Berita baik! Dengan cara daftar bantuan MyKasih 2025, anda boleh terima RM100 setiap bulan! Semak kelayakan anda segera.
Tahukah anda, ada banyak bantuan tunai mahupun barangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat khususnya mereka yang tergolong dalam kalangan B40 dan M40.
Malahan, bantuan kerajaan ini ada yang diberikan setiap bulan!
Antaranya, bantuan kewangan untuk membeli keperluan asas melalui program MyKasih.
Ini cara untuk anda memohon dan daftar bantuan MyKasih secara online.
Penjelasan dan panduan lengkap kami sediakan di bawah.
SARA MyKasih 2025
Program MyKasih 2025, melalui Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan bantuan subsidi bersasar, diberikan kepada rakyat yang paling terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Dalam Belanjawan 2025, kerajaan mengumumkan peningkatan peruntukan RM13 bilion ketimbang RM10 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah, STR dan SARA 2025.
Kategori kelayakan SARA juga telah diperluaskan bagi tahun 2025, dengan lebih ramai golongan B40 dan M40 akan layak untuk menerima bantuan ini.
Penerima SARA 2025, di bawah bantuan MyKasih akan mendapat sebanyak RM100 sebulan, yang akan disalurkan ke dalam MyKad mereka mulai bulan April 2025.
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli keperluan barangan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri.
Ia sah digunakan di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara.
Jumlah Bantuan MyKasih 2025
Berikut merupakan kadar bantuan MyKasih 2025 yang ditetapkan mengikut setiap kelayakan penerima:
Miskin Tegar | Miskin e-Kasih | Asas Bukan Miskin / Miskin Tegar |
Isi Rumah: RM1,200 | Isi Rumah: RM1,200 | Isi Rumah: RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,200 | Warga Emas Tiada Pasangan: RM1,200 | Warga Emas Tiada Pasangan: RM150 |
Bujang: RM600 | Bujang: RM600 | Bujang: RM150 |
Syarat Kelayakan Mohon Daftar Bantuan MyKasih 2025
Syarat kelayakan untuk daftar Bantuan MyKasih 2025 adalah:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) bagi Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan dan Bujang
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU)
Cara Daftar Bantuan MyKasih 2025
Untuk menerima bantuan MyKasih 2025, anda perlu memohon bantuan STR dan mendaftar di sistem eKasih bagi golongan miskin (pendapatan rendah).
Daftar Bantuan MyKasih Di Portal Rasmi
Layari portal rasmi STR 2025, https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk membuat permohonan daftar bantuan MyKasih 2025.
Ikuti langkah-langkah seterusnya di bawah ini:
- Isi nombor kad pengenalan, klik pada Permohonan Baharu STR.
- Sila isikan maklumat anda pada ruangan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) wajib diisi.
- Jika status perkahwinan adalah Berkahwin atau mempunyai anak, sila lengkapkan maklumat di ruangan berkenaan, termasuk ruangan Waris dengan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan seperti yang diminta.
- Setelah lengkap diisi, Klik butang Teruskan.
- Isi kod Captcha pada menu Pengesahan dan Sahkan.
- Semak semula paparan Perakuan Pemohon. Tanda [/].
- Kemudian, klik Hantar untuk meneruskan permohonan. Paparan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Boleh klik Cetak jika anda ingin menyimpan salinan permohonan.
- Selesai.
Talian Pendaftaran eKasih
Jika pemohon tergolong dalam kalangan Miskin (berpendapatan rendah), anda boleh mendaftar untuk eKasih.
Caranya:
- Kunjungi Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan anda, atau:
- Hubungi Talian PPN Negeri masing-masing.
Semakan MyKasih 2025 Online
Selepas daftar bantuan MyKasih, semakan boleh dibuat melalui portal rasmi STR atau portal rasmi MyKasih di pautan ini: https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan status permohonan bantuan MyKasih MyKad RM100.
- Layari portal rasmi STR 2025; https://bantuantunai.hasil.gov.my/ untuk membuat semakan status kelayakan MyKasih 2025.
- Masukkan nombor kad pengenalan, MyKad pemohon.
- Isi pengesahan frasa keselamatan.
- Jika maklumat yang tertera betul, masukkan kata laluan pemohon.
- Klik butang Semak Status.
Cara Pemberian MyKasih 2025
Penerima yang LULUS selepas daftar bantuan MyKasih 2025 akan menerima sumbangan bulanan melalui dua cara:
- Disalurkan secara tunai melalui MyKad (kad pengenalan) untuk penerima di Semenanjung Malaysia.
- Boleh mendapat bantuan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pengkreditan ke dalam akaun bank (Penerima Sabah dan Sarawak).
Tarikh Mula Bantuan MyKasih 2025
Tarikh bayaran bantuan MyKasih 2025 adalah berbeza mengikut kategori.
Penerima berstatus Miskin / Miskin Tegar eKasih akan mula menerima bantuan bulanan mulai Januari 2025.
Sementara itu, penerima STR 2025 bagi kategori Bukan Miskin / Miskin Tegar eKasih, akan menerima bantuan bermula April 2025.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari portal rasmi MyKasih dan eKasih.