Terkini! Berita gembira buat calon-calon yang telah memohon untuk masuk ke Maktab Rendah Sains Mara boleh membuat semakan MRSM kali kedua pada 27 Januari 2025.
Semakan kali pertama sudah bermula 13 Januari 2025 lalu.
Keputusan permohonan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 & 4 bagi sesi 2025 boleh disemak secara atas talian.
Berikut kami kongsikan panduan untuk ibu bapa atau calon pelajar membuat semakan MRSM secara online dengan menggunakan nombor kad pengenalan pelajar.
Semakan MRSM 2025 Kali Kedua Mulai 27 Januari
Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan bahawa tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2025 bagi kali kedua, boleh mula disemak pada 27 Januari 2025.
Semakan kali pertama adalah pada 13 Januari 2025 (Isnin), jam 12 tengah hari.
Pengumuman mengenai semakan MRSM itu dibuat menerusi Facebook rasmi MARA, baru-baru ini.
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam Facebook peribadinya memaklumkan, tawaran kemasukan itu berpandukan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk Tingkatan 1 dan 4.
Tarikh semakan tawaran kemasukan MRSM akan dibahagikan kepada 4 kali semakan iaitu pada:
Semakan Pertama | 13 Januari 2025 |
Semakan Kedua | 27 Januari 2025 |
Semakan Ketiga | 3 Mac 2025 |
Semakan Keempat | 17 Mac 2025 |

Untuk makluman, permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2025 telah dibuka pada 6 Ogos 2024 hingga 6 September 2024, disusuli dengan tarikh semakan panggilan UKKM pada Oktober 2024.
Tahun ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) masih meneruskan dasar sedia ada kuota kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
MARA meneruskan kuota sebanyak 60 peratus pengambilan pelajar ke MRSM adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan diberikan kepada pemohon dari luar bandar dan miskin bandar.
Cara Membuat Semakan MRSM 2025
Pemohon boleh melakukan semakan secara atas talian dengan memasukkan nombor kad pengenalan pelajar.
Ibu bapa atau calon pelajar boleh membuat semakan melalui pautan berikut:
๐ง๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ญ
https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1
๐ง๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฐ
https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4
Selain itu, semakan tawaran permohonan kemasukan ke MRSM untuk Tingkatan 1 & 4 Sesi 2025 juga boleh dibuat di portal rasmi MARA: https://www.mara.gov.my/.
Biasanya, maklumat keputusan tawaran kemasukan akan dipaparkan pada halaman utama portal rasmi MARA.
Seterusnya, ikut langkah di bawah untuk membuat semakan:
- Masukkan maklumat yang diperlukan seperti nombor kad pengenalan pelajar.
- Klik butang Semak untuk mengetahui keputusan.
- Anda akan diberikan maklumat berkenaan status tawaran kemasukan pelajar ke MRSM Tingkatan 1 & 4 sesi 2025.
Jika status berjaya:
- Anda boleh memilih untuk mencetak surat tawaran rasmi MRSM.
- Bagi pemohon yang berjaya, sila berikan maklum balas penerimaan sebelum tarikh yang ditetapkan.
- Anda wajib membuat pengesahan sama ada untuk Terima atau Tolak tawaran dalam tempoh 7 hari selepas pengumuman.
- Calon yang TIDAK membuat pengesahan dalam tempoh yang telah ditetapkan akan dikira sebagai MENOLAK tawaran MRSM.
Rayuan Kemasukan Ke MRSM
Bagi calon yang tidak berjaya dalam kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Sesi 2025, anda berpeluang untuk membuat rayuan secara dalam talian.
Hanya rayuan yang dibuat secara dalam talian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk pengambilan seterusnya (jika ada kekosongan).
Rayuan boleh dibuat melalui pautan yang sama seperti anda membuat semakan kemasukan ke MRSM.
Baca juga:
- idME KPM Login Sistem Pengurusan Identiti 2025.
- DELIMa 2.0 : Panduan Login Aplikasi KPM 2025 & Kata Laluan.
- NILAM Johor : Sistem Online Rekod Bacaan Pelajar Negeri Johor.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan permohonan, semakan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:
- Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my.
- Telefon : 03-2613 2000.
- Facebook rasmi MARA: Majlis Amanah Rakyat.
Sebarang persoalan berkaitan MRSM pula boleh disalurkan melalui:
- E-mel: pengambilanpelajar@mara.gov.my.
- Telefon Bahagian Pendidikan Menengah MARA: 03-2613 4531 /32 /33/17 /16 /78 /34483.