Cara membuat semakan bantuan Zakat Selangor kini lebih mudah dengan aplikasi EZO.
Bantuan zakat merupakan salah satu inisiatif utama yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membantu golongan yang memerlukan di negeri Selangor.
Bermula dari bantuan kewangan hingga perubatan, pendidikan, dan perumahan, terdapat pelbagai lagi jenis bantuan lain disediakan bagi membantu rakyat Selangor layak.
Namun, bagi individu yang telah memohon bantuan zakat, penting untuk anda tahu bagaimana cara membuat semakan bantuan zakat Selangor bagi memastikan permohonan diproses dengan lancar.
Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk membuat semakan status permohonan Zakat Selangor dan maklumat penting yang perlu anda ketahui.
Permohonan Zakat Selangor
Bantuan Zakat Selangor disediakan untuk golongan yang layak seperti asnaf fakir, miskin, mualaf, amil, fisabilillah, gharim, ibni sabil dan riqab.
Namun, setiap bantuan perlu dimohon bagi membolehkan pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) menilai permohonan mengikut jenis bantuan.
Setiap permohonan bantuan zakat perlu mengisi Borang Permohonan mengikut jenis permohonan yang disediakan.
Pemohon boleh mengambil borang permohonan di kaunter LZS atau muat turun borang mengikut jenis bantuan yang anda ingin pohon.
Borang Permohonan yang telah lengkap perlu diserahkan kembali di kaunter Lembaga Zakat Selangor yang berdekatan dengan anda.
Berikut antara jenis-jenis bantuan yang disediakan di Lembaga Zakat Selangor:
- Bantuan Perubatan โ Fakir Miskin
- Bantuan Sewa Rumah โ Fakir Miskin
- Bantuan Badan dan Persatuan โ Fisabilillah
- Bantuan Penerapan Nilai Islam โ Fisabilillah
- Bantuan Yuran Sekolah โ Fakir Miskin
- Bantuan Hutang Kehidupan โ Gharimin
- Bantuan Kewangan Bulanan โ Fakir Miskin
- Bantuan Makanan Bulanan โ Fakir Miskin
- Bantuan Bina & Baik Pulih Rumah โ Fakir Miskin
Cara Semakan Bantuan Zakat Selangor
Selepas permohonan anda dihantar, anda perlu tahu cara untuk membuat semakan bantuan Zakat Selangor bagi mengetahui status permohonan anda.
Jika tidak berjaya, anda masih berpeluang untuk membuat rayuan.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuat semakan bantuan Zakat Selangor.
Selain hadir ke kaunter LZS, anda juga boleh membuat semakan bantuan Zakat Selangor melalui laman web rasmi LZS, aplikasi mudah alih, atau kaedah lain, mana-mana yang boleh memudahkan urusan semakan anda.
Semakan Bantuan Zakat Selangor Online Melalui Portal Rasmi LZS

Langkah pertama yang paling mudah jika anda ingin memohon secara online adalah melalui portal rasmi LZS.
Ikuti langkah berikut:
- Layari portal rasmi LZS di pautan ini: https://www.zakatselangor.com.my/.
- Skrol ke bawah di bahagian e-Servis.
- Klik pada butang ezo elektronik zakat online.
- Daftar masuk dahulu dengan masukkan no id dan kata laluan anda.
- Untuk membuat semakan, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor rujukan permohonan.
- Klik butang Semak untuk melihat status permohonan anda.
Melalui kaedah ini, jika permohonan anda diluluskan, anda akan dapat melihat jenis bantuan yang diterima dan tarikh pembayaran.
Sekiranya permohonan masih dalam proses, anda boleh menghubungi LZS untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Semakan Melalui Aplikasi Mobile Zakat Selangor
Selain itu, LZS juga menyediakan aplikasi mudah alih untuk memudahkan semakan bantuan zakat Selangor.
Untuk menggunakan aplikasi ini, ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi ZakatSelangor di Google Play Store atau App Store.
- Log masuk atau daftar akaun menggunakan nombor kad pengenalan.
- Pergi ke bahagian Semakan Permohonan.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang Semak.
Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk membuat pembayaran zakat dan mendapatkan maklumat terkini mengenai bantuan zakat yang tersedia.
Semakan Melalui Telefon Atau WhatsApp
Jika anda menghadapi masalah dengan semakan secara dalam talian, anda boleh terus menghubungi LZS melalui telefon atau WhatsApp.
Berikut adalah nombor yang perlu dihubungi:
- Talian Zakat Selangor: 1-300-88-4343
- WhatsApp LZS: +6011-3331 4343
Pastikan anda mempunyai nombor kad pengenalan atau nombor rujukan permohonan bagi memudahkan urusan semakan.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Permohonan Ditolak?
Jika permohonan bantuan zakat anda ditolak, jangan risau.
Ikut langkah-langkah di bawah:
- Semak sebab penolakan โ Biasanya, alasan penolakan akan dinyatakan dalam status permohonan anda.
- Pastikan dokumen lengkap โ Periksa semula jika ada dokumen yang tidak mencukupi atau tidak jelas.
- Buat rayuan โ Anda boleh mengemukakan rayuan dengan mengisi borang rayuan dan menyerahkan dokumen sokongan tambahan.
- Dapatkan nasihat โ Jika perlu, berkunjung ke pejabat LZS untuk berbincang lanjut mengenai langkah yang perlu diambil.
Jangan berputus asa kerana masih ada peluang untuk mendapatkan bantuan melalui rayuan yang betul, jika benar anda layak.
Baca juga:
Semakan iSejahtera RM100 / RM200 Dibayar Mulai 12 Mac 2025
STR Fasa 2 2025: Jadual Pembayaran Mengikut Bank
Maklumat Lanjut
Proses semakan bantuan zakat Selangor kini lebih mudah dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh LZS.
Sama ada melalui portal rasmi LZS, aplikasi mudah alih, telefon, WhatsApp, atau kaunter LZS, anda boleh semak status permohonan dengan cepat dan mudah.
Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan dan menyediakan dokumen lengkap bagi melancarkan permohonan.
Sekiranya permohonan anda ditolak, jangan risau. Anda masih boleh membuat rayuan.
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan lebih lanjut, hubungi LZS melalui saluran yang disediakan.