Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) sudah diagihkan sejak November lalu, jadi, adakah anda telah membuat semakan BMT 2025?
Dalam artikel ini, kami sediakan panduan untuk anda menyemak bantuan yang disalurkan oleh RISDA untuk pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas sepanjang musim tengkujuh.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Setiap tahun, RISDA akan menyalurkan Bantuan Musim Tengkujuh kepada para pekebun kecil dan penoreh getah yang terkesan untuk mencari pendapatan sewaktu musim tengkujuh.
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, RISDA melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) meneruskan inisiatif menyalurkan BMT bagi meringankan beban kewangan golongan pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas di seluruh negara.
Bagi tahun 2024 / 2005 ini, BMT disediakan dengan beberapa garis panduan dan syarat kelayakan.
Kadar Bantuan BMT
Kadar bantuan untuk penerima yang layak (pekebun kecil dan penoreh getah) ialah RM800 seorang.
Bantuan akan diagihkan sebanyak 4 kali iaitu RM200 setiap bulan; bermula bulan November dan Disember tahun semasa serta Januari dan Februari tahun seterusnya.
Jadi, untuk BMT 2025, pengagihan bantuan adalah seperti berikut:
- RM200 pada November 2024.
- RM200 pada Disember 2024.
- RM200 pada Januari 2025.
- RM200 pada Februari 2025.
Kadar bantuan ini juga tertakluk kepada kelulusan pihak kerajaan.
Selain BMT, kerajaan juga menyediakan bantuan lain untuk golongan yang memerlukan seperti Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2025, bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau SARA 2025.
Semakan BMT 2025, Ini Syaratnya

Kriteria kelayakan BMT 2025 adalah seperti di bawah.
Bagi pekebun kecil atau pemilik tanah yang memiliki, menguruskan dan /atau mengusahakan lot tanam getah
- Warganegara Malaysia.
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA.
- Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Pemilik tanah yang sah.
- Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada โ wajib untuk peserta JPS dan JAKOA).
Bagi penoreh getah atau mereka yang menoreh di kebun getah pekebun kecil dan bukan pemilik tanah:
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar.
- Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).
Bagaimana Ingin Memohon, Membuat Semakan BMT 2025?

Terdapat dua kaedah untuk membuat permohonan dan semakan BMT 2025.
- Secara dalam talian.
- Hadir ke pejabat RISDA.
Permohonan Dan Semakan BMT 2025 Dalam Talian
Permohonan boleh dibuat di portal rasmi Pekebun Kecil RISDA: https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama.
Melalui portal rasmi ini, pemohon boleh melakukan permohonan baru, menghantar permohonan atau mengemaskini permohonan.
Bagi kategori pekebun kecil, anda boleh membuat permohonan baru atau mengemaskini permohonan (sekiranya anda penerima BMT tahun sebelumnya).
Bagi kategori penoreh pula, anda wajib membuat permohonan baru walaupun sebelum ini pernah menerima BMT.
Langkah-langkah yang perlu diikuti jika anda ingin memohon secara dalam talian adalah seperti di bawah:
- Log masuk dalam pautan ini.
- Bagi pengguna yang telah mendaftar, sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Bagi pengguna baharu, sila mendaftar dahulu dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
- Klik pada Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh untuk memohon atau melihat permohonan terdahulu.
- Lengkapkan maklumat permohonan di ruangan yang diperlukan.
- Pilih lot tanah yang akan digunakan untuk permohonan BMT.
- Klik tanda (/) pada kotak dan kemudian klik Hantar Permohonan.
- Selesai.
Permohonan BMT 2025 Manual
Permohonan juga boleh dilakukan secara manual iaitu pemohon perlu hadir ke Pejabat RISDA negeri atau daerah yang berdekatan anda.
Siapkan dokumen-dokumen berikut sebelum hadir ke pejabat RISDA.
Dokumen-dokumen yang perlu dibawa adalah:
Pekebun Kecil RISDA & Individu
- Kad pengenalan pemohon dan salinan.
- Geran asal tanah dan salinan.
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada).
Penoreh Bukan Pemilik
- Kad pengenalan pemohon dan salinan.
- Salinan kad pengenalan pemilik tanah.
- Salinan geran lot yang ditoreh (geran berkomputer).
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (wajib bagi penoreh).
Pekebun Kecil Agensi
- Kad pengenalan pemohon dan salinan.
- Geran asal tanah dan salinan (jika memilik tanah bergeran atau mempunyai dokumen hak milik tanah yang sah).
- Salinan buku akaun bank yang aktif.
- Surat pengesahan daripada agensi.
- Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi JPS dan JAKOA).
Anda akan diminta untuk mengisi borang permohonan dan juga kepilkan sekali dokumen berkaitan.
Melihat Semakan BMT 2025
Bagi membuat semakan status BMT 2025, ikut langkah di bawah:
- Layari portal RISDA: pekebunkecil.risda.gov.my.
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda atau pemohon.
- Klik butang Semak.
- Status permohonan bantuan akan dipaparkan.
Antara status semakan BMT 2025 yang mungkin dipaparkan adalah seperti berikut:
- Lulus: Permohonan lulus, jadi anda boleh menunggu wang bantuan masuk ke akaun anda.
- Dalam Proses: Permohonan anda sedang diproses.
- Gagal: Permohonan anda gagal. Cuba semak semula maklumat yang diisi atau hubungi RISDA untuk maklumat lanjut.
Jika hasil semakan BMT 2025 anda lulus, anda boleh melihat status dalam portal rasmi RISDA tentang bayaran BMT yang akan anda terima.
Maklumat Lanjut
Sebarang soalan dan maklumat lanjut mengenai BMT boleh didapati di portal rasmi RISDA.
Anda juga boleh terus hadir ke pejabat RISDA atau hubungi mereka di talian: 03-4256 4022.