LIMA 2025 : Pameran Maritim & Aeroangkasa Antarabangsa Terbesar di Asia Tenggara

Pameran Maritim & Aeroangkasa Antarabangsa Terbesar di Asia Tenggara, LIMA 2025 akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini di Pulau Langkawi.

LIMA atau Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition, akan kembali menggegarkan Langkawi pada 20 hingga 24 Mei 2025.

Acara berprestij ini merupakan edisi ke-17 sejak ia diperkenalkan pada tahun 1991 dan terus menjadi tumpuan utama pemain industri pertahanan dan komersial dari seluruh dunia.

Dengan tema “Innovate Today, Thrive Tomorrow,” LIMA 2025 menumpukan kepada inovasi dan kelestarian dalam bidang maritim serta aeroangkasa – menjadikannya platform yang strategik untuk pertukaran teknologi dan jaringan kerjasama antara negara dan syarikat.

Penganjuran & Objektif Utama LIMA 2025

LIMA 2025 akan dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Global Exhibitions and Conferences Sdn Bhd.

Acara ini bukan sahaja menampilkan demonstrasi teknologi terkini, tetapi juga mencipta peluang besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai ekosistem global industri pertahanan dan penerbangan.

Matlamat utama penganjuran ini adalah untuk:

  • Meningkatkan daya saing industri tempatan
  • Memperkukuhkan hubungan antarabangsa
  • Mempromosikan amalan lestari dalam sektor maritim dan aeroangkasa
lima 2025
Sumber: facebook rasmi LIMA2025.

Tarikan & Ciri Baharu Tahun Ini

Bagi menjadikan LIMA 2025 lebih menarik dan relevan dengan cabaran masa kini, beberapa inisiatif baharu diperkenalkan:

1. LIMA Gallery

Satu ruang pameran bersejarah akan diwujudkan bagi mengetengahkan evolusi LIMA sejak tahun 1991, lengkap dengan pameran interaktif dan visual teknologi masa lalu dan kini.

2. LIMA TV

Platform digital yang membolehkan pengunjung dari seluruh dunia menyaksikan acara secara langsung, termasuk sesi perkongsian teknologi dan pelancaran produk.

3. LIMA Green

Inisiatif ESG (Environmental, Social & Governance) yang memberi fokus kepada kelestarian alam sekitar melalui program penanaman pokok dan teknologi hijau.

4. LIMA Run

Acara larian yang diadakan lebih awal pada 17 November 2024 sebagai pembuka tirai kepada LIMA tahun 2025, mempromosikan gaya hidup sihat dan kesedaran sosial.

Berikut kami kongsikan tentaif program pameran LIMA rasmi seperti yang dikongsikan dalam web LIMA.

Siapa Yang Akan Hadir LIMA 2025?

Senarai rasmi peserta secara rasminya diumumkan di facebook LIMA iaitu seramai 124 peserta.

Klik di sini untuk senarai peserta pameran tahun ini seperti yang diumumkan oleh penganjur.

Pameran tahun ini juga dijangka menarik dengan penglibatan:

  • Lebih 600 syarikat pertahanan tempatan dan antarabangsa
  • Sekitar 50,000 delegasi ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC)
  • Lebih 100 aset maritim dan udara yang bakal dipamerkan
  • Kehadiran kenamaan dari dalam dan luar negara, termasuk menteri, pegawai kerajaan dan ketua pasukan keselamatan

Klik di sini untuk melihat peta LIMA.

Info Tiket & Akses Pengunjung LIMA 2025

Pameran LIMA Langkawi 2025 dibuka kepada dua kategori pengunjung:

  • Pengunjung Perdagangan: 20–22 Mei 2025
  • Pengunjung Awam: 23–24 Mei 2025

Harga Tiket (Secara Online):

  • Awam (19–59 tahun): RM35 (1 hari), RM70 (2 hari)
  • Pelajar: RM15 (1 hari), RM30 (2 hari)
  • Warga Emas, Kanak-kanak bawah 12 tahun, OKU: Percuma

Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi di https://registration.lima2025.com/.

Bagaimana cara beli tiket LIMA Langkawi 2025?

Cara pembelian adalah seperti berikut:

Pilih Kategori Tiket:
Mulakan dengan memilih jenis tiket yang anda ingin beli. Bagi pengunjung awam, klik pada pilihan ‘Public Visitor Ticket Purchase’.

Lengkapkan Maklumat Peribadi:
Tentukan jenis tiket dan tarikh lawatan anda. Isikan borang yang disediakan dengan butiran peribadi yang lengkap, kemudian tekan butang ‘Add to Cart’.

Lakukan Pembayaran:
Pilih kaedah pembayaran yang sesuai dan teruskan proses pembayaran. Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan terkini.

Terima Pengesahan & E-Voucher:
Selepas pembayaran berjaya, tiket atau e-voucher akan dihantar ke alamat emel yang anda daftarkan sebagai bukti pembelian.

Pastikan anda membuat pembelian lebih awal untuk menikmati harga promosi dan elakkan kesesakan pada hari acara.

Bagi anda yang tidak mempunyai akses untuk membeli online, anda juga boleh beli tiket walk-in.

Namun harus diingatkan bahawa harga walk-in adalah sedikit lebih tinggi daripada pembelian online.

Kenapa Anda Perlu Hadir ke LIMA 2025?

LIMA bukan sekadar pameran.

Ia adalah gabungan teknologi, ilmu, kerjasama industri dan inspirasi masa depan.

Anda berpeluang menyaksikan pertunjukan udara menakjubkan, teknologi ketenteraan termaju, penyelesaian maritim lestari dan mendekati pemimpin industri global dalam satu lokasi.

Kesimpulan

Dengan pengisian program yang semakin mantap dan penglibatan pelbagai sektor industri, LIMA 2025 dijangka menjadi acara paling dinanti dalam kalendar pertahanan dan teknologi Asia Tenggara.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Tempah tiket anda sekarang dan saksikan masa depan teknologi di hadapan mata anda di LIMA!

Layari laman web rasmi www.lima2025.com atau ikuti perkembangan di media sosial LIMA 2025 di pautan ini: https://www.facebook.com/lima2025official untuk berita terkini, promosi tiket dan pengumuman lain!

Semak tarikh gaji dan cuti sekolah jika anda bercadang untuk membawa keluarga ke LIMA Langkawi 2025.

Leave a Comment