🛍️ Voucher Shopee CNY! 🧧
CNY2025
Claim All!
*Terms and conditions apply. Valid until 31 Jan 2025

Senarai Kedai MyKasih 2025: Cara Semak Lokasi Di Setiap Negeri

Senarai Kedai MyKasih 2025: Lokasi Di Setiap Negeri & Cara Beli Barangan

Bantuan SARA 2025 atau Sumbangan Asas Rahmah melalui program MyKasih 2025 sudah diagihkan bermula 15 Januari lalu.

Bantuan dikreditkan melalui MyKad penerima seluruh negara yang berdaftar di bawah eKasih.

Dengan menggunakan MyKad, penerima boleh menggunakan wang bantuan untuk membeli barangan keperluan harian di kedai-kedai yang tersenarai dengan program ini.

Berikut kami kongsikan senarai kedai MyKasih yang berdaftar, di seluruh negeri di Malaysia.

Anda juga boleh lihat cara mudah untuk menyemak senarai kedai yang berdaftar dan cara membeli barangan di kedai MyKasih.

Pengenalan Ringkas SARA Dan MyKasih

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan tambahan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah. 

Berbeza dengan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR 2025 di mana penerima akan diberikan bantuan berbentuk tunai, pemberian SARA 2025 pula adalah berbentuk wang tunai atau baucar yang dikreditkan dalam MyKad penerima.

Penerima SARA boleh menggunakan wang bantuan untuk kegunaan pembelian keperluan barangan asas melalui program MyKasih 2025. 

Setiap penerima yang dikenal pasti layak menerima bantuan SARA 2025 akan turut menerima bantuan MyKasih / Sumbangan Asas Rahmah.

Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima ini hanya boleh digunakan di kedai MyKasih yang tersenarai, untuk pembelian keperluan barangan asas seperti:

  • Makanan dan minuman.
  • Ubat-ubatan.
  • Barang persekolahan.
  • Barangan kebersihan diri. 

Bantuan tunai ini sah digunakan di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar dengan program MyKasih seluruh negara.

Kedai MyKasih

Kedai MyKasih merujuk kepada kedai runcit atau pasar raya yang bekerjasama dengan program MyKasih untuk menyediakan barangan yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKad.

Penerima bantuan boleh membeli barangan harian seperti makanan, produk kebersihan, serta barang keperluan lain dengan menggunakan MyKad penerima yang berdaftar di bawah eKasih.

Semua kedai yang terlibat dalam program MyKasih, di bawah MyKasih Foundation, sebuah organisasi kebajikan di Malaysia, akan memaparkan tanda atau logo MyKasih pada kedai mereka.

Ini petunjuk bahawa mereka menerima transaksi pembayaran daripada wang bantuan MyKad penerima.

Senarai Kedai MyKasih Setiap Negeri

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Berikut adalah antara senarai kedai MyKasih 2025 yang boleh ditemui di setiap negeri di Malaysia:

Perlis

  • The Store Kangar.
  • Giant Superstore Kangar.
  • C-Mart Arau.

Kedah

  • Lotus Kulim.
  • C-Mart Sungai Petani.
  • Econo Jaya Baling.

Senarai Kedai MyKasih Pulau Pinang

  • Sunshine Jelutong.
  • Mydin Hypermarket Bukit Mertajam.
  • TF Value Mart Balik Pulau.

Perak

  • Segi Fresh Bidor.
  • Pasaraya Sauk.
  • 99 Speedmart Hutan Melintang.

Senarai Kedai MyKasih Selangor

  • Econsave Shah Alam.
  • Lulu Group Ecohill Semenyih.
  • ST Rosyam Mart Sg Buloh.
  • Mydin Selayang Utama.

Kuala Lumpur

  • Hero Market Bandar Sri Permaisuri.
  • TMC Bangsar.
  • Econsave Danau Kota.
  • 99 Speedmart Pantai Dalam.

Negeri Sembilan

  • Pasaraya Millennium Mantin.
  • TMG Mart Jempol.
  • Giant Superstore Nilai.

Melaka

  • Mydin MITC.
  • R6 Mart Ayer Keroh.
  • Agrobazaar Rakyat Masjid Tanah.

Johor

  • Target Supermarket Kulai.
  • Fresh Hub Mersing.
  • Nirwana Maju Yong Peng.

Senarai Kedai MyKasih Kelantan

  • Econmart Kg Kuala Balah.
  • TL Mart Bachok.
  • Syuhada F&B Tanah Merah.

Terengganu

  • Tunas Manja Supermarket Kemaman.
  • Paka Mart.
  • Treleaf Mart Chendering.

Pahang

  • Mempaga Fresh Kuala Krau.
  • Agro Bazaar Rakyat Kuantan.
  • Camelia Mini Store Cameron Highlands.

Sabah

  • Hameed Mini Market Kota Belud.
  • CKS Supermarket Pitas.
  • Bataras Superstore Telipok.

Senarai Kedai MyKasih Sarawak

  • MDS Mall Miri.
  • GMart Sibu.
  • Doremart Kuching Batu Kawa.

Nota: Senarai kedai ini boleh berubah mengikut masa. Pastikan anda sentiasa menyemak senarai terkini melalui laman web atau aplikasi MyKasih.

Cara Semak Kedai MyKasih Secara Online

senarai kedai mykasih

Untuk menyemak senarai kedai MyKasih yang ada di kawasan anda, penerima boleh mengakses portal rasmi MyKasih di pautan ini: https://www.mykasih.com.my/ atau terus klik di sini.

Terdapat senarai lengkap kedai yang terlibat mengikut negeri dan bandar.

Anda hanya perlu memasukkan lokasi untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang kedai-kedai yang menerima kad MyKasih.

  1. Layari portal rasmi MyKasih seperti pautan di atas.
  2. Isikan Bandar dan juga pilih Negeri.
  3. Kemudian, klik Cari.
  4. Anda boleh klik Tetapan Semula jika ingin mencari kedai di kawasan Bandar dan Negeri lain.

Nota: Anda juga boleh masukkan Negeri sahaja di dalam ruangan (tanpa perlu masukkan nama Bandar).

Contoh di bawah, senarai kedai MyKasih Pulau Pinang dan Selangor.

Cara Beli Barang Di Kedai MyKasih

Proses membeli barangan di kedai MyKasih adalah mudah.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti:

  1. Pergi ke senarai kedai MyKasih yang berdekatan dengan anda.
  2. Pilih barang-barang yang ingin dibeli berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad di kaunter untuk pengesahan.
  4. Jurujual di kaunter akan mengimbas kod barangan.
  5. Bayar menggunakan MyKad. Nilai bantuan yang diterima akan dipotong dari kad tersebut.
  6. Simpan resit untuk semakan.

Pastikan anda periksa baki bantuan melalui aplikasi MyKasih.

senarai kedai mykasih
Contoh barangan keperluan asas di kedai MyKasih.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai senarai kedai MyKasih atau ingin menyemak status bantuan anda, sila lawati laman web rasmi MyKasih.

Sebarang persoalan mengenai MyKasih atau senarai kedai MyKasih boleh klik di sini.

Program MyKasih adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, dan ia terus berkembang untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Leave a Comment