Terkini! Permohonan UPU Online bagi lepasan SPM & STPM / Setaraf dibuka bermula 10 Februari 2025.
Adakah anda pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan setaraf untuk tahun 2022, 2003, 2024 dan 2025?
Jika anda berminat untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia, anda sudah boleh membuat permohonan UPU Online bermula hari ini, 10 Februari 2025.
Permohonan UPUOnline untuk sesi Akademik 2025/2026 sudah pun dibuka mulai 10 Februari, yang memberi peluang kepada pelajar untuk memilih program pengajian yang mereka minati.
Proses permohonan ini adalah satu peluang besar untuk para pelajar mencapai matlamat pendidikan yang lebih tinggi.
Jadi adalah penting untuk setiap pelajar dan penjaga memahami cara-cara dan tarikh penting yang terlibat dalam permohonan UPU Online.
Apa Itu UPU Online?
UPU Online adalah platform dalam talian yang diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi, untuk memudahkan permohonan kemasukan ke pelbagai IPT di Malaysia.
Sistem ini membolehkan calon lepasan SPM, STPM, dan kelayakan setaraf untuk memohon pelbagai kursus yang ditawarkan di universiti dan politeknik.
Dengan adanya sistem ini, pelajar tidak perlu lagi berurusan secara manual, menjadikan proses permohonan UPU lebih efisien dan mudah.
Kategori Pemohon UPU Online
Terdapat beberapa kategori pemohon yang boleh membuat permohonan melalui sistem UPUOnline, berdasarkan kelayakan akademik mereka.
Bagi sesi 2025/2026, kategori utama untuk permohonan UPU adalah seperti berikut:
- Lepasan SPM: Calon yang telah menduduki peperiksaan SPM/ Sijil / Asasi / Diploma & Ijazah Sarjana Muda UiTM, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) 2024/2025, atau tahun sebelumnya (2022 dan 2023), dan berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, sijil, atau asasi.
- Lepasan STPM dan Setaraf: Calon yang telah mengambil peperiksaan STPM, A-Level, Matrikulasi, Diploma atau setaraf, dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam.
Setiap kategori pemohon perlu memastikan mereka memilih program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang diperoleh.
Sila rujuk kategori dan program pengajian pilihan anda di sini:
- Lepasan SPM.
- Lepasan STPM/Setaraf.
Cara Permohonan UPU Online 2025

Permohonan untuk kemasukan ke IPT melalui UPUOnline boleh dilakukan dengan mudah melalui portal rasmi.
Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:
- Beli ID UPU: Pemohon perlu membeli ID UPU di BSN dan memilih kategori yang betul.
- Masukkan Maklumat: Layari portal rasmi UPUOnline di pautan ini: https://upu.mohe.gov.my/ dan pilih kategori kelayakan yang sesuai.
- Semak Syarat Kelayakan: Pastikan pemohon memeriksa syarat kelayakan melalui e-Panduan yang disediakan.
- Isi Borang Permohonan: Isikan borang permohonan dalam talian dengan lengkap dan pilih program pengajian mengikut keutamaan.
- Cetak Slip Permohonan: Setelah mengisi borang, cetak slip permohonan sebagai bukti.
Pemohon juga perlu memastikan bahawa mereka mematuhi tarikh-tarikh penting yang telah ditetapkan, termasuk tarikh tutup permohonan.
Tarikh Penting Permohonan UPU 2025/2026
Bagi sesi akademik 2025/2026, terdapat dua fasa permohonan UPU yang perlu diperhatikan:
- Fasa 1: 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025.
- Fasa 2: 14 April 2025 hingga 16 Mei 2025.
Untuk fasa 2, tiada pilihan untuk program pengajian yang memerlukan ujian atau temu duga.
Pastikan pemohon mengikut semua tarikh yang telah diumumkan oleh pihak UPU.
Semakan Keputusan Permohonan UPU Online
Setelah tamat tempoh permohonan, calon perlu menunggu keputusan permohonan diumumkan.
Semakan keputusan boleh dilakukan melalui portal rasmi UPUOnline atau aplikasi mudah alih, UPU Pocket.
Tarikh semakan untuk lepasan SPM adalah pada minggu ketiga Jun 2025, manakala untuk lepasan STPM pula, pada minggu pertama September 2025.
Jika berjaya, calon akan diberi peluang untuk menerima tawaran, sementara yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan atau memohon dalam fasa kedua.
Baca juga:
- UPUOnline : Permohonan & Semakan Sesi Akademik 2025 / 2026.
- Semakan MRSM Kali Kedua 27 Jan: Untuk Sesi 2025.
- SBP Semakan Keputusan Dan Rayuan Tahun 2025 / 2026.
Kesimpulan
Permohonan UPU Online adalah peluang penting bagi lepasan SPM dan STPM / Setaraf untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Pastikan untuk mematuhi langkah-langkah permohonan dengan teliti dan menyemak semua tarikh penting.
Dengan maklumat yang tepat dan persiapan yang rapi, proses permohonan ini akan menjadi lebih mudah dan lancar.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, jangan ragu-ragu untuk melayari portal rasmi UPU Online atau menghubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Jangan lepaskan peluang!
Daftar untuk permohonan UPU Online 2025 / 2026 hari ini dan mulakan langkah pertama ke arah pendidikan tinggi yang gemilang!