๐Ÿ›๏ธ Voucher Shopee CNY! ๐Ÿงง
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Rayuan STR 2025 : Status STR Tidak Lulus? Ini Cara Buat Rayuan

Rayuan STR 2025: Panduan Lengkap Permohonan Dan Tips Penting

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 atau STR telah disalurkan kepada penerima yang layak bermula 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025, secara berperingkat.

Bagi mereka yang menerima status ‘Lulus’ dalam semakan STR 2025, tahniah diucapkan kerana anda akan menikmati manfaat tersebut.

Namun, jika semakan anda menunjukkan status ‘Tidak Lulus’, jangan risau kerana kerajaan telah menyediakan saluran rayuan untuk mempertimbangkan semula permohonan anda.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi cara membuat permohonan rayuan STR 2025 serta informasi penting yang perlu anda tahu.

Rayuan STR 2025

Setiap tahun, kerajaan akan menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk membantu mereka yang layak, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2025, Sumbangan Asas Rahmah atau SARA, MyKasih dan eKasih serta banyak lagi bantuan lain yang disediakan.

Salah satu bantuan tahunan yang diberikan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Ia merupakan suatu inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan, terutamanya golongan B40.

Untuk tahun 2025 ini, kerajaan telah pun mengagihkan bantuan STR 2025 bagi fasa 1 pada 22 Januari baru-baru ini.

Seperti biasa, kerajaan akan menapis permohonan dan hanya memberikannya kepada golongan yang layak dan memerlukan sahaja.

Namun, bagi anda yang permohonannya ditolak, jangan risau kerana kerajaan menyediakan peluang rayuan STR 2025 sebagai peluang kedua.

Rayuan STR 2025 merujuk kepada proses permohonan semula bagi mereka yang tidak layak menerima bantuan STR 2025 pada fasa pertama.

Status ‘Tidak Lulus’ pada semakan STR 2025 menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan atas sebab-sebab tertentu.

Ada kalanya, sesetengah permohonan ditolak disebabkan maklumat yang diberikan tidak lengkap ataupun beberapa faktor yang lain.

Jadi, rayuan dibuka untuk memberi peluang kepada individu yang memenuhi syarat tertentu untuk mempertimbangkan semula kelayakan mereka.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan langkah-langkah lengkap untuk membuat rayuan STR 2025 serta tips memastikan rayuan anda kali ini diterima (jika benar layak).

Semakan Status: Apa Maksud Lulus Dan Tidak Lulus?

Sebelum kita membincangkan cara membuat rayuan STR 2025, penting untuk anda fahami maksud status ‘Lulus’ dan Tidak Lulus’ dalam semakan permohonan STR.

  • Lulus: Jika status semakan menunjukkan ‘Lulus’, bermakna anda layak menerima bantuan STR 2025 pada tahun ini dan pembayaran akan disalurkan kepada anda secara berperingkat.
  • Tidak Lulus: Jika status semakan menunjukkan ‘Tidak Lulus’, ini bermakna permohonan anda tidak berjaya pada fasa pertama. Tetapi, anda masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan bagi semakan semula kelayakan.

Berikut merupakan anggaran pembayaran STR 2025 mengikut fasa:

Fasa 1: 22 Januari 2025.

Fasa 2: April 2025 (anggaran).

Fasa 3: Ogos 2025 (anggaran).

Fasa 4: November 2025 (anggaran).

Apa Perlu Dilakukan Jika Tidak Lulus?

Jika permohonan anda gagal atau status semakan menunjukkan ‘Tidak Lulus’, anda tidak perlu panik.

Kerajaan telah menyediakan saluran Permohonan Rayuan STR 2025 untuk memberi peluang kepada mereka yang layak menerima bantuan ini.

Sebelum membuat rayuan, pastikan anda memahami sebab-sebab mengapa permohonan anda ditolak.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam data atau dokumen yang kurang lengkap, pembetulan atau pengemukaan dokumen sokongan mungkin membantu.

Anda boleh rujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2025 untuk mengenal pasti alasan tidak lulus dan menyediakan dokumen sokongan untuk permohonan rayuan STR 2025.

Siapa Yang Layak Buat Rayuan STR 2025?

Rayuan STR tahun 2025 terbuka kepada individu yang tidak layak pada fasa pertama dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Anda layak membuat rayuan STR tahun ini jika:

  • Permohonan STR fasa 1 anda ditolak.
  • Ada maklumat yang perlu dikemaskini, seperti status perkahwinan, pendapatan, atau bilangan tanggungan.
  • Dokumen sokongan tidak lengkap semasa permohonan awal.
  • Anda tergolong dalam golongan berpendapatan rendah yang memenuhi syarat STR tetapi menghadapi isu teknikal semasa permohonan awal.

Permohonan rayuan untuk fasa 2, 3 & 4 boleh mula dibuat pada 22 Januari 2025 sehingga 30 September 2025.

Berikut kami kongsikan maklumat lanjut mengenai jadual permohonan rayuan STR 2025 untuk panduan anda.

rayuan str 2025
permohonan rayuan str 2025

Dokumen Sokongan

Bagi mereka yang ingin membuat rayuan STR tahun ini, terdapat beberapa dokumen sokongan diperlukan untuk memastikan permohonan anda diterima dengan lengkap.

Anda perlu menyediakan dokumen sokongan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  • Bukti pendapatan atau dokumen sokongan pendapatan (seperti penyata gaji, penyata bank atau surat pengesahan pendapatan bagi mereka yang bekerja sendiri).
  • Dokumen lain yang relevan dengan kelayakan anda seperti surat pengesahan tanggungan.

Cara Memohon Rayuan STR

Terdapat dua cara untuk membuat rayuan STR, iaitu secara dalam talian dan secara manual.

Berikut adalah panduan lengkap untuk kedua-dua cara tersebut:

Rayuan Secara Dalam Talian

Untuk membuat permohonan rayuan online, ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari portal rasmi STR di pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Pemohon perlu masukkan nombor kad pengenalan.
  • Klik butang Log Masuk, kemudian Semak.
  • Sahkan kata kunci keselamatan. Jika betul, klik Ya.ย 
  • Masukkan kata laluan pemohon dan Log Masuk.
  • Klik Permohonan Rayuan dan pilih menu Permohonan Semakan Semula (Rayuan).
  • Isi maklumat rayuan yang diminta. Masukkan maklumat terkini dan lengkapkan borang rayuan.
  • Muat naik dokumen sokongan yang relevan dalam format yang diminta. Pastikan gambar dokumen jelas.
  • Klik Hantar.
  • Anda akan menerima notifikasi pengesahan yang mengatakan rayuan anda berjaya dihantar.

Rayuan Secara Manual

Bagi mereka yang tidak dapat membuat permohonan secara dalam talian, permohonan manual juga disediakan:

Ini caranya:

  • Anda boleh memuat turun dan mencetak borang rayuan daripada portal rasmi STR. Lengkapkan semua butiran yang diminta.
  • Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan untuk dilampirkan bersama borang rayuan yang telah lengkap.
  • Bawa borang dan dokumen berkaitan ke pejabat LHDN berdekatan anda.
  • Serahkan semua borang dan dokumen di mana-mana pejabat LHDN atau Pusat Khidmat Hasil yang berhampiran.

Tips Penting Anda Perlu Ikuti

  1. Pastikan Data Betul: Semasa mengisi borang rayuan, pastikan segala maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap.
  2. Sediakan Dokumen Sokongan: Pastikan anda menyediakan semua dokumen yang diminta dan pastikan ianya dalam format yang diterima.
  3. Periksa Semula Permohonan: Sebelum menghantar permohonan, pastikan tiada kesilapan atau maklumat yang tertinggal.

Nota: Alert dengan tempoh rayuan STR 2025. Semak tarikh terkini untuk permohonan rayuan melalui portal rasmi STR atau di sini.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai rayuan STR 2025, anda boleh merujuk kepada portal rasmi STR atau hubungi pusat khidmat pelanggan yang disediakan oleh kerajaan.

Segala informasi terkini akan dikemaskini di sana.

Dengan panduan ini, diharapkan permohonan rayuan STR 2025 anda akan diproses dengan lancar dan mendapat keputusan yang positif.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mendapat bantuan yang sepatutnya!

Leave a Comment