025.
Pengumuman penuh debaran ini melibatkan lebih 400,000 calon dari seluruh negara yang menduduki peperiksaan penting ini di akhir tahun lalu.
Dalam artikel ini, kami kongsikan segala maklumat berkaitan keputusan SPM 2024 termasuk tarikh semakan, cara semakan dan mendapatkan slip keputusan, serta pilihan untuk semakan semula.
Bila Keluar Result SPM 2024?
Menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan SPM 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis) bermula pukul 10 pagi.
Seramai 402,956 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan ini di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.
Ini termasuklah calon sekolah dan calon persendirian dari pelbagai latar belakang.
Bagi calon sekolah, keputusan boleh diperoleh terus daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada 24 April ini.
Calon persendirian pula akan menerima keputusan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.
Sila rujuk kenyataan rasmi KPM di sini.
Cara Semakan Keputusan SPM 2024
Terdapat beberapa kaedah disediakan oleh KPM untuk menyemak keputusan peperiksaan SPM 2024.
Ini bagi memastikan semua calon mendapat akses mudah dan cepat kepada keputusan mereka:
1. Semakan di Sekolah
Calon sekolah boleh hadir ke sekolah masing-masing pada 24 April 2025 mulai jam 10.00 pagi untuk mendapatkan slip keputusan.
2. Semakan Secara Dalam Talian / Online
Calon juga boleh membuat semakan secara online melalui laman web rasmi myresultspm.moe.gov.my.
Sistem dibuka mulai 10 pagi, 24 April 2025 hingga 6 petang, 30 April 2025.
3. Semakan Melalui SMS
Calon boleh mendapatkan ringkasan keputusan melalui SMS dengan format berikut:
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888
(Sistem akan aktif dari 24 hingga 30 April 2025, jam 10 pagi – 6 petang)
Contoh:SPM 070101014321 AB123A456
Baca juga:
Check SPM Result With IC Secara Online, SMS & Sekolah
Semakan Semula Keputusan SPM 2024
Bagi calon yang ingin membuat semakan semula keputusan, anda boleh menggunakan sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) yang akan dibuka bermula dari 24 April hingga 23 Mei 2025.
Langkah semakan semula:
- Layari: https://elp.moe.gov.my.
- Isi permohonan semakan semula keputusan.
- Bayaran: RM100 setiap mata pelajaran.
- Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada calon selepas proses selesai.
Nota: Kalau keputusan tidak berubah, slip keputusan asal masih sah digunakan. Namun, jika terdapat perubahan, calon sekolah perlu berhubung dengan SUP manakala calon persendirian perlu menghubungi SPP di Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan slip yang baharu.
Baca juga:
Semak Keputusan SPM Lama Secara Online Di e-LP
Takrifan Gred Keputusan SPM
Berikut ialah takrifan gred yang digunakan dalam slip keputusan:
- A+ – Cemerlang Tertinggi
- A – Cemerlang Tinggi
- A- – Cemerlang
- B+ – Kepujian Tertinggi
- B – Kepujian Tinggi
- C+ – Kepujian Atas
- C – Kepujian
- D – Lulus Atas
- E – Lulus
- G – Gagal
Selain itu, catatan khas seperti “TH” (Tidak hadir), “Digantung” dan “Dibatalkan” juga boleh muncul dalam slip keputusan bagi kes tertentu.
Tahniah & Nasihat Buat Calon SPM 2024
Kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas usaha dan pencapaian mereka.
Keputusan SPM bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada langkah seterusnya dalam kehidupan sama ada ke universiti, kolej, program TVET atau dunia pekerjaan.
Ambil masa untuk menyusun semula hala tuju selepas keputusan keluar.
Buat pilihan yang bijak berdasarkan minat, kekuatan dan impian masa depan anda.
Jangan lupa, jika ada sebarang keraguan terhadap keputusan, anda boleh memohon semakan semula melalui ELP.
Semoga semua calon berjaya dengan cemerlang dan dapat merancang masa depan dengan lebih jelas!
Kongsi artikel ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang menanti keputusan SPM 2024.
Untuk info lanjut dan kemaskini terkini, layari laman rasmi KPM di www.moe.gov.my atau terus ke myresultspm.moe.gov.my pada hari keputusan diumumkan.