Cara login dan daftar di aplikasi KWSP i Akaun online.
Setiap pekerja atau individu yang mencarum di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu tahu dan faham cara untuk mengakses dan menguruskan simpanan KWSP mereka dengan mudah melalui i-Akaun.
i-Akaun membolehkan ahli untuk menyemak penyata, membuat pengeluaran, dan menguruskan simpanan dalam talian dengan lebih efisien.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk mendaftar dan mengakses i-Akaun serta faedah yang akan anda perolehi sebagai ahli.
Apa Itu KWSP i Akaun?
i-Akaun dalam portal KWSP adalah platform dalam talian yang membolehkan ahli KWSP mengakses dan menguruskan simpanan mereka.
Melalui i-Akaun, ahli boleh menyemak baki akaun, melihat transaksi caruman, dan memohon pengeluaran simpanan KWSP mereka.
Ini amat membantu dalam memastikan ahli KWSP dapat memantau dan menguruskan simpanan mereka dengan lebih mudah secara online.
Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan KWSP i Akaun
Proses pendaftaran i-Akaun adalah mudah dan boleh dilakukan secara fizikal mahupun dalam talian.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun:
- Pendaftaran melalui kaunter KWSP- Jika anda tiada akses kepada internet, anda boleh mengunjungi kaunter KWSP terdekat dengan membawa kad pengenalan untuk mendaftar.
- Pendaftaran secara dalam talian- Anda juga boleh mendaftar secara dalam talian dengan melayari portal rasmi KWSP di pautan ini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli atau melalui aplikasi mudah alih i-Akaun. Pastikan nombor ahli KWSP anda disediakan untuk memudahkan proses pendaftaran.
- Pengaktifan i-Akaun- Setelah mendaftar, anda akan menerima ID pengguna dan kata laluan sementara yang perlu diubah kepada kata laluan tetap untuk mengakses akaun anda.
Pendaftaran i Akaun memberikan anda akses penuh kepada pelbagai kemudahan seperti semakan baki akaun, penyata, dan pengurusan maklumat peribadi anda.
Manfaat
Dengan menggunakan i Akaun, anda boleh menikmati beberapa faedah, antaranya:
Kemudahan semakan penyata
Ahli boleh menyemak penyata akaun 1, akaun 2 dan akaun 3 mereka dengan mudah melalui online tanpa perlu beratur di kaunter.
Ini memudahkan anda untuk merancang kewangan dan pengeluaran simpanan bila-bila masa.
Pengurusan pengeluaran
Melalui i-Akaun, anda boleh memohon pengeluaran untuk tujuan seperti membeli atau membayar pinjaman perumahan, pendidikan, mahupun rawatan kesihatan.
Pelepasan cukai
Caruman KWSP juga memberikan faedah seperti pelepasan cukai yang akan diisi dalam e-filing setiap tahun.
Kemudahan penukaran akaun Simpanan Konvensional ke Simpanan Shariah
Ingin mengubah simpanan anda dari Konvensional ke Shariah?
Anda tidak lagi perlu beratur panjang di kaunter.
Dengan adanya KWSP i Akaun, ahli boleh menukar akaun simpanan KWSP mereka secara online.
Namun, jangan risau jika tiada akses kepada internet, anda masih boleh membuat penukaran di kaunter.
Cara Menggunakan Aplikasi i-Akaun
Selain melayari laman web KWSP, anda juga boleh mengakses i-Akaun melalui aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.
Aplikasi ini memberikan kemudahan untuk ahli memantau simpanan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, tanpa perlumembuka carian ke portal rasmi KWSP.
Aplikasi i-Akaun membolehkan anda untuk:
- Semak baki akaun.
- Membuat semakan transaksi terkini.
- Memohon pengeluaran untuk akaun 2 (Sejahtera) atau akaun 3 (Fleksibel).
- Mengubah atau mengemaskini maklumat peribadi.
Dengan aplikasi ini, semua maklumat berkaitan simpanan KWSP anda boleh diakses secara mudah di hujung jari.
Baca juga:
Dividen KWSP 2025 Diumum 6.3 Peratus, Tertinggi Sejak 2017
i-Saraan KWSP : Pendaftaran Permohonan, Syarat & Semakan
Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2 & 3 KWSP
Ahli KWSP boleh membuat permohonan Pengeluaran Akaun 2 atau Akaun Sejahtera & Akaun 3 atau Akaun Fleksibel melalui beberapa saluran berikut:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Portal Web i-Akaun (Ahli)
- Pejabat KWSP
Untuk mengetahui langkah-langkah lanjut mengenai cara pengeluaran akaun KWSP, sila rujuk panduan di bawah:
- Log masuk ke i-Akaun melalui laman web rasmi di pautan ini: https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login.
- Klik pada pilihan Pengeluaran.
- Pilih Keluarkan simpanan anda.
- Tentukan jenis pengeluaran yang ingin dilakukan.
- Pilih Akaun Sejahtera atau Akaun Fleksibel. Anda boleh rujuk infografik di bawah jika ingin membuat pengeluaran Akaun Fleksibel.
- Jumlah yang boleh dikeluarkan akan tertera di bahagian kanan atas, contohnya: “Anda boleh mengeluarkan sehingga RMXXXX”.
- Klik Keluarkan Sekarang.
- Selesai.
*Nota: Tempoh pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan pengeluaran diluluskan.

Kaedah Bayaran
Bayaran untuk Pengeluaran Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli.
Pastikan syarat-syarat berikut dipatuhi agar proses pembayaran pengeluaran Akaun Fleksibel dapat berjalan lancar:
- Akaun bank (sama ada simpanan atau semasa) hendaklah aktif.
- Akaun bank mestilah didaftarkan atas nama ahli sahaja (bukan akaun bersama atau syarikat).
Peringatan:
Ahli yang tiada akaun bank disarankan untuk membuka akaun bank terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pengeluaran.
Kesimpulan
i-Akaun adalah platform yang sangat berguna untuk memudahkan ahli menguruskan simpanan mereka secara dalam talian.
Dengan pendaftaran dan pengaktifan yang mudah, ahli KWSP kini dapat menikmati pelbagai kemudahan, dari semakan baki akaun hingga pengeluaran simpanan.
Pastikan anda mendaftar dan mengaktifkan i-Akaun untuk memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ditawarkan oleh KWSP.
Layari kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut!